KUALA LUMPUR: Golongan muda perlu mengambil langkah proaktif untuk mencegah penyakit strok atau angin ahmar daripada berlaku kerana kajian menunjukkan kes strok semakin meningkat dalam kalangan mereka dengan 15 peratus melibatkan strok iskemia atau arteri tersumbat.
Strok kadang-kadang dipanggil serangan otak berlaku dalam satu daripada dua cara, arteri yang disekat (strok iskemia) atau arteri pecah (strok pendarahan).
Perunding Neurologi dan Pakar Perubatan Dalaman, Sunway Medical Centre Velocity (SMCV) Dr Kok Chin Yong berkata profesional penjagaan kesihatan telah mengesan trend peningkatan strok iskemia dalam kumpulan kerja yang lebih muda dan kira-kira 40 peratus daripada kes yang memerlukan kemasukan ke hospital adalah di bawah 60 tahun.
Beliau berkata kajian menunjukkan merokok, tidak aktif fizikal dan hipertensi selain faktor persekitaran seperti pencemaran udara adalah antara faktor utama strok.
"Golongan muda lebih mudah terdedah kepada faktor ini kerana gaya hidup mereka yang tidak aktif tabiat makanan yang tidak sihat, masa skrin yang berlebihan dan peningkatan pengambilan alkohol.
Katanya apnea tidur obstruktif (OSA) dan pengambilan dadah secara haram juga sering diabaikan, yang merupakan faktor risiko menyumbang kepada strok.
Dr Kok juga berkongsi, strok juga boleh disebabkan oleh faktor risiko yang jarang diperoleh seperti sindrom moya-moya (gangguan serebrovaskular progresif yang jarang berlaku disebabkan oleh arteri terhalang), sindrom anti-fosfolipid (menyebabkan pembekuan darah yang tidak normal) serta keabnormalan jantung.
Dengan pelbagai faktor risiko yang boleh menyumbang strok, Dr Kok mencadangkan agar golongan muda perlu mengamalkan gaya hidup sihat seperti senaman yang kerap dan diet seimbang bagi menangani risiko itu.
Beliau juga tidak menggalakkan penggunaan dadah rekreasi dalam apa jua cara kerana penyalahgunaan dan berlebihan boleh mengakibatkan penyempitan saluran darah yang teruk, mengakibatkan strok.
Beliau berkata orang ramai perlu mengenal pasti dan menangani pencetus tekanan mereka dengan sewajarnya kerana tekanan adalah perkara biasa pada masa kini dan ia akan secara langsung boleh menjejaskan tingkah laku yang tidak sihat, yang meningkatkan risiko strok.
"Jika tekanan mengakibatkan tidur terjejas, maka ia adalah sesuatu yang perlu dirisaukan dan perlu ditangani. Ini kerana tidur yang kurang baik mempunyai kesan ke atas sistem imun dan menyebabkan keabnormalan dalam masalah darah dan jantung yang berpotensi menyebabkan strok," katanya.
Beliau berkata antara simptom biasa strok yang perlu diberi perhatian ialah terkulai muka, lemah lengan dan masalah pertuturan dan orang ramai boleh menggunakan BE FAST untuk membuat penilaian.
"B untuk isu keseimbangan atau pening, E untuk masalah mata atau visual, F untuk terkulai muka, A untuk kelemahan lengan atau kaki atau kebas, S untuk gangguan pertuturan dan T untuk masa memanggil 999. Untuk penilaian lanjut, doktor akan menggunakan skala strok yang ditentukan seperti Skala Strok Institut Kesihatan Kebangsaan untuk menentukan keterukan strok. Semakin tinggi skor, semakin serius strok," katanya.
Selain itu, Pakar Perunding Perubatan Rehabilitasi Dr Foong Chee Choong berkata rawatan dan rehabilitasi penting untuk pemulihan, namun banyak faktor perlu diambil kira seperti memilih pakar dan peralatan yang sesuai untuk membantu proses berkenaan.
"Proses pemulihan dan jenis rawatan akan berbeza dan tiada dua pesakit akan mengalami kemajuan yang sama. Memandangkan faktor ini, doktor perlu menilai keadaan pesakit dan mencadangkan pelan rawatan yang sesuai dan berkesan yang disesuaikan dengan keperluan mereka," kata Dr Foong.
Beliau berkata usia memainkan peranan penting dalam pemulihan strok dengan pesakit lebih muda mempunyai peluang lebih baik untuk mendapatkan mobiliti yang lebih cepat dan pulih berbanding mangsa yang lebih tua tetapi mereka juga akan mendapat manfaat yang baik daripada program pemulihan strok yang betul.
Sementara itu, beliau berkata penggunaan robotik dalam pemulihan strok boleh meningkatkan proses berjalan dalam masa satu hingga tiga bulan dan membolehkan maklum balas yang tepat untuk meningkatkan pergerakan dan fungsi mereka, selain menyediakan pelbagai peringkat bantuan kepada mangsa.
Beliau menambah penggunaan jurulatih gait exoskeleton juga telah diguna pakai secara meluas di Malaysia sejak sedekad yang lepas, memberi manfaat kepada pesakit seperti kecederaan saraf tunjang, lumpuh pada bahagian bawah badan, kecederaan otak traumatik dan lain-lain lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 09 2023
![Golongan muda perlu ambil langkah proaktif cegah strok Golongan muda perlu ambil langkah proaktif cegah strok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683554204_BrainScan.jpg)
Strok berlaku dalam satu daripada dua cara, arteri yang disekat (strok iskemia) atau arteri pecah (strok pendarahan). - Gambar hiasan
Lebih 18,000 pelarian kembali ke Afghanistan
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air dari negara jiran, Pakistan, bulan lepas, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu.
Latvia henti kebergantungan grid elektrik Rusia
Latvia antara tiga negara baltik yang terbaharu mengambil keputusan dramatik memutuskan hubungan serta kebergantungan dengan grid kuasa elektrik dengan Rusia pada Sabtu. Pelan itu adalah sebagai sebahagian dari rancangan Latvia untuk memacu keselamatan dan mengintegrasikan hubungan dengan negara-negara dibawah Kesatuan Eropah (EU).
![Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739031607_TembakSetiaCityM.jpg)
Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
[TERKINI] Polis sahkan kejadian tembakan di pusat membeli belah
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila dipercayai berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera
Dalam tempoh 48 jam lepas sahaja, 26 lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk 22 mayat yang ditemukan daripada runtuhan.
Tumpuan Ahad – 9 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (8 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti pimpinan Modi dijangka takluk New Delhi
Parti Perdana Menteri India Narendra Modi Bharatiya Janata Party (BJP), dijangka memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya dewan perundangan tempatan di Delhi. Trend pengiraan undi pada Sabtu menunjukkan BJP memenangi lebih daripada 45 kerusi dalam dewan perundangan 70 anggota, mengatasi Aam Aadmi Party (AAP) yang dipimpin bekas Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
![Nobuyo Oyama, pemilik suara Doraemon, meninggal dunia pada usia 90 tahun Nobuyo Oyama, pemilik suara Doraemon, meninggal dunia pada usia 90 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71728643649_NobuyoOyamaDoraem.jpg)
Nobuyo Oyama, pemilik suara Doraemon, meninggal dunia pada usia 90 tahun
Nobuyo Oyama, pelakon suara yang terkenal kerana memainkan watak utama dalam siri anime Jepun popular "Doraemon," meninggal dunia pada usia 90 tahun, menurut agensinya pada Jumaat.
![Sharon Stone kehilangan RM84 juta dalam simpanan selepas hidap strok Sharon Stone kehilangan RM84 juta dalam simpanan selepas hidap strok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720750324_SharonStone.jpg)
Sharon Stone kehilangan RM84 juta dalam simpanan selepas hidap strok
Banyak pihak ambil kesempatan di atas kesakitannya sehinggakan peti sejuk dan telefon Stone atas nama orang lain.
![Setiausaha politik PM ziarah penyanyi Sheqal, sampaikan sumbangan Setiausaha politik PM ziarah penyanyi Sheqal, sampaikan sumbangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709982731_AnwarIbrahim.jpg)
Setiausaha politik PM ziarah penyanyi Sheqal, sampaikan sumbangan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada penyanyi Shahrin Salehuddin, atau lebih dikenali sebagai Sheqal.
![Legenda bola sepak Kedah lumpuh akibat strok Legenda bola sepak Kedah lumpuh akibat strok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703134872_TBAbdulRahmanTas.jpg)
Legenda bola sepak Kedah lumpuh akibat strok
Pada era 90-an nama Abdul Rahman Tasu, 60, amat digeruni pihak lawan sewaktu menjadi penyerang pasukan Kedah.
![Strok: Ambil tindakan, bertindak pantas Strok: Ambil tindakan, bertindak pantas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81682677926_HeatStroke.jpg)
Strok: Ambil tindakan, bertindak pantas
Seorang daripada empat rakyat Malaysia akan mengalami strok menjelang 2040 jika tiada langkah pencegahan diambil.
![Golongan muda perlu ambil langkah proaktif cegah strok Golongan muda perlu ambil langkah proaktif cegah strok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683554204_BrainScan.jpg)
Golongan muda perlu ambil langkah proaktif cegah strok
Strok berlaku dalam satu daripada dua cara, arteri yang disekat (strok iskemia) atau arteri pecah (strok pendarahan).
![Maritim Malaysia bawa penumpang kapal alami strok dapatkan rawatan Maritim Malaysia bawa penumpang kapal alami strok dapatkan rawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51682571464_APMM.jpg)
Maritim Malaysia bawa penumpang kapal alami strok dapatkan rawatan
Wanita warga Indonesia, Hon Siu Fung, penumpang kapal Spectrum Of The Seas mengalami strok semasa kapal dalam pelayaran ke Singapura.
![Phuket antara 3 wilayah di Thailand diramal catat suhu lebih 54 darjah Celsius Phuket antara 3 wilayah di Thailand diramal catat suhu lebih 54 darjah Celsius](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-03/61458487797_CuacaPanas.jpg)
Phuket antara 3 wilayah di Thailand diramal catat suhu lebih 54 darjah Celsius
Jabatan Meteorologi Thailand mengeluarkan amaran pendedahan berpanjangan kepada haba boleh menyebabkan strok haba atau strok matahari.
![Legenda rock Rahim Maarof sudah sedar dari koma Legenda rock Rahim Maarof sudah sedar dari koma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61680430475_TBRAHIMMAAROFjpg.jpg)
Legenda rock Rahim Maarof sudah sedar dari koma
Penyanyi rock legenda, Rahim Maarof kini dilaporkan sudah sedar dari koma selepas ditahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat angin ahmar di Hospital Sungai Buloh, Selangor.
![Serangan strok boleh dielak? Ini penjelasan doktor Serangan strok boleh dielak? Ini penjelasan doktor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41651289424_SeranganStrok.jpg)
Serangan strok boleh dielak? Ini penjelasan doktor
Sama ada kesan secara langsung atau tidak langsung pengambilan minyak zaitun sangat bermanfaat bagi mengelakkan serangan strok.