KUALA LUMPUR: Lari daripada kebiasaan, seorang lelaki memilih untuk memelihara serangga sebagai haiwan belaan sejak usia tujuh tahun lagi.
Dalam pelbagai jenis serangga yang dikenalinya, Muhammad Nazim Mizan mengakui dirinya lebih tertarik pada satu jenis serangga yang memiliki karakter menarik.
Juruteknik berusia 26 tahun itu berkata, minat mengumpul dan memelihara mentadak di rumah memberikannya satu kepuasan yang tidak boleh digambarkan.
“Saya masih ingat ketika usia saya tujuh tahun, waktu itu saya bermain di padang kawasan rumah.
“Sebaik ternampak aksi mentadak ‘bertarung’ dengan seekor kucing, waktu itu saya sedar mula terpaut dengan serangga yang dianggap sangat cool,” katanya memulakan bicara.
Memiliki puluhan koleksi mentadak pelbagai jenis di rumah, Nazim yang baru sahaja berkahwin bersyukur isterinya memahami minatnya dan tidak pernah menghalangnya untuk membawa pulang mentadak ke rumah.
Tambah Nazim, sehingga kini dia mempunyai lebih tujuh jenis mentadak yang diletakkan di dalam bekas khas.
“Ada beberapa jenis ada dalam simpanan saya antaranya spesies Gemmatus, Giraffe Mantis, Emposa Penata, Rhombodera Basalis, Hierodula Venosa, Acromantis dan banyak lagi.
“Masing-masing memiliki keunikan tersendiri yang membuatkan saya semakin kagum melihat ciptaan Allah SWT ini.
“Contohnya macam Giraffe Mantis, kalau kita lihat fizikalnya, lehernya kelihatan panjang seperti zirafah. Manakala Deroplatys Lobata kelihatan seperti daun kering yang ‘hidup’,” kongsinya teruja.
Tambah Nazim, memelihara serangga mungkin kelihatan mudah tetapi mentadak juga memerlukan perhatian daripada pemilik.
“Ada yang cakap bela serangga senang berbanding memelihara kucing. Tetapi mentadak juga perlukan perhatian sempurna agar ‘ikatan’ kasih sayang itu terasa mekar.
Kata Nazim, perhatian yang dimaksudkan adalah mentadak memerlukan suasana nyaman dengan suhu tepat dan kelembapan termasuk kebersihatan bekas yang perlu dibersihkan selalu.
“Saya juga akan pastikan mentadak dapat bekalan terbaik,” katanya sambil menambah jangka hayat bagi setiap mentadak boleh mencecah sehingga usia dua tahun.
Nazim juga membuat banyak ulang kaji tentang mentadak di internet serta mencadangkan sesiapa berminat memelihara mentadak agar membeli spesies yang tersedia di Malaysia.
"Harga bergantung pada spesis dan saiz. Kalau paling kecil boleh mencecah RM15-RM20 namun bergantung kepada penjual.
"Kalau usia pertengahan dalam lingkungan harga RM70-RM80 seekor manakala mentadak dewasa harga lebih mahal sedikit sekitar RM200-300," katanya.
Mentadak juga perlu diberi makan dua kali seminggu dan tidak boleh terlalu kenyang memandangkan saiz fizikal yang kecil dan halus.
Antara makanan yang diberikan kepada mentadak peliharaannya adalah lipas Dubia, lalat buah, cacing dan lipas Turkistan.
“Bekalan makanan semua diimport dari luar negara. Macam lipas Dubia, harga untuk satu bekas sekitar RM15.
“Saya juga pastikan bekas kesemua mentadak berada dalam keadaan lembap. Oleh itu saya akan sembur sedikit air bersih ke cermin di dalam bekas disediakan,” katanya.
Bagi yang mahu memulakan hobi yang sama, Nazim berpesan supaya banyak melakukan pencarian maklumat supaya keperluan spesies itu dapat diberikan.
Faida Rahim
Sun Jan 15 2023
Juruteknik berusia 26 tahun itu berkata, minat mengumpul dan memelihara mentadak di rumah memberikannya satu kepuasan yang tidak boleh digambarkan. - Foto ihsan Muhammad Nazim Mizan
Waspada 'smishing': Penipuan SMS paling santai
Pautan yang dihantar dalam percubaan smishing lazimnya adalah untuk mendapatkan pengesahan identiti mangsa.
Musk ambil alih agensi AS, wujudkan pusat kuasa baharu
Pengambilalihan pantas terhadap dua agensi kerajaan Amerika Syarikat oleh Elon Musk telah memberinya kawalan ke atas tenaga kerja persekutuan yang berjumlah 2.2 juta orang, sekali gus mencetuskan perubahan drastik dalam pentadbiran kerajaan.
Sebagai individu terkaya di dunia dan sekutu rapat Presiden Donald Trump, Musk, telah mewujudkan pusat kuasa baharu di Washington dalam tempoh dua minggu menerusi pelaksanaan inisiatif pemotongan kos yang bertujuan mengurangkan saiz kerajaan persekutuan.
Sebagai individu terkaya di dunia dan sekutu rapat Presiden Donald Trump, Musk, telah mewujudkan pusat kuasa baharu di Washington dalam tempoh dua minggu menerusi pelaksanaan inisiatif pemotongan kos yang bertujuan mengurangkan saiz kerajaan persekutuan.
“Beri kami idea untuk selesai isu pemisah “- Thailand
Malaysia diminta untuk memberikan idea kepada Thailand bagi membolehkan negara itu menyelesaikan isu pemisah yang didakwa menguggat keselamatan dan keamanan di wilayaj selatan.
Thailand mohon jasa Malaysia tangani isu dadah
Thailand mohon jasa baik Malaysia wujudkan perkongsian maklumat risikan formal dan tidak formal sebagai salah satu usaha menangani masalah pengedaran dan penyeludupan dadah secara lebih berkesan.
[TERKINI] SPRM teliti pelbagai sudut termasuk bayaran diterima selebriti
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperluas skop siasatan dengan meneliti jumlah bayaran yang diterima tiga selebriti yang menjadi pempengaruh bagi sebuah syarikat perunding kewangan yang dikaitkan dalam Op Sky.
[TERKINI] Jurutera maut, nahas helikopter di Jalan Lama KL-Bentong
Amirul Aiman membawakan perkembangan terkini dari lokasi nahas helikopter yang mengorbankan satu nyawa di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong.
Putrajaya, 3 negeri catat sifar miskin tegar tahun lepas
Usaha Kerajaan MADANI untuk menoktahkan kemiskinan tegar menunjukkan kemajuan yang sangat memberangsangkan, dengan tiga negeri dan satu Wilayah Persekutuan berjaya mencatatkan sifar miskin tegar.
Hafidz dakwa bekas isteri bawa anak ke Australia tanpa izin
Hafidz Roshdi mendakwa dirinya langsung tidak diberikan peluang oleh bekas isteri, Shuhada Mat Shukri untuk berjumpa dengan dua anak mereka sejak lebih setahun lalu.
[TERKINI] Nahas helikopter: TNB arah kerja, penggunaan helikopter diberhentikan
TNB memaklumkan pihak mereka akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan insiden tersebut.
[TERKINI] Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
Seorang warga Indonesia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden helikopter di Jalan Lama KL - Bentong akibat terkena bilah kipas.
'Gila serangga' sejak usia tujuh tahun, Nazim kumpul puluhan mentadak unik
Baginya, minat mengumpul dan memelihara mentadak di rumah memberikannya satu kepuasan yang tidak boleh digambarkan.