PADA bulan Ramadan lalu, artis popular Indonesia, Syahrini sudah mula mengenakan hijab.
Perubahan imej Syahrini menarik perhatian peminat-peminat setianya selain seluruh rakyat negara jiran itu.
Dan selang dua bulan bertudung, nyata, Syahrini benar-benar istiqamah dan ketika ini, selebriti itu amat bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk berubah menjadi individu yang lebih baik berbanding kehidupan sebelum ini.
Kata Syahrini atau nama sebenarnya, Rini Fatimah Zaelani, hasrat yang didambakannya kini ialah mengejar ilmu akhirat pula selepas puas mengecap kebahagiaan dunia.
“Dari awal bernikah sehingga ke hari ini, saya memang mahu memberi tumpuan pada jalanNya. Ini adalah kerana tidak ada nilainya ibadah seseorang itu jika berterusan dengan keadaan dunia hari ini.
“Apa sahaja yang ada pada kita hari ini dengah mudah boleh saja diambil oleh Allah pada bila-bila masa sekiranya kita tidak bertakwa dan mengiringi (kehidupan) dengan ibadah,” kata Syahrini seperti dilapor media tempatan.
Tegas Syahrini, 39, niatnya untuk memperbaiki setiap ibadahnya dan bersama suaminya, Reino Barack, selain mengharapkan Allah sentiasa menghadirkan redha buat mereka berdua.
“Sekarang, aku benar-benar ingin mencari akhirat. Allah sudah berikan aku dunia, tapi kalau aku berterusan mengejar dunia, bimbang tiada apa yang mahu dikejar untuk akhirat kelak,” ujarnya lagu.
Penyanyi yang masyhur dengan lagu Pelantun Sesuatu itu mengakui, untuk melalui fasa penghijrahan bukan satu perkara yang mudah.
Namun, dia bersyukur kerana suaminya begitu teguh memberi sokongan.
"Kerana hijrah itu sendiri berat. Tapi, kalau hijrah berdua bersama suami seperti kami sekarang, suami saya
sangat tekun. Kami sama-sama belajar dan pada saya tidak ada harta yang lebih besar Allah berikan selain daripada hijrah itu,” jelasnya lagi.
Sebelum ini, Syahrini sangat sinonim dengan kegemarannya menjalani gaya hidup mewah.
Atas kapasitinya sebagai artis masyhur, Syahrini sering tampil dengan pakaian dan aksesori mewah serta kerap berkongsi foto percutian ke luar negara termasuk menaiki pesawat persendirian.
Astro Awani
Sun Jun 27 2021
Perubahan personaliti Syahrini disambut dengan penuh kesyukuran oleh peminat-peminatnya. - Gambar Instagram SYAHRINI
Bintang Meteor Garden, Barbie Hsu meninggal dunia akibat pneumonia
Hsu terkenal dengan peranannya dalam "Meteor Garden" pada 2001, menjadikannya bintang besar di Malaysia, Filipina, Indonesia, dan Thailand.
Mahkamah tolak bantahan awal, bicara kes abai Zayn Rayyan mula petang ini - Hakim
Mahkamah Sesyen menolak bantahan awal pihak pembelaan yang menyatakan pertuduhan ke atas ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin adalah defektif atau cacat.
Wanita direman empat hari bantu siasatan kes buang bayi
Seorang wanita berusia 29 tahun direman empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi di hadapan sebuah rumah di Jalan Kampung Rama, Kuala Sanglang, Simpang Empat pada 19 Jan lepas.
Banjir: Rumah panjang Malo seakan 'pulau' dikelilingi air hampir sebulan
Dikelilingi air sejak hampir sebulan, rumah panjang Malo yang terletak di Nanga Penyarai kini seakan pulau kecil yang terasing.
Insiden tembakan: Siasatan menjurus kepada kes lebih serius - Saifuddin
Menurut Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, siasatan awal menunjukkan keadaan corak atau situasi yang serupa berdasarkan kes-kes penyeludupan sebelum ini.
Tarif AS cetus kritikan, kebimbangan di Jerman
Langkah tarif yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap Kanada, Mexico dan China mencetuskan kritikan serta kebimbangan di Jerman, lapor Xinhua.
Ekonomi negara membanggakan, harap Kerajaan terus pertingkatkan - Agong
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengharapkan agar prestasi ekonomi negara pada masa kini pada tahap membanggakan, khususnya domestik dan pelaburan negara, dapat terus dipertingkatkan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
Sambil mengucapkan syabas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Persekutuan, Baginda bertitah, nilai ringgit kembali kukuh dan kadar pengangguran kekal rendah.
Sambil mengucapkan syabas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Persekutuan, Baginda bertitah, nilai ringgit kembali kukuh dan kadar pengangguran kekal rendah.
Perbicaraan hari pertama kes abai Zayn Rayyan bermula hari ini
Perbicaraan hari pertama kes mengabai kanak-kanak autism, membabitkan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya bermula Isnin.
Insiden tembakan: Anggota Maritim Malaysia terbabit direhatkan - Saifuddin
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, ini berdasarkan siasatan dalaman ke atas anggota yang terlibat.
Malaysia perlu kekal fleksibel hadapi ketidaktentuan perdagangan global
Ketidaktentuan perdagangan akibat dasar Amerika Syarikat (AS) memerlukan Malaysia untuk kekal fleksibel dan meneroka hala tuju baharu seperti BRICS. Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Afzanizam Abdul Rashid menekankan kepentingan globalisasi serta keperluan memastikan perdagangan antarabangsa kekal adil, telus, dan cekap.
Syahrini sahkan hamil selepas 5 tahun kahwin
Syahrini berkongsi beberapa siri foto kehamilannya sekali gus mengumumkan kehamilan pertamanya.
"Giliran cari akhirat pula, dunia sudah puas dikejar" - Syahrini bicara soal hijrah
"Apa sahaja yang ada pada kita hari ini dengah mudah boleh saja diambil oleh Allah pada bila-bila masa."
"Saya tak ambil suami orang" - Syahrini jelas dakwaan rampas Reino daripada wanita lain
"Saya single, dia single, apa salahnya? Saya tidak mengambil suami orang kerana dia single."
"Teruskan Istiqomah" - Peminat beri sokongan Luna Maya berhijab
Cantik Luna Maya bertudung!
"Congratulations beautiful!!!" - ucapan Paris Hilton buat Syahrini
Paris Hilton ucap tahniah kepada penyanyi terkenal Indonesia, Syahrini yang melangsungkan pernikahan dengan usahawan, Reino Barack.
Pernikahan Syahrini, Reino Barack trending di Indonesia
Syahrini bergelar isteri Reino Barack selepas disatukan di Tokyo, Jepung pada Rabu.
Pemurahnya, penyanyi Syahrini mahu bawa 100 orang tunai umrah
Penyanyi Indonesia, Syahrini berhasrat membawa 100 orang untuk menunaikan ibadah Umrah di tanah suci, Mekah.