SEPANG: Kerajaan sedang berusaha membawa keluar 13 rakyat Malaysia yang masih terperangkap di beberapa wilayah yang terlibat dalam kejadian gempa bumi di selatan Turkiye, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.
Beliau berkata ketika ini, Wisma Putra mengadakan perbincangan dengan Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral di Istanbul mengenai kaedah bagi tujuan itu sebelum disusuli proses membawa mereka pulang ke tanah air.
Katanya rakyat Malaysia terbabit terdiri daripada 11 lelaki dan dua wanita yang bekerja dalam pelbagai bidang di Turkiye.
"Walaupun perhubungan agak sukar kerana perkhidmatan telekomunikasi terputus tetapi Alhamdulillah, mereka sihat dan selamat.
"Saya harap keluarga mereka di tanah air tidak bimbang. Kita (Wisma Putra) akan beri perkembangan mengenai mereka dari semasa ke semasa," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan pelepasan Misi Bantuan Kecemasan Gempa Gaziantep Turkiye dan Syria Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur malam tadi.
Mohamad berkata MAPIM merupakan badan bukan kerajaan (NGO) pertama menghantar bantuan kemanusiaan ke Turkiye yang disertai 11 anggota delegasi termasuk empat petugas media bagi membantu misi operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi yang melanda negara itu.
Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Dr Ahmad Sani Abdul Alim Araby pula berkata misi kemanusiaan itu dijangka tiba di Istanbul hari ini dan akan berada di Turkiye serta Syria selama 17 hari.
Beliau berkata pihaknya memperuntuk dana sebanyak RM1 juta untuk membeli barangan keperluan yang akan disumbang kepada mangsa di wilayah terjejas.
"Kita gunakan sumbangan sedia ada yang disumbangkan orang ramai kepada MAPIM kerana kita baharu lancarkan Tabung Bantuan Kecemasan semalam," katanya.
Pada awal pagi Isnin, gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Ritcher melanda daerah Pazarcik di wilayah Kahrananmaras dan menggegarkan beberapa wilayah lain termasuk Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adiyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay serta Kilis.
Satu lagi gempa bumi kuat bermagnitud 7.6 yang berpusat di daerah Elbistan di Kahmaranmaras berlaku pada 1.24 tengah hari semalam (6.24 petang waktu Malaysia).
Menurut laporan media terkini, tragedi itu setakat ini telah meragut lebih 5,000 nyawa di Turkiye dan Syria.
Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan angka korban tragedi itu boleh mencecah 20,000 nyawa.
Misi SAR sedang dijalankan dan kerajaan Turkiye telah melaksanakan rancangan kecemasan gred empat serta membuka laluan bagi bantuan antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 07 2023

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menjangkakan angka korban gempa bumi di Turkiye dan Syria boleh mencecah 20,000 nyawa. - REUTERS
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Gempa bumi Turkiye: Hospital Medan Malaysia di Adiyaman jadi tumpuan
Ia satu-satunya hospital yang menyediakan khidmat perubatan kepada penduduk selepas hospital di daerah tersebut musnah.

2 maut, 140 cedera gempa bumi 5.6 skala Richter landa Turkiye pada Isnin
Seramai 40 mangsa telah dimasukkan ke hospital, 12 daripadanya dilaporkan dalam keadaan serius.

Gempa bumi Turkiye: Ibu mimpi dua anak masih hidup
Nasib anaknya Munir dan Majid masih tidak diketahui sama ada masih hidup ataupun telah meninggal dunia.

Gempa bumi: Misi bantuan kemanusiaan pertama Malaysia ke Syria berlepas malam tadi
Penerbangan khas melibatkan 51 kru dan wakil kementerian serta NGO itu berlepas pada pukul 10.15 malam dari Pangkalan Udara TUDM Subang.

Gempa bumi Turkiye: Hospital Medan Malaysia rawat 164 pesakit
Hospital Medan Malaysia (HMM) yang beroperasi di Celikhan, Aditaman terletak kira-kira 152 kilometer (km) dari Gaziantep telah merawat seramai 164 pesakit sejak dibuka 14 Feb lepas.

Gempa bumi Turkiye: 3 termasuk kanak-kanak diselamatkan selepas 296 jam
Pasukan penyelamat di Turkiye menemukan tiga mangsa, termasuk seorang kanak-kanak masih hidup di bawah runtuhan pangsapuri selepas 296 jam gempa bumi kuat melanda negara itu.

Gempa bumi Turkiye: Selepas hilang isteri, 2 anak, Bayram nekad selamatkan mangsa lain
Enggan orang lain turut merasai bagaimana peritnya kehilangan orang tersayang, seorang lelaki berusia 52 tahun nekad menyelamatkan seramai mungkin mangsa.

Gempa bumi Turkiye: Bekas bintang EPL disahkan antara korban
Christian Atsu disahkan terkorban dalam tragedi gempa bumi di Turkiye.

Gempa bumi: Anwar berlepas ke Turkiye untuk zahir sokongan
Ia adalah lawatan kerja satu hari ke Turkiye yang turut membabitkan kawasan bencana gempa bumi di Gaziantep dan ground zero.