BAGAN DATUK: GiatMARA Bagan Datuk di sini dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute (MCI) bagi melatih tenaga dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) tempatan yang akan mendapat kepakaran dari China.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
"Ia telah pun bermula dengan seramai 650 pelajar TVET tempatan sedang mendapat latihan awal di GiatMARA Bagan Datuk dan telah dihantar ke China.
"Tajaan ke atas pelajar TVET ini adalah tajaan penuh organisasi China dan pelajar hanya perlu membiayai kos tiket sahaja, itupun kita telah dapatkan tajaan untuk mereka," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bagan Datuk di sini pada Jumaat.
Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata bagi melicinkan perjalanan GiatMARA Bagan Datuk sebagai MCI, proses naik taraf kemudahan dan infrastruktur akan dilaksanakan termasuk membesarkan kawasan kampus tersebut dalam masa terdekat.
Pada Januari lepas dilaporkan sebanyak 17 institusi TVET di China bersetuju dan bersedia untuk bersama dalam penubuhan MCI.
Komitmen yang dizahirkan oleh institusi TVET China terhadap penubuhan MCI itu adalah dengan menawarkan 2,000 kuota latihan sepanjang tahun ini bagi meningkatkan kemahiran kepada pelajar TVET Malaysia.
Peluang latihan yang diberikan itu meliputi pelbagai bidang termasuk berkaitan kenderaan elektrik (EV), kecerdasan buatan (AI), teknologi Internet Pelbagai Benda (IoT), solar, teknologi maklumat dan pemesinan.
Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata sebagai permulaan sebuah organisasi dari China akan menaja 2,000 pelajar tempatan dalam bidang tenaga boleh diperbaharui, kereta hidrogen dan telekomunikasi.
Menurutnya ia juga sebagai terjemahan jalinan kerjasama antara Malaysia-China dan penambahan pelaburan dari negara berkenaan ke Malaysia.
"Sehubungan itu China amat perlukan pekerja mahir dari negara kita dalam bidang berkaitan," katanya sambil menambah pelajar yang dipilih daripada pelbagai latar belakang dan kaum termasuk Sabah dan Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 19 2024
![GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713566934_TBZAHIDHAMIDI.jpg)
Ahmad Zahid beramah mesra bersama Saarani ketika hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bagan Datuk. - Foto BERNAMA
Grab x GoTo: Gabungan Strategik atau Risiko Tinggi?
Penggabungan Grab dan GoTo dijangka mengubah landskap superapp di ASEAN. Adakah ini langkah strategik untuk keuntungan mampan atau sekadar usaha bertahan? Kupas cabaran, peluang, serta impaknya terhadap pengguna, pelabur, dan ekosistem digital serantau.
Masa depan sistem kesihatan Malaysia: Dari polisi ke transformasi
Kesihatan bukan sekadar rawatan, ia tentang inovasi, polisi yang kukuh, dan akses untuk semua. Future Healthcare Asia 2025 akan menghubungkan pemimpin kesihatan untuk membincangkan cabaran terbesar dalam sektor ini, daripada kekurangan tenaga kerja hingga kepada integrasi teknologi dalam sistem perubatan. Sertai perbincangan untuk mengetahui lebih lanjut bersama Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Galen Centre for Health and Social Policy, Azrul Mohd Khalib.
Grab dan GoTo percepat perbincangan penggabungan bagi atasi kerugian
Grab Holdings Ltd dan GoTo Group mempercepatkan perbincangan penggabungan dan mensasarkan untuk memeterai perjanjian tahun ini juga, bagi mengatasi kerugian yang berlarutan dalam pasaran Internet yang sangat sengit di Asia Tenggara.
![Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738891696_SultanIbrahimSulta.jpg)
Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.
Malaysia Berpotensi Jadi Hab Semikonduktor Global
Menurut Pengarah & Penganalisis, Research Institute for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Md Shukri Shuib.. ini kerana industri semikonduktor di negara ini berjaya menunjukkan kemajuan yang pesat sehingga mampu mengatasi negara Taiwan.
![Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735562009_ringgitduit.jpg)
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4230/4375 berbanding dolar AS daripada 4.4320/4385 semasa ditutup pada Khamis.
![Permohonan UPU sesi 2025/2026 dibuka 10 Feb - KPT Permohonan UPU sesi 2025/2026 dibuka 10 Feb - KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695453945_PelajarUniversiti.jpg)
Permohonan UPU sesi 2025/2026 dibuka 10 Feb - KPT
Permohonan kemasukan pelajar bagi Sesi Akademik 2025/2026 melalui UPUOnline dibuka mulai 10 Februari hingga 14 Mac 2025 untuk Fasa Pertama.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [7 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
- KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
- Polis Indonesia sahkan pempengaruh Malaysia buat cerita palsu
- Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
- KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
- Polis Indonesia sahkan pempengaruh Malaysia buat cerita palsu
![NCAA larang wanita transgender sertai acara sukan sehari selepas perintah eksekutif Trump NCAA larang wanita transgender sertai acara sukan sehari selepas perintah eksekutif Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738889455_TBNCAA.jpg)
NCAA larang wanita transgender sertai acara sukan sehari selepas perintah eksekutif Trump
"Seorang atlet pelajar yang ditetapkan sebagai lelaki semasa lahir tidak dibenarkan bertanding dalam pasukan wanita."
![Piala EFL: Pesona Salah bawa Liverpool ke final Piala EFL: Pesona Salah bawa Liverpool ke final](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738888349_CarabaoCup.jpg)
Piala EFL: Pesona Salah bawa Liverpool ke final
Pasukan bimbingan Ange Postecoglou tidak dapat mengekang The Reds untuk ke final dengan kelebihan agregat 4-1.
![GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713566934_TBZAHIDHAMIDI.jpg)
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.