Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerima geran padanan sebanyak RM2 juta daripada Kementerian Pendidikan bagi mengembang dan memperkasa bidang penyelidikan serta pengkomersilan universiti itu tahun ini.
Naib Canselornya Prof Dr Raha Abdul Rahim berkata daripada jumlah itu, RM400,000 diperuntukkan bagi tujuan pengkomersilan produk atau inovasi yang dihasilkan dalam kalangan pelajar dan pensyarah UTeM.
Beliau berkata setakat ini, penyelidik UTeM telah menghasilkan sebanyak 423 harta intelek sejak tahun 2007 manakala sebanyak 11 produk penyelidikan telah dikomersilkan.
"UTeM sentiasa menggalakkan para penyelidik untuk terus terlibat lebih aktif, menyumbang dan terus berdamping dengan masyarakat menerusi bidang penyelidikan masing-masing. Usaha ini diterjemahkan menerusi penghasilan pelbagai produk penyelidikan baharu dan menambah baik reka cipta produk sedia ada.
"Ini akhirnya dapat memberi manfaat terhadap pembangunan universiti dan masyarakat yang lebih cemerlang," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Karnival Inovasi UTeMEx 2019 di sini, pada Khamis.
Majlis berkenaan dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Dr Mohd Ghazali Abas dan turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTeM Prof Dr Zulkiflie Ibrahim.
Raha berkata UTeM sentiasa berusaha memastikan semua produk yang dihasilkan berjaya dipatenkan dan dikomersilkan untuk dimanfaatkan pihak industri dan masyarakat selaras dengan hasratnya menjadi penyumbang solusi dalam pelbagai aspek keperluan.
Beliau berkata UTeM turut menekankan usaha melahirkan ilmuan teknologi yang dapat menyumbang terhadap pemerkasaan bidang sains dan teknologi negara.
"Dalam pertandingan Pencipta yang diadakan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia baru-baru ini, semua penyertaan produk penyelidik UTeM telah mendapat pengiktirafan menerusi enam emas, dua perak dan dua gangsa.
"UTeM turut meraih anugerah khas bagi produk inovasi 'River Trash Collector System Mark III' yang memberi impak besar pada kesejahteraan komuniti di Melaka," katanya.
Sementara itu, beliau berkata Karnival Inovasi UTeMEx 2019 bertemakan 'Humanizing Technologies in Digital Era' yang disertai 179 penyelidik dalam kalangan ahli akademik dan pelajar itu berlangsung selama dua hari bermula semalam.
Katanya karnival yang disertai peserta dari universiti awam dan swasta, politeknik, institut latihan perindustrian, kolej komuniti, Maktab Rendah Sains Mara, kolej vokasional dan sekolah itu merupakan platform pemilihan produk penyelidikan dan inovasi terbaik untuk dibawa ke peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 10 2019

Mohd Ghazali (belakang, tujuh, kanan) bersama pemenang Anugerah Khas selepas merasmikan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Karnival Inovasi UTeMEx 2019 di Melaka, 10 Okt, 2019. --fotoBERNAMA
Ayam, santan barangan laris keras di Kota Bharu
Para peniaga memaklumkan kedua-dua bahan itu mendapat permintaan tinggi ketika umat Islam membuat persiapan menyambut Ramadan bermula Ahad.

Majlis Ekonomi Bumiputera pantau Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 - Ahmad Zahid
Majlis Ekonomi Bumiputera akan menjalankan pemantauan menyeluruh Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 bagi memastikan pelaksanaannya membuahkan hasil.

Polis kesan lelaki bantu siasatan kes bunuh
Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan untuk menjadi saksi penting perbicaraan kes bunuh mengikut Sesyen 302 Kanun Keseksaan.

Dividen KWSP: Cerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI - PM Anwar
Pencapaian KWSP mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur, disokong reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI.

SPRM akan panggil semula Ismail Sabri bantu siasatan - Sumber
SPRM akan memanggil semula bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes yang dikaitkan dengan rasuah serta pengubahan wang haram.

Muhamad Farkhan kecewa dituduh terlibat atur perlawanan
Petinju Muhamad Farkhan Mohd Haron kecewa dengan tuduhan sesetengah pihak menyatakan perlawananan terakhirnya menentang Jaskaran Singh dari India adalah perlawanan yang diatur.

Polis tahan 11 individu disyaki terlibat rusuhan semasa perlawanan tinju
Polis menahan 11 individu yang disyaki terlibat dalam insiden rusuhan ketika satu perlawanan tinju melibatkan pempengaruh media sosial di sebuah pusat membeli-belah.
AWANI Ringkas: Pertambahan ahli KWSP
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan belum tubuh jawatankuasa bincang peruntukan pembangkang - Fadillah
Jawatankuasa bagi membincangkan cadangan berhubung pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang masih belum dapat ditubuhkan.

Guru didakwa jalin hubungan dengan murid Tahun Enam
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah di Dengkil disiasat polis selepas didakwa menjalin hubungan dengan anak muridnya.

Terkejut filem tanpa bajet dapat anugerah - Pengarah Geran
Mohd Shahreel berkata, perasaan teruja dan gembira itu sukar untuk diungkapkan memandangkan kejayaan itu datang tanpa diduga.