KUALA LUMPUR: Kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan dan inisiatif dalam Bajet 2022 kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk memperkasakan kehidupan mereka.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Fatimah Zuraidah Salleh berkata antara inisiatif yang disediakan menerusi bajet berjumlah RM332.1 bilion itu ialah memperuntukkan RM10 juta kepada Pusat Latihan Berdikari dan Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Kerajaan bagi melaksanakan program latihan dan bimbingan kepada golongan OKU.
Katanya selain itu kerajaan juga telah menetapkan semua rangkaian televisyen termasuk swasta agar menyediakan jurubahasa isyarat dalam penyampaian berita bagi memastikan golongan OKU cakna dengan berita semasa dan informasi terkini.
Melalui inisiatif terbaru pula, beliau berkata JKM juga mewujudkan program MyDaftar OKU melalui inisiatif Aspirasi Keluarga Malaysia untuk membolehkan golongan terbabit menerima Kad OKU Digital.
"Sejak dilancarkan pada 31 Oktober tahun lepas, hampir 20,000 OKU telah pun mempunyai Kad OKU Digital dan kita mensasarkan semua OKU yang berdaftar dengan JKM akan didaftarkan secara digital.
"Pelbagai inisiatif ini ditetap dan disasarkan kerajaan untuk memastikan mereka tidak terpinggir," kata Fatimah Zuraida ketika berucap mewakili Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff pada pelancaran Projek Mata Hatiku Tabung Pendidikan OKU Penglihatan, Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) di sini hari ini.
Kad OKU Digital ini akan membolehkan mereka mendapat kelebihan dalam pelbagai program seperti Program Pendidikan Nasional, Bantuan Kewangan Pelajar OKU di sekolah dan khidmat kaunseling, serta berpeluang mengikuti program pemulihan di Institusi Pemulihan/Latihan.
Menurut Fatimah Zuraida, Projek Mata Hatiku antara MAB dan syarikat Six Sense Creative Sdn Bhd adalah kolaborasi yang digalakkan kerana kerajaan mahu memastikan syarikat korporat turut memainkan peranan terhadap usaha pembangunan OKU negara.
Sementara itu Naib Presiden MAB Datin Fauziah Mohd Ramly berkata projek berkenaan membolehkan persatuan mengumpul dana untuk Tabung Pendidikan melalui penjualan tudung yang dikeluarkan oleh Six Sense Creative.
"Projek Mata Hatiku ini mempunyai sebanyak 30 rekaan tudung dan 15 peratus daripada hasil jualan setiap unit tudung akan disalurkan kepada Tabung Pendidikan MAB.
"Kita berharap orang ramai akan menyokong projek ini memandangkan ia disasar untuk mengumpul kira-kira RM500,000 dana tahun ini untuk membantu golongan OKU penglihatan yang akan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi," katanya
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 21 2022
Kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan dan inisiatif dalam Bajet 2022 kepada golongan OKU untuk memperkasakan kehidupan mereka. - Gambar hiasan
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Derita rakyat Palestin terbalas jika Netanyahu ditangkap
Selepas gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza pada Ahad lalu, masyarakat dunia mempunyai satu lagi misi iaitu mengheret Benjamin Netanyahu ke muka pengadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
ASEAN: Kenal pasti kepelbagaian risiko, tambah baik dasar ekonomi
Polisi ekonomi ASEAN perlu diperbaiki dengan fokus diberikan terhadap peningkatan perdagangan dan pelaburan antara negara anggota.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Petunjuk positif pertama dalam beberapa bulan kebelakangan ini adalah kesediaan untuk keterlibatan, dan saya beri jaminan kepada mereka melalui hubungan rakan-rakan dan pelbagai agensi, terutamanya agensi perisikan, bahawa kami bukan di sini untuk mengenakan apa-apa tindakan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Pelancong Islam: 4.82 juta pelancong, pendapatan lebih RM15 bilion tahun lalu
Indonesia, Brunei, Pakistan, Arab Saudi dan Kazakhstan merupakan lima negara yang menyumbang kepada ketibaan pelancong Islam tertinggi ke Malaysia.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Januari 2025.
KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta bagi pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.
Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.
Naik taraf Kompleks Belia dan Sukan Pahang bawa manfaat besar kepada negeri
KOMBES yang sedang dinaik taraf dengan kos lebih RM24.7 juta akan memberi manfaat besar kepada rakyat negeri ini khususnya golongan belia dan atlet apabila siap sepenuhnya menjelang Jun depan.
15 PPDK di Wilayah Persekutuan terima peruntukan lebih RM700,000
Dana itu bagi memastikan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) mendapat sokongan sewajarnya untuk menjalani kehidupan lebih produktif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Warga emas didakwa pukul anak OKU hingga cedera
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul anak perempuannya yang juga orang kurang upaya (OKU) sehingga mengalami kecederaan, Jumaat lepas.
Pemerkasaan OKU langkah penting ke arah masyarakat inklusif
Setiap individu, tanpa mengira kekurangan fizikal, mental atau deria, perlu diberikan peluang lebih besar untuk menjadi pemimpin dalam pelbagai sektor.
ABIM saran orang ramai supaya lebih cakna, empati terhadap OKU
ABIM tuntut kerajaan dan swasta beri peluang pekerjaan kepada golongan OKU dengan sasaran satu peratus daripada keseluruhan pekerja.
Hampir 300,000 berdaftar sebagai OKU Pembelajaran - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pada tahun ini hampir 290,000 individu di negara ini dikenal pasti sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) Pembelajaran.