KUALA LUMPUR: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang dihantar bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Turkiye adalah satu pasukan yang berpengalaman dan mempunyai keupayaan yang memenuhi piawaian antarabangsa.
Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Pelaksanaan Operasi) Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Meor Ismail Meor Akim berkata pasukan itu mempunyai kepakaran yang lengkap dengan penglibatan 60 anggota SMART, enam anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta empat anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM).
"Ini melengkapkan komponen pasukan. Kepakaran perubatan daripada anggota APM manakala Pasukan Unit Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) serta Unit Anjing Pengesan (K-9) daripada JBPM," katanya pada program Malaysia Petang Ini terbitan Bernama TV semalam.
Selain itu, beliau memaklumkan pasukan itu turut membawa segala peralatan yang diperlukan dari Malaysia dan tidak perlu bergantung kepada bantuan atau bekalan Kerajaan Turkiye.
Katanya sebahagian besar peralatan antaranya peralatan operasi, telekomunikasi, penjana elektrik serta pakaian bersesuaian telah diterbangkan menggunakan penerbangan komersial disediakan Kedutaan Turkiye dengan kerjasama Wisma Putra, manakala sebahagian lagi akan menggunakan perkhidmatan kargo.
Meor Ismail berkata pasukan tersebut diiktiraf Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa (INSARAG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2016 dan dibenarkan menjalankan operasi SAR secara kendiri dan tidak perlu diuruskan.
"Kita sudah berpengalaman dalam operasi ketika bencana. Kita sudah pergi ke Turkiye pada 1999, Gujarat, India (2000), Acheh, Indonesia (2004), Pakistan (2005), Filipina (2006) dan Nepal (2015)," katanya.
Katanya, mengikut prosedur antarabangsa, pasukan itu akan berada di Turkiye selama 14 hari sebelum mereka perlu pulang ke Malaysia dan sebarang keputusan untuk menghantar pasukan yang baharu akan ditentukan kelak.
Terdahulu, pasukan tersebut tiba di Istanbul, Turkiye pada 11 pagi Selasa (waktu Malaysia) dan kini dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Adana Sakirpasa yang merupakan salah salah pintu masuk disediakan Kerajaan Turkiye bagi bantuan antarabangsa.
Gempa bumi kuat melanda wilayah selatan Turkiye, Kahramanmaras dan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye memaklumkan gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter yang berlaku pada 4.17 pagi Isnin waktu tempatan itu berpusat di daerah Pazarcik.
Menurut laporan media terkini, tragedi tersebut setakat ini telah meragut lebih 5,000 nyawa di Turkiye dan Syria.
Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan angka korban susulan tagedi itu boleh mencecah 20,000 nyawa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 07 2023

Mengikut prosedur antarabangsa, pasukan SMART Malaysia akan berada di Turkiye selama 14 hari sebelum mereka perlu pulang dan keputusan dibuat sama ada untuk menghantar pasukan yang baharu. - Foto ihsan Kedutaan Besar Malaysia di Turkiye
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Gempa bumi Turkiye: Hospital Medan Malaysia di Adiyaman jadi tumpuan
Ia satu-satunya hospital yang menyediakan khidmat perubatan kepada penduduk selepas hospital di daerah tersebut musnah.

2 maut, 140 cedera gempa bumi 5.6 skala Richter landa Turkiye pada Isnin
Seramai 40 mangsa telah dimasukkan ke hospital, 12 daripadanya dilaporkan dalam keadaan serius.

Gempa bumi Turkiye: Ibu mimpi dua anak masih hidup
Nasib anaknya Munir dan Majid masih tidak diketahui sama ada masih hidup ataupun telah meninggal dunia.

Gempa bumi: Misi bantuan kemanusiaan pertama Malaysia ke Syria berlepas malam tadi
Penerbangan khas melibatkan 51 kru dan wakil kementerian serta NGO itu berlepas pada pukul 10.15 malam dari Pangkalan Udara TUDM Subang.

Gempa bumi Turkiye: Hospital Medan Malaysia rawat 164 pesakit
Hospital Medan Malaysia (HMM) yang beroperasi di Celikhan, Aditaman terletak kira-kira 152 kilometer (km) dari Gaziantep telah merawat seramai 164 pesakit sejak dibuka 14 Feb lepas.

Gempa bumi Turkiye: 3 termasuk kanak-kanak diselamatkan selepas 296 jam
Pasukan penyelamat di Turkiye menemukan tiga mangsa, termasuk seorang kanak-kanak masih hidup di bawah runtuhan pangsapuri selepas 296 jam gempa bumi kuat melanda negara itu.

Gempa bumi Turkiye: Selepas hilang isteri, 2 anak, Bayram nekad selamatkan mangsa lain
Enggan orang lain turut merasai bagaimana peritnya kehilangan orang tersayang, seorang lelaki berusia 52 tahun nekad menyelamatkan seramai mungkin mangsa.

Gempa bumi Turkiye: Bekas bintang EPL disahkan antara korban
Christian Atsu disahkan terkorban dalam tragedi gempa bumi di Turkiye.

Gempa bumi: Anwar berlepas ke Turkiye untuk zahir sokongan
Ia adalah lawatan kerja satu hari ke Turkiye yang turut membabitkan kawasan bencana gempa bumi di Gaziantep dan ground zero.