KOTA KINABALU: Sabah kini merupakan yang ketiga di dunia memiliki "Triple Crown" Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), berikutan pengisytiharan Geopark Negara Kinabalu sebagai The Kinabalu UNESCO Global Geopark.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata keputusan itu dibuat oleh Lembaga Eksekutif UNESCO di Paris dua hari lepas, yang meletakkan Sabah sebaris dengan Pulau Jeju di Korea Selatan dan Shennongjia di China, yang memiliki tiga tapak warisan UNESCO.
Dua lagi "crown" UNESCO di Taman Kinabalu Sabah ialah Tapak Warisan Dunia, dan Rizab Biosfera Banjaran Crocker UNESCO, yang masing-masing diisytiharkan pada 2 Dis 2000 dan 12 Jun 2014.
"Ini adalah satu pencapaian yang baik bagi Kerajaan Negeri di bawah inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya melalui Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar serta Taman-Taman Sabah," kata Hajiji dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata Geopark Global UNESCO Kinabalu meliputi kawasan seluas 4,750 kilometer persegi, kini secara rasminya merupakan destinasi Geopelancongan Global, yang menambah nilai penting kepada produk eko-pelancongan sedia ada di Sabah.
"Geopark memiliki banyak tumbuhan dan haiwan endemik, termasuk 90 spesies orkid yang hanya terdapat di Gunung Kinabalu. Ini termasuk burung ayam hutan berkepala merah yang tidak ditemui di tempat lain di muka bumi ini.
"..ini pastinya akan membawa manfaat secara langsung dan tidak langsung kepada sosio-ekonomi Sabah, khususnya kepada lebih 290,000 masyarakat tempatan di daerah Kota Belud, Kota Marudu dan Ranau," katanya.
Dengan pengisytiharan Geopark Negara Kinabalu sebagai Geopark Global UNESCO, kini terdapat 195 taman geopark di dunia yang terletak di 48 negara.
Label Geopark Global UNESCO mengiktiraf warisan geologi yang mempunyai kepentingan antarabangsa dan geopark memberi perkhidmatan kepada masyarakat tempatan dengan menggabungkan pemuliharaan warisan geologi penting mereka dengan outreach awam, di samping pendekatan yang mampan untuk pembangunan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 26 2023

Geopark Negara Kinabalu diisytihar sebagai The Kinabalu UNESCO Global Geopark. -Facebook Kinabalu Geopark

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Pengiktirafan The Kinabalu UNESCO Global Geopark pencapaian bermakna, seiring agenda SDG
Pengiktirafan itu mengangkat nama Malaysia sebaris dengan beberapa negara yang diberikan jolokan sebagai negara penyandang -Triple Crown-.

Geopark Negara Kinabalu diisytihar sebagai The Kinabalu Unesco Global Geopark
Keputusan itu dibuat oleh Lembaga Eksekutif UNESCO di Paris dua hari lepas, yang meletakkan Sabah sebaris dengan Pulau Jeju di Korea Selatan dan Shennongjia di China.