Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyatakan gerakan ajaran Syiah di negeri ini dilihat semakin meluas dan membimbangkan.
Pengerusinya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata ia berikutan pihaknya mengesan wujudnya pertambahan pusat kegiatan bagi pengikut ajaran Syiah di sekitar Selangor.
"Dari semasa ke semasa, ajaran Syiah dilihat semakin kuat dan makin bercambah.
"Sekiranya dahulu mungkin kita kesan hanya dua atau tiga pusat kegiatan (ajaran Syiah) sahaja di Selangor, tetapi sekarang ini, ia telah bertambah mungkin ada 14 ke 15 (pusat) di beberapa tempat seperti Puchong, Gombak dan Klang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Sijil Peguam Syarie kepada 47 peguam di sini, hari ini, yang turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Peguam Syarie Negeri Selangor Datuk Mohamad Adib Husain.
Mengulas lanjut, Mohammed Khusrin berkata pihaknya percaya pertambahan bilangan kumpulan dan pengikut Syiah itu ekoran wujudnya bantuan daripada pihak tertentu untuk mengembangkan kegiatan dan aktiviti seperti pada hari-hari tertentu mereka mengadakan sambutan bagi ajaran itu.
"... dan penyebaran ajaran Syiah dalam media sosial juga menjadi satu cabaran kepada kita untuk mengekangnya dan yang turut menjadi kesukaran bagi kita adalah sebab pengikut ajaran ini sukar dikesan kerana mereka ini tidak akan mengaku mereka (mengamalkan) ajaran Syiah selain amalan mereka juga tidak banyak berbeza daripada kita yang berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.
Justeru katanya, MAIS dan agensi berkaitan di negeri ini akan terus mempergiatkan usaha memantau gerakan ajaran Syiah selain pada masa sama, memberi penerangan tentang bahaya ajaran itu kepada orang ramai terutama di sekolah dan masjid di seluruh Selangor.
Dalam perkembangan lain, Mohammed Khusrin menggalakkan umat Islam di negeri inimengadakan solat hajat dan doa selamat susulan penularan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) di Malaysia.
"Tiada arahan rasmi dikeluarkan untuk mengadakan solat hajat tetapi kita galakkan untuk umat Islam melakukan solat tersebut.
"... dan beberapa masjid di Selangor juga telah pun mula mengadakan solat hajat memohon kepada Allah S.W.T supaya kita dilindungi dari wabak penyakit itu," katanya.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan agar kesemua masjid di seluruh negara mengadakan solat hajat dan doa selamat memohon ihsan Allah S.W.T agar memelihara rakyat daripada sebarang penyakit yang tidak diingini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 28 2020

Pengerusi MAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata ia berikutan pihaknya mengesan wujudnya pertambahan pusat kegiatan bagi pengikut ajaran Syiah di sekitar Selangor. - Foto ihsan MAIS

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

JAIM tahan 29 pengikut Al Ansar Imam Mahdi, disyaki amal fahaman Syiah
JAIM menahan lebih 29 pengikut kumpulan Al Ansar Imam Mahdi, termasuk ketua gerakan itu kerana disyaki mengamalkan fahaman Syiah.