KUALA LUMPUR: Generasi muda yang ingin menceburkan diri dalam industri pembangunan teknologi disaran mempersiapkan diri dengan ilmu serta teknologi berkaitan dengannya selain perlu mempunyai minat yang mendalam terhadap perkara yang dilakukan, kata Ketua Pegawai Operasi Mazer Fintech Sdn Bhd Mamed Fudarizi.
Selain itu, katanya, keperluan mencari mentor yang terbaik bagi memberikan pendedahan menyeluruh kepada industri pembangunan teknologi juga perlu dititiberatkan.
"Apabila kita berada dalam bidang ini, terutamanya bagi syarikat pemula, antara cabaran yang akan dihadapi adalah kritikan daripada sekeliling berkenaan teknologi yang kita bangunkan.
"Jadi, dengan pendedahan daripada mentor serta pengetahuan mengenai sesuatu teknologi itu, kita mampu untuk menghadapi 'onak duri' yang mendatang," katanya kepada Bernama.
Menurutnya, pemain industri ini juga perlu memahami tentang sesuatu sistem yang diperkenalkan dan tujuannya.
"Jika katakan kita gagal memahami apa yang kita tidak boleh selesaikan, sukar bagi kita untuk menjalankan perniagaan," katanya.
Mazer Fintech, yang ditubuhkan pada 2019, telah membangunkan satu platform teknologi kewangan dikenali sebagai JomSETEL yang menyediakan perkhidmatan kepada pengguna kad kredit untuk membuat bayaran atau menerima bayaran tanpa memerlukan terminal kad kredit, laman web mahupun 'payment gateway' (get pembayaran).
Mamed Fudarizi berkata platform yang berada di pasaran sejak Februari 2021 itu menyediakan ruang kepada pengguna kad kredit untuk membuat bayaran urusan ataupun kos overhead perniagaan seperti sewa, invois pembekal dan sebagainya.
"Manakala bagi usahawan, platform ini membantu mereka menguruskan aliran tunai perniagaan dengan lebih efisen," katanya sambil menambah JomSETEL merupakan platform pertama di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan seumpama itu.
Sehubungan itu, beliau turut mempelawa generasi muda untuk menyertai syarikat tersebut yang ketika ini memerlukan khidmat lebih ramai tenaga kerja tempatan dalam bahagian antaranya saintis bidang data, pereka bentuk, automasi robotik dan jurutera.
Sementara itu bercerita lebih lanjut Mamed Fudarizi berkata Mazer Fintech tidak mampu untuk berkembang sehingga ke tahap ini tanpa sokongan dan galakan daripada Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC),
"MTDC bukan sahaja memberi bimbingan, fasiliti bantuan kewangan kepada syarikat pemula tetapi juga motivasi, seperti apa yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas dan bagaimana peruntukan dana yang diberikan boleh dimanfaatkan sebaiknya.
"Peranan yang dimainkan oleh MTDC memberikan impak besar kepada perjalanan JomSETTLE dan syarikat kami," katanya.
Melangkah kehadapan, beliau berkata, Mazer Fintech mempunyai beberapa visi teras yang ingin dipertengahkan dalam tempoh beberapa tahun akan datang termasuk mengubah persepsi dan tingkah laku perbelanjaan dalam kalangan pemegang kad kredit.
"Selain itu, kami juga mahu membantu dan memperkasakan pekerja gig dalam menawarkan fasiliti kredit kad kepada mereka dengan menyediakan beberapa solusi termasuk e-invoicing dan juga kredit maya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023

Keperluan mencari mentor terbaik bagi memberikan pendedahan menyeluruh kepada industri pembangunan teknologi juga perlu dititiberatkan. - Gambar hiasan

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

MCMC, Kerajaan Melaka jalin kerjasama Inisiatif Kampung Digital
Inisiatif itu adalah langkah strategik untuk memastikan setiap premis di negeri itu dilengkapi dengan alamat yang lengkap dan sistematik.

Pemerkasaan generasi akan datang penting bagi pertumbuhan ekonomi - Tengku Mahkota Pahang
Usaha memperkasakan generasi akan datang merupakan langkah penting untuk mengekalkan momentum ekonomi Malaysia, titah Putera Mahkota Pahang hari ini.

Inovasi, penemuan saintifik bantu selesai isu pendidikan - Fadhlina
Manfaat inovasi, daya cipta, kreativiti, penemuan saintifik dan rekaan teknologi baharu perlu dirasai masyarakat, selain menjadi penyelesaian kepada isu dan kemelut dalam pendidikan.

Generasi muda perlu persiap diri dengan ilmu kemahiran sertai bidang pembangunan teknologi
Keperluan mencari mentor terbaik bagi memberikan pendedahan menyeluruh kepada industri pembangunan teknologi juga perlu dititiberatkan.