KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menyediakan geran tahunan RM4 juta kepada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk melaksanakan program-program kesedaran dan latihan yang signifikan.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peningkatan kemahiran dan latihan semula merupakan kunci penting dalam memastikan Malaysia mempunyai tenaga kerja yang berdaya saing.
Justeru, beliau turut menggesa MTUC mewujudkan pelan pendidikan lebih holistik, efektif dan komprehensif kepada ahli-ahli kesatuan gabungan di bawahnya serta diperluas kepada golongan pekerja Keluarga Malaysia yang lain.
“Saya yakin melalui pelan-pelan pendidikan yang strategik, MTUC boleh terus memainkan peranan yang amat penting dalam melahirkan pekerja yang dinamik.
“Pada masa yang sama, sebagai badan induk yang memperjuangkan hak dan nasib pekerja, MTUC juga perlu prihatin terhadap keperluan ahli-ahli kesatuan, khususnya golongan B40 dan kelompok miskin tegar.
“Pendekatan Keluarga Malaysia bermatlamat memastikan tidak ada seorang pun ahli keluarga kita hidup melarat. Saya memahami keadaan ini kerana asal usul saya dikelilingi dengan kemiskinan,” katanya di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) kali ke-42 di Auditorium Balai Ungku Aziz, Universiti Malaya (UM).
Hadir sama, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan dan Timbalan Presiden MTUC Mohd Effendy Abdul Ghani.
Berucap lanjut, Perdana Menteri berkata, MTUC yang mewakili 16.5 juta pekerja Keluarga Malaysia dianggap sebagai rakan kongsi kerajaan yang baik.
Peranan MTUC, kata Ismail Sabri, sangat penting dalam membantu memulihkan ekonomi negara yang kini memasuki fasa peralihan ke endemik.
Tambahnya, pegawai-pegawai MTUC diberi penghormatan menganggotai pelbagai badan berkanun dan khas, termasuk Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan, membuktikan keyakinan dan kepercayaan kerajaan terhadap MTUC untuk bersama-sama menimbang serta menyuarakan masalah pekerja, sekali gus membantu meningkatkan kebajikan mereka.
Dalam masa yang sama, Perdana Menteri berpandangan, sikap dan pemikiran pekerja juga perlu dipupuk untuk bergerak seiring dengan kepentingan negara dan bukannya khusus bagi kepentingan satu pihak semata-mata.
“Saya berpendapat, perkara paling penting dalam kesatuan sekerja adalah fungsinya selaras dengan undang-undang perburuhan sedia ada dan menjunjung prinsip Rukun Negara,” ujar Ismail Sabri lagi.
Perdana Menteri juga berharap agar MTUC dapat melihat semula kepada usaha-usaha yang mampu memastikan tenaga kerja di negara ini memiliki kemahiran baharu yang sewajarnya dan bukan hanya memperjuangkan soal gaji dan imbuhan semata-mata.
Hasimi Muhamad
Sat Jul 02 2022
Ismail Sabri (tengah) hadir pada Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan MTUC kali ke-42 hari ini. Turut serta Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan (dua, kiri) dan Timbalan Presiden MTUC Mohd Affendy Abdul Ghani (dua, kanan). --fotoBERNAMA
AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.
31 koperasi Wilayah Persekutuan dalam senarai 100 terbaik negara pada 2024 - Dr Zaliha
Beliau berkata kejayaan menunjukkan potensi besar koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi komuniti setempat.
Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.