KUALA LUMPUR: Generasi Z (Gen Z) dan milenial di Malaysia sanggup berbelanja untuk produk mampan manakala majoritinya tidak bersedia untuk memperuntukkan lebih banyak sumber ke arah lebih mampan dalam penggunaan tenaga mereka, menurut laporan matlamat pengguna bagi peralihan tenaga Ernst and Young (EY).
Tinjauan itu mendapati sebanyak 81 peratus daripada pengguna tenaga di Malaysia yakin mereka melaksanakan tanggungjawab untuk menggalakkan kemampanan, 85 peratus percaya bahawa penyedia tenaga bertanggungjawab untuk menguruskan penggunaan tenaga mampan, manakala 31 peratus tidak bersedia untuk berbelanja lebih tinggi untuk produk mampan.
Dalam kenyataan pada Selasa, Ketua Transformasi Pengalaman Pelanggan Bagi Tenaga dan Sumber EY Asia Pasifik, Mark Bennett berkata: "Pengguna sedang bergelut dengan ketidaktentuan ketika kita melangkah ke fasa baharu peralihan tenaga, dalam keadaan harga tenaga yang lebih tinggi, ketidakstabilan geopolitik dan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai ekuiti tenaga.
"Walaupun usaha dari segi penawaran semakin meningkat, kita memerlukan anjakan asas bagaimana kita mendorong tingkah laku pengguna yang mampan. Pengguna mahukan masa depan tenaga yang bersih tetapi memerlukan banyak sokongan untuk melaksanakan pilihan tenaga peribadi," katanya.
Beliau berkata untuk merapatkan jurang antara tujuan dan tindakan pengguna, kesemua pihak dalam ekosistem tenaga yang meluas termasuk penyedia tenaga dan kerajaan perlu bekerjasama.
Dapatan tinjauan ini telah dihimpunkan dalam Indeks Keyakinan Pengguna Tenaga EY yang mengukur, mengesan dan membandingkan sejauh mana keyakinan pengguna terhadap situasi tenaga mereka, pasaran tenaga dan masa depan peralihan tenaga merentas 38 petunjuk kemajuan peralihan tenaga.
Indeks itu menunjukkan pengguna tenaga dari Asia Tenggara (SEA) lebih yakin mengenai masa depan tenaga mereka berbanding responden global, dengan Indonesia menduduki tempat kedua dengan meraih 72.2 mata, Malaysia di kedudukan ketiga dengan 69.4 mata, dan Singapura pada tangga keenam iaitu 61.7 mata.
"Tinjauan ini mendedahkan perkaitan antara kemajuan negara dalam peralihan tenaga dan keyakinan pengguna tenaga. Apabila pasaran berkembang melalui peralihan tenaga, keyakinan pengguna pada mulanya meningkat, mencerminkan sentimen positif pada masa hadapan, sebelum menyusut dengan mendadak.
"Ini mungkin disebabkan apabila peralihan tenaga beralih daripada konsep kepada pelaksanaan, magnitud, kerumitan dan tahap gangguan yang berlaku dalam usaha perjalanan ini semakin jelas dalam kalangan pengguna," katanya.
Bennet berkata SEA masih berada dalam peringkat awal dari segi peralihan tenaga, dengan pengguna di rantau ini kekal lebih yakin mengenai masa depan tenaga mereka berbanding responden global.
"Membina dan mengekalkan keyakinan pengguna di sepanjang perjalanan peralihan tenaga adalah penentu penting keupayaan sesebuah negara untuk mencapai matlamat penyahkarbonan.
"SEA berada dalam kedudukan unik untuk belajar daripada pengalaman negara yang lebih jauh dalam perjalanan peralihan tenaga dan memilih untuk melaksanakan beberapa aspek secara berbeza dalam mencapai komitmen sifar bersihnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 01 2024

Indeks Keyakinan Pengguna Tenaga EY mengukur, mengesan dan membandingkan keyakinan pengguna terhadap situasi tenaga, pasaran tenaga dan masa depan peralihan tenaga merentas 38 petunjuk kemajuan peralihan tenaga.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Gen Z, milenial sanggup berbelanja untuk produk mampan - Tinjauan EY
Sebanyak 81 peratus daripada pengguna tenaga di Malaysia yakin mereka melaksanakan tanggungjawab untuk menggalakkan kemampanan.