Kelab Ekspedisi Global (GEC) di bawah misi perubatan ke Nepal akan memberi lebih fokus ke arah membantu mangsa gempa bumi di kawasan pergunungan di sana.
Presiden GEC, T. Ravichandran berkata memandangkan ketika ini adalah musim yang sesuai untuk pendakian, kebanyakan penduduk di bandar akan mengambil peluang menjana pendapatan di kawasan pergunungan itu.
“Bulan November hingga Februari adalah musim sejuk, jadi musim yang terbaik untuk mendaki gunung ini adalah apabila masuk sahaja bulan Mac sehingga Jun.
“Jadi bagi penduduk tempatan, mereka akan ke kawasan pendakian yang menjadi tarikan pelancong seperti membuka kedai untuk menjana pendapatan.
“Mereka hanya menetap di rumah-rumah atau pondok yang diperbuat daripada tanah liat. Jadi bayangkan apabila runtuhan salji berlaku dan menimpa penempatan mereka,” ujar Ravichandran yang lebih dikenali sebagai Ravi.
Selain itu, pendaki solo Gunung Everest Malaysia ini berkata pengalamannya menghulurkan bantuan semasa insiden di Pakistan memberi pengajaran kepada mereka untuk mengatur ekspedisi misi bantuan ke Nepal.
“Gempa bumi yang berlaku di Kashmir, Pakistan pada 2005 adalah satu insiden yang lebih kurang sama di Nepal ini.
"Rata-rata penduduk yang menjadi mangsa ini tidak mempunyai akses untuk mendapatkan rawatan kerana pusat perubatan jauh di bandar. Mereka hanya merawat sendiri dengan ubatan-ubatan tradisional yang ada.
“Jadi ekspedisi ini kami akan membawa beberapa doktor untuk membantu mereka dengan memberi rawatan yang sepatutnya bagi mengelak kecederaan yang dialami mereka tidak berlarutan,” ujar Ravi.
Ketika ini, antara cabaran yang perlu dihadapi Ravi dan pasukannya adalah apabila doktor sukar untuk mendapatkan cuti bagi membantu mangsa di Nepal memandangkan perkara ini berlaku secara tiba-tiba.
“Pengangkutan juga menjadi cabaran kami ketika ini kerana semua penerbangan komersial telah diberhentikan ke sini; hanya penerbangan ketenteraan sahaja dibenarkan.
"Justeru, kami kini sedang bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia untuk misi perubatan ini,” jelas Ravi ketika dihubungi Astro AWANI sebentar tadi.
Sementara itu, kata Ravichandran, seandainya tiada halangan, pasukan pertama mereka dijadual akan ke Nepal pada 1 Mei dan pulang pada 11 Mei.
Pasukan kedua pula akan berlepas pada 21 Mei dan pulang ke tanah air pada 1 Jun.
Ravichandran merupakan pendaki solo pertama dari rantau Asia Tenggara yang berjaya menawan puncak Gunung Everest dari bahagian bertentangan dengan Tibet pada 15 Mei 2006.
Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai ekspedisi misi perubatan GEC di Nepal, anda boleh melayari laman web ravieverest.com.
Mariah Ahmad
Mon Apr 27 2015
Ravichandran merupakan pendaki solo pertama dari rantau Asia Tenggara yang berjaya menawan puncak Gunung Everest dari bahagian bertentangan dengan Tibet pada 15 Mei 2006.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Tiada keperluan DAP adakan mesyuarat bincang Muktamar PAS - Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata tidak ada keperluan untuk parti itu mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).
Misi Bantuan Perubatan GEC selamat, kini ke perkampungan Kartika
Pengamal perubatan selamat merawat 180 pesakit di perkampungan Chanaute dan kini bergerak ke perkampungan Kartika.
Kembara lapan pengamal perubatan Malaysia di Nepal bermula
Tujuh doktor bertauliah bersama seorang pembantu klinikal daripada seluruh Malaysia yang sertai Misi Bantuan Perubatan GEC di Nepal.
Gempa Nepal: Misi perubatan fokus di kawasan pergunungan - Ravi
Kelab Ekspedisi Global (GEC) di bawah misi perubatan ke Nepal akan lebih memberi fokus untuk membantu mangsa-mangsa gempa bumi di kawasan penggunungan di sana.