BUTTERWORTH: Seorang gembala lembu didakwa atas pertuduhan membunuh seorang kerani wanita dalam kejadian pada 28 Ogos lepas.
Bagaimanapun, tiada pengakuan di rekodkan tertuduh M. Kirubakaran, 29, selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Aziana Azib di Mahkamah Majistret Butterworth (Munisipal) hari ini.
Tertuduh kelihatan tenang dan mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan juru bahasa dalam bahasa Melayu.
Mengikut pertuduhan, Kirubakaran didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Lee Ling Tee, 40, di rumahnya di Jalan Permatang Ara, Taman Seruling Emas di Sungai Jawi, Nibong Tebal di antara pukul 3 dan 4 pagi pada 28 Ogos.
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.
Sementara itu, di mahkamah sama, Kirubakaran turut berdepan dua pertuduhan memasukkan dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine ke dalam badannya semasa ujian air kencing dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Selatan pada jam 1pagi 29 Ogos.
Bagi kesalahan itu dia mengaku bersalah dan didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952
BACA: Mayat mangsa rogol, liwat disembunyi bawah katil
BACA: Polis bawa suspek kes rogol, bunuh dan liwat kerani ke lokasi kejadian
Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurameera Shahrul Azrin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin berikutan dia berdepan dengan pertuduhan bunuh.
Kes disebut semula pada 8 November depan bagi ketiga-tiga pertuduhan untuk laporan bedah siasat dan laporan patologi.
Terdahulu tertuduh yang berbaju T ungu dan berseluar pendek serta bergari hadir ke mahkamah diiringi anggota polis kira- kira pukul 9 pagi.
Pendakwaan dijalankan di Mahkamah Munisipal di Butterworth berikutan Mahkamah Majistret Jawi sedang diubahsuai.
Dalam kejadian pada 28 Ogos lepas, seorang kerani wanita berusia 40 tahun dipercayai dirogol dan diliwat dan dibunuh sebelum mayatnya disembunyikan dibawah katil didalam bilik dalam keadaan tidak berbaju di rumahnya di Taman Seruling Emas.
Mangsa dilaporkan maut selepas mulutnya disumbat dengan seluar dalam dan ditekup ketika mangsa meronta selepas suspek memecah masuk rumahnya pada pukul 2 pagi.
Suspek yang dipercayai tinggal di kawasan perumahan sama ditahan pada hari sama.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Sep 07 2021

Kirubakaran didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Lee Ling Tee, 40, di rumahnya di Jalan Permatang Ara, Taman Seruling Emas di Sungai Jawi, Nibong Tebal di antara pukul 3 dan 4 pagi pada 28 Ogos. - Gambar Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Gembala lembu didakwa bunuh kerani
Kirubakaran didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Lee Ling Tee di Jalan Permatang Ara, Taman Seruling Emas di Sungai Jawi, Nibong Tebal.