REMBAU: Seorang penganggur didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah menghalang tugas penjawat awam dengan menggigit lengan seorang anggota polis, Sabtu lalu.
Tertuduh, Muhammad Azli Kamarudin, 37, membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran.
Tertuduh turut berdepan hukuman lima bulan penjara sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh pada 25 April lalu, jam lebih kurang 1.15 tengah hari di sebuah rumah di Chembong, Rembau telah menghalang penjawat awam iaitu seorang anggota polis berpangkat detektif koperal dengan menggigit bawah lengan tangan kanannya daripada menjalankan fungsi awamnya.
Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga dua tahun atau dengan denda yang boleh sampai RM10,000 atau dengan kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.
Dalam pada itu, tertuduh turut dikenakan denda RM2,500 selepas mengaku bersalah memberi kepada diri sendiri dadah jenis Morphine pada tarikh sama jam lebih kurang 2.30 petang di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau.
Dia juga dikenakan dua tahun pengawasan polis selain berdepan hukuman lapan bulan penjara sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen dan akta yang sama.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mengikut fakta kes, hari kejadian tertuduh enggan memberikan kerjasama ketika polis menjalankan serbuan di rumahnya di Chembong dengan memarahi pasukan serbuan sebelum bertindak melarikan diri ke arah dapur.
Tertuduh kemudiannya berjaya ditahan namun semasa proses tangkapan, dia bertindak agresif dengan menggigit bawah lengan tangan kanan seorang detektif koperal. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed May 29 2024

Tertuduh (tiga dari kanan) didenda RM2,000 selepas mengaku salah menghalang penjawat awam menjalankan tugas dengan menggigit lengan anggota polis, Sabtu lalu.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Gigit lengan polis, penganggur didenda RM2,000
Seorang penganggur didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah menghalang tugas penjawat awam dengan menggigit lengan seorang anggota polis, Sabtu lalu.