Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa kerajaan akan memastikan perkembangan ekonomi negara akan turut dinikmati oleh golongan B40 melalui pelbagai bantuan.
Menurut beliau, kerajaan tidak akan membiarkan jurang pendapatan antara golongan yang kaya dan miskin semakin melebar saban hari yang diamalkan dalam sistem ekonomi kapitalis.
Sebaliknya, kata Datuk Seri Najib, sebagai sebuah kerajaan yang mementingkan kebajikan rakyat, kerajaan akan terus memberi bantuan kepada golongan yang berpendapatan rendah.
“Inilah kerajaan kita dipimpin UMNO dan Barisan Nasional di mana kita tak membiarkan ekonomi negara kita terus berkembang di mana yang kuat akan lebih berjaya dan yang kaya akan terus menjadi lebih kaya.
“Sistem ekonomi yang terbuka seperti ini akan menyebabkan jurang pendapatan semakin hari semakin melebar.
“Kerajaan pimpinan UMNO dan BN tidak berpegang kepada falsafah ekonomi kapitalisma yang terbuka, sebaliknya tentukan campur tangan kerajaan secara membina.
"Supaya mereka yang memerlukan bantuan, dapat kita beri bantuan, bukan secara pukal tapi bersasar yakni kita boleh khususkan individu dan keluarga yang perlukan bantuan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan program Jom Bantu Rakyat Parlimen Bukit Gantang di padang Taman Mewah Fasa 2 di sini pada Rabu.
Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Datuk Syed Hussein Abu Hafaz.
Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa Bank Dunia telah menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia daripada 4.4 peratus kepada 4.9 peratus tahun ini.
Dalam pada itu, beliau menafikan tuduhan kononnya kerajaan menggunakan duit penyimpan Tabung Haji untuk membantu rakyat, sebaliknya ia adalah hasil keuntungan perniagaan yang dijalankan.
Sempena program itu, Perdana Menteri turut menyampaikan pelbagai bantuan untuk pekebun kecil, nelayan dan bantuan kebajikan di samping melancarkan projek lampu jalan kampung fasa lapan peringkat negeri Perak.
Astro Awani
Wed Jun 07 2017

PM Najib bergambar bersama para penerima sumbangan pada Program Bantu Rakyat dan Majlis Sumbangan Wang Zakat Ziarah Kasih Sayang Yayasan Tabung Haji dan Pelancaran Lampu Jalan Kampung Peringkat Negeri Perak hari ini. - Bernama

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.

Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).

Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.

'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.

BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.

BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.

50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.

Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.