Gempa bumi kuat 6.2 skala Ritcher gegar Pantai Utara Papua New Guinea
Satu gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter dikesan berlaku berhampiran Pantai Utara Papua New Guinea pada 9.03 pagi ini.
Bernama
Thu Sep 05 2024
Pusat gempa itu terletak 3.5 darjah selatan dan 144.3 timur pada kedalaman 44km, iaitu 80km timur dari Wiwak, Papua New Guinea.
KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter dikesan berlaku berhampiran Pantai Utara Papua New Guinea pada 9.03 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pusat gempa itu terletak 3.5 darjah selatan dan 144.3 timur pada kedalaman 44 kilometer (km), iaitu 80 kilometer timur dari Wiwak, Papua New Guinea.
"Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia," menurut kenyataan itu.