Malaysia menganggap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk meluluskan langkah-langkah sementara yang dimohon oleh Gambia berhubung Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid, sebagai hala tuju yang betul untuk menangani keadaan kaum Rohingya.
Wisma Putra berkata Malaysia juga mengulangi sokongannya terhadap Gambia, yang membawa kes berkenaan kepada ICJ, selaras dengan kedudukannya sebagai Pengerusi Ad Hoc Jawatankuasa Kementerian berhubung Pelanggaran Hak Asasi Manusia, yang ditubuhkan di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam.
Dalam satu kenyataannya di sini lewat malam tadi, Wisma Putra berkata sebagai anggota jawatankuasa itu, dan juga negara anggota Konvensyen Genosid Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) 1948, Malaysia turut menggesa Myanmar memenuhi obligasi di bawah konvensyen itu bagi memastikan krisis tidak berlarutan.
"Keputusan itu mencerminkan kebimbangan serius komuniti antarabangsa terhadap keperluan menangani dengan efektif penderitaan yang dialami Rohingya, di samping menampilkan akauntabiliti serta keadilan berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi manusia yang serius terhadap kaum Rohingya.
"Kira-kira 100,000 pelarian Rohingya kini berada di Malaysia, yang meninggalkan Myanmar susulan krisis yang melanda," menurut kenyataan itu.
Agensi berita Turki, Anadolu, sebelum ini melaporkan Mahkamah Tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis mengeluarkan satu perintah dalam kes yang membabitkan pertuduhan bahawa Myanmar telah melakukan genosid terhadap minoriti Islam Rohingya di negara itu.
Ketika mengeluarkan perintah itu dalam kes yang difailkan Gambia bulan lepas, Presiden Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Hakim Abdulqawi Ahmed Yusuf memberikan tempoh empat bulan kepada Myanmar untuk mengambil langkah-langkah pencegahan dan memastikan agar etnik Rohingya di negara itu tidak diapa-apakan.
Wisma Putra berkata Malaysia akan melihat dengan penuh minat prosiding ICJ berikutnya berhubung permohonan Gambia berhubung lima perkara.
"Ia terdiri daripada pengisytiharan Myanmar sebagai melanggar obligasi di bawah Konvensyen Genosid; untuk menghentikan segera apa-apa perbuatan salah yang sedang berlaku dan menghormati sepenuhnya obligasinya di bawah Konvensyen Genosid.
"Juga bagi memastikan orang yang melakukan genosid dihukum oleh tribunal yang kompeten; untuk melaksanakan kewajipan membayar ganti rugi demi kepentingan mangsa perbuatan genosid yang merupakan dari kaum Rohingya; dan memberikan jaminan bahawa pelanggaran Konvensyen Genosid tidak akan berulang," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 23 2020

Tun Khin (kanan), Presiden Pertubuhan Rohingya Burma UK dan Yasmin Ullah (kiri), seorang warga Rohingya, di luar Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague, Belanda, 23 Jan, 2020. (Foto AP)

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

OIC digesa tumpu noktahkan kemiskinan, pembangunan sosioekonomi saksama - Mohamad
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu beri tumpuan kepada usaha menoktahkan kemiskinan dan pembangunan sosioekonomi demi mencapai Agenda Pembangunan Mampan 2030.

Sumareh kembali ke Malaysia selepas empat bulan bersama kelab Thailand
Pemain naturalisasi Malaysia berusia 26 tahun itu mengucapkan terima kasih kepada kelab Thailand itu yang memberinya peluang selain merawat kecederaannya semasa bersama kelab berkenaan.

FAM elak campur tangan siasatan FIFA kes Sumareh
Stuart Ramalingam menjelaskan mereka mengambil pendekatan menunggu keputusan daripada badan induk dunia terlebih dahulu berhubung kes itu.

PBNP gantung Sumareh dua tahun
Hukuman bagi keempat-empat kesalahan itu yang dilakukan sewaktu pemain itu bersama skuad Tok Gajah, berjalan serentak.

FAM tidak terlibat bantu FAS dapatkan khidmat Sumareh
Dr Johan Kamal Hamidon ada menghubunginya bagi mendapatkan kepastian berhubung status pemain kelahiran Gambia itu.

Sumareh akhirnya buka mulut status dengan Pahang
Perkhabaran terbaru itu, sekali gus menafikan perpindahannya bersama pasukan gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta'zim (JDT).

Hati Sumareh tidak lagi bersama Pahang - Pengurus pasukan
Jodoh pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh bersama pasukan Pahang menghampiri penghujungnya.

Genosid: Malaysia ulangi sokongan kepada Gambia
Wisma Putra berkata Malaysia turut menggesa Myanmar memenuhi obligasi di bawah konvensyen itu bagi memastikan krisis tidak berlarutan.

ICJ bela nasib etnik Rohingya, perintah Myanmar hentikan genosid
Keadilan berpihak kepada etnik Rohingya apabila Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) di The Hague mengarah Kerajaan Myanmar untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai dan mula membela nasib mereka.

Gambia rampas aset bekas presiden Jammeh
Jammeh, sama ada secara langsung atau menerusi pihak ketiga, didapati telah menyeleweng lebih AS$20 juta.