KUALA LUMPUR: Gabungan 23 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan Malaysia dan Indonesia, menyasarkan RM3 juta kutipan dana dalam misi membantu mangsa tragedi gempa bumi di Turkiye dan Syria.
Agensi yang terlibat dalam misi kemanusiaan itu antaranya Malaysia For Syria; Global Peace Mission (GPM) Malaysia; Muslim Volunteer Malaysia (MVM); Hayrat Relief Malaysia; Impactive Malaysia; Cinta Syria Malaysia; DT Peduli Indonesia; Asar Humanity Indonesia dan Childrity.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia For Syria Syahrir Azfar Saleh yang mewakili gabungan NGO itu berkata usaha sama melibatkan kedua-dua negara itu adalah bagi memastikan bantuan yang diberikan berskala besar, sekali gus memberi impak positif kepada masyarakat Turkiye dan Syria yang terkesan dalam bencana itu.
"Kita ingin wujudkan satu momentum kebersamaan untuk salur bantuan ke Turkiye dan Syria. Kita akan usahakan bantuan awal sebanyak RM250,000 daripada komitmen rakan-rakan NGO dan akan diserahkan dan dibawa (ke Turkiye dan Syria) minggu ini.
"Bagi bentuk bantuan, kita beri fokus kepada tiga perkara iaitu pemberian bantuan alat-alat operasi SAR (mencari dan menyelamat), keperluan kecemasan awal seperti khemah, petrol dan bahan bakar (untuk musim sejuk), kanvas dan makanan panas, serta bantuan pemulihan, iaitu bantuan-bantuan berbentuk pemulihan, dari sudut penempatan mereka," katanya menerusi sidang media maya semalam.
Syahrir berkata keutamaan misi itu adalah untuk mengumpul sejumlah RM250,000 bagi menggerakkan pasukan peninjau dan membeli barangan bantuan peringkat awal.
Katanya, pasukan peninjau dengan kekuatan lima ahli pasukan juga akan dihantar ke Turkiye dan Syria selewat-lewatnya Khamis ini bagi melakukan tinjauan lapangan dan membeli barangan bantuan awal kepada mangsa tragedi.
"Untuk bantuan, kita akan ke Turkiye dahulu kerana kemasukan ke Syria memerlukan clearance Turkiye. Kita sudah nyatakan hasrat kita kepada Kedutaan Turkiye di Malaysia untuk dapatkan pelepasan khas, jadi ini mungkin makan masa sedikit dan diharapkan pelepasan ini dapat diberikan dengan kadar segera.
"Bagi sumbangan dari (rakyat) Malaysia, kita beri fokus pada sumbangan tunai. Selain itu, hanya barangan baharu seperti baju, kelengkapan harian sahaja diterima. Syarat ini bukan diletakkan bersahaja, ia merupakan peraturan di peringkat Turkiye sendiri," katanya.
Dalam sidang media sama, beliau memaklumkan bantuan berbentuk kit musim sejuk seperti baju sejuk, stokin, sarung tangan dan topi musim sejuk bernilai RM150,000 juga akan diberikan kepada mangsa menerusi penghantaran kargo khas penerbangan Turkish Airlines hasil sumbangan syarikat Decathlon.
"Selain itu, gabungan ini juga turut mewujudkan dua pusat koordinasi bantuan dan perlindungan sementara iaitu di Gaziantep, Turki dan juga Aleppo, Syria. Nilai keseluruhan bantuan awal ini berjumlah RM400,000.
"Sumbangan kepada misi bantuan ini boleh disalurkan kepada mana-mana NGO yang terlibat dalam gabungan ini. Kita bersolidariti dengan sahabat di Turkiye dan Syria. Mudah-mudahan kita minta bantuan dan sokongan rakyat Malaysia dan Indonesia dalam misi bantuan ini," katanya.
Pada Isnin, gempa bumi kuat berukuran 7.7 pada skala Richter melanda daerah Pazarcik, Kahramanmaras termasuk beberapa wilayah lain seperti Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adiyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay dan Kilis.
Menurut kemas kini terbaru, bencana itu sudah meragut sekurang-kurangnya 5,000 nyawa di Turkiye dan Syria.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 07 2023

Keutamaan misi itu adalah untuk mengumpul sejumlah RM250,000 bagi menggerakkan pasukan peninjau dan membeli barangan bantuan peringkat awal. - Gambar/ Reuters

KPKM import lebih 600,000 biji kelapa, stabilkan bekalan domestik
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengimport dan mengedarkan 661,761 biji kelapa yang bersamaan 661 tan metrik dengan nilai keseluruhan RM1.45 juta.
Penganggur didakwa bunuh peniaga wanita
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan atas pertuduhan membunuh seorang peniaga wanita, Norshamira Zainal di kawasan jeti Sungai Kuantan, pada awal Februari lalu.
[TERKINI] Polis siasat ibu bapa Hud Aryan
Polis Kelantan melakukan siasatan lanjut terhadap ibu ayah Hud Aryan Mohd Nor Hafifi berusia 19 bulan yang ditemukan meninggal dunia tersangkut pada pokok di tepi sungai yang terletak tiga kilometer dari rumah neneknya di Kampung Aira, Kuala Tiga di Tanah Merah pada Rabu.

Caj kesesakan dijangka kurangkan 20 peratus kesesakan di Kuala Lumpur - Dr Zaliha
Pelaksanaan Caj Kesesakan dijangka dapat mengurangkan sekitar 20 peratus kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Malaysia zon endemik denggi: Pengesanan awal penting cegah komplikasi teruk kanak-kanak
Denggi masih menjadi isu kesihatan awam yang penting di Malaysia, dengan negara ini diklasifikasikan sebagai zon endemik berikutan virus berkenaan telah tersebar meluas di semua kawasan.

Lapan lagi saksi akan dipanggil SPRM berkait kes bekas pegawai Ismail Sabri
Lapan lagi saksi akan dipanggil SPRM berkait kes bekas pegawai Ismail Sabri
AWANI Ringkas: Penganggur didakwa bunuh peniaga wanita
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Video promosi VM2026 dikemas kini setiap suku tahun
Video promosi Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) akan dikemas kini setiap suku tahun bagi memastikan ia relevan dengan tarikan pelancongan terkini di seluruh negara.

PM Anwar beri sumbangan tunai bantu nelayan terjejas pendapatan
Keadaan rumah nelayan tersebut, Supian Saman, sangat daif dengan dinding rapuh dan bumbung yang tidak mampu menahan hujan lebat.

Agong selamat tiba di tanah air selepas lawatan khas ke Brunei
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi tadi.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Gempa bumi Turkiye: Hospital Medan Malaysia di Adiyaman jadi tumpuan
Ia satu-satunya hospital yang menyediakan khidmat perubatan kepada penduduk selepas hospital di daerah tersebut musnah.

2 maut, 140 cedera gempa bumi 5.6 skala Richter landa Turkiye pada Isnin
Seramai 40 mangsa telah dimasukkan ke hospital, 12 daripadanya dilaporkan dalam keadaan serius.

Gempa bumi Turkiye: Ibu mimpi dua anak masih hidup
Nasib anaknya Munir dan Majid masih tidak diketahui sama ada masih hidup ataupun telah meninggal dunia.

Gempa bumi: Misi bantuan kemanusiaan pertama Malaysia ke Syria berlepas malam tadi
Penerbangan khas melibatkan 51 kru dan wakil kementerian serta NGO itu berlepas pada pukul 10.15 malam dari Pangkalan Udara TUDM Subang.

Gempa bumi Turkiye: Hospital Medan Malaysia rawat 164 pesakit
Hospital Medan Malaysia (HMM) yang beroperasi di Celikhan, Aditaman terletak kira-kira 152 kilometer (km) dari Gaziantep telah merawat seramai 164 pesakit sejak dibuka 14 Feb lepas.

Gempa bumi Turkiye: 3 termasuk kanak-kanak diselamatkan selepas 296 jam
Pasukan penyelamat di Turkiye menemukan tiga mangsa, termasuk seorang kanak-kanak masih hidup di bawah runtuhan pangsapuri selepas 296 jam gempa bumi kuat melanda negara itu.

Gempa bumi Turkiye: Selepas hilang isteri, 2 anak, Bayram nekad selamatkan mangsa lain
Enggan orang lain turut merasai bagaimana peritnya kehilangan orang tersayang, seorang lelaki berusia 52 tahun nekad menyelamatkan seramai mungkin mangsa.

Gempa bumi Turkiye: Bekas bintang EPL disahkan antara korban
Christian Atsu disahkan terkorban dalam tragedi gempa bumi di Turkiye.

Gempa bumi: Anwar berlepas ke Turkiye untuk zahir sokongan
Ia adalah lawatan kerja satu hari ke Turkiye yang turut membabitkan kawasan bencana gempa bumi di Gaziantep dan ground zero.