IPOH: Usaha mengimarahkan masjid terutama waktu solat Subuh yang menjadi fenomena di seluruh negara turut dilaksana sekumpulan peminat motosikal di Masjid Sultan Idris Shah II iaitu Masjid Negeri Perak di sini pada Sabtu.
Penggerak Program Fajar Ride & Drive, Muhammad Shakir Jushaah berkata, inisiatif tersebut tercetus selepas melihat gerakkan yang dibuat selebriti tanah air, Alif Satar melalui kempen Geng Subuh Macam Jumaat.
Menurutnya, setiap hujung minggu Masjid Negeri Perak akan menjadi pilihan untuk anak muda memulakan aktiviti harian mereka bermula dengan solat Subuh.
"Alhamdulillah sejak minggu lalu sambutan amat menggalakkan walaupun hebahan cuma melalui media sosial dan kumpulan WhatsApp. Kita tidak memaksa sesiapa tetapi sekadar mengajak orang ramai ke masjid.
"Program ini kita akan teruskan dengan mengajak lebih ramai kumpulan lain. Kalau minggu sebelumnya geng motosikal, tetapi minggu ini kita ajak sekali kumpulan kereta pula turut serta dan selepas ini mungkin komuniti larian atau berbasikal," katanya ketika ditemui di Masjid Sultan Idris Shah II di sini pada Sabtu.
BACA: 12,000 jemaah tunai solat Subuh di Masjid Sultan Iskandar
Muhammad Shakir berkata, program seumpama ini perlu digerakkan tanpa menunggu selebriti kerana masing-masing mempunyai cara tersendiri menarik jemaah ke masjid.
Menurutnya, tambahan ia merupakan latihan menjelang Ramadan yang diharap mampu menyemarakkan lagi kehadiran jemaah ke masjid.
Sementara itu, Muhammad Shakir menjelaskan Masjid Negeri Perak dipilih kerana mahu menghidupkan suasana pagi di Bandar raya Ipoh memandangkan kedudukan yang strategik menjadi persinggahan musafir yang datang ke sini terutama pada hujung minggu.
Katanya, waktu bukan hujung minggu, orang ramai boleh mengimarahkan masjid di kariah masing-masing.
Beliau turut mengharapkan agar inisiatif tersebut dapat dilaksanakan berterusan dengan kehadiran lebih ramai jemaah ke masjid. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 20 2024

Kehadiran jemaah di Masjid Negeri Perak di sini kian bertambah dengan kehadiran peserta Program Fajar Ride & Drive ketika hujung minggu. - Gambar/ Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Qiamullail beramai-ramai, 'Subuh Macam Jumaat’ tarik minat kanak-kanak dekati masjid
Tidur beramai-ramai di dalam masjid, qiamullail dan solat subuh berjemaah mampu memberi impak positif kepada kanak-kanak dalam membentuk nilai-nilai moral dan rohani yang baik.

'Geng rider' pakat imarah masjid
Usaha mengimarahkan masjid terutama waktu solat Subuh yang menjadi fenomena di seluruh negara turut dilaksana sekumpulan peminat motosikal di Masjid Sultan Idris Shah II.

'Mat rempit' dibawa solat Subuh berjemaah selepas motosikal disita
Seramai 14 'mat rempit' dibawa untuk bersama menunaikan solat Subuh berjemaah selepas ditahan dalam Operasi Pencegahan Samseng Jalanan di Lebuhraya Guthrie pada Sabtu.