ANKARA: Gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter melanda Nepal awal pagi Jumaat, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa berlaku kira-kira 14 kilometer (8.7 batu) di selatan Kodari pada kedalaman 10 kilometer (6.2 batu).

Anadolu Ajansi melaporkan, pihak berkuasa Nepal belum mengeluarkan sebarang amaran tsunami dan tiada laporan mengenai gegaran susulan setakat ini.

Gegaran turut dirasai di kawasan sekitar, menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk.

Tiada laporan mengenai kerosakan atau korban jiwa.

Nepal, sering mengalami gempa bumi akibat pergerakan berterusan plat tektonik India dan Eurasia.

Negara itu pernah dilanda beberapa gempa bumi dahsyat sebelum ini, termasuk gempa berukuran 7.8 pada skala Richter pada 2015 yang mengakibatkan kemusnahan besar dan korban nyawa. - BERNAMA