Golongan yang bekerja lebih terdedah kepada risiko dijangkiti penyakit tifoid atau demam kepialu.
Menurut Pengarah Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Chong Chee Kheong, ia ekoran rutin seharian mereka yang sering makan di luar disebabkan oleh kesibukan tugas.
Sehubungan itu, orang ramai terutamanya golongan pekerja disaran memilih kedai makan yang bersih bagi mengelak dijangkiti penyakit demam kepialu kerana pengambilan makanan dan minuman yang tercemar merupakan punca utama penyakit itu berlaku.
"Kita perlu menjaga kebersihan makanan atau minuman kita.
"Sekiranya kita makan di luar, kita hendaklah memilih kedai yang bersih dan lihat bagaimana makanan atau minuman itu dihidangkan," katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Persidangan Perkhidmatan Dietetik dan Sajian Kementerian Kesihatan Malaysia ke-4, di sini, hari ini.
Beliau turut menasihati orang ramai yang mempunyai gejala demam kepialu untuk segera berjumpa dengan doktor sekiranya simptom berlarutan beberapa hari.
INFOGRAFIK: Demam kepialu: Bagaimana tersebar, simptom dan cara mengelak daripada dijangkiti
"Apa yang kita nasihatkan ialah sekiranya gejala penyakit itu tidak sembuh dalam masa yang munasabah iaitu dua atau tiga hari, mereka harus berjumpa dengan doktor dengan segera.
"Ini kerana, pesakit akan mendapat komplikasi seperti pendarahan dan kebocoran saluran penghadaman, keradangan otak dan psikosis sekiranya lambat mendapatkan rawatan," jelasnya.
Antara gejala utama demam kepialu yang disebabkan oleh bakteria salmonella typhi ialah keletihan, demam, sakit perut, sembelit, sakit kepala, cirit-birit dan muntah.
Sementara itu, Dr Chong menafikan maklumat yang tersebar di aplikasi mudah alih WhatsApp kononnya beberapa kedai makan di sekitar KLCC dan Jalan Yap Kwan Seng didapati tercemar dan menyebabkan merebaknya wabak demam kepialu.
Katanya, setakat ini pihak KKM masih belum mengeluarkan senarai nama premis terbabit dengan pengendalian makanan dan minuman tidak bersih di Lembah Klang.
Norsiah Mohd Ramli
Tue Oct 20 2015

Orang ramai yang mempunyai gejala demam kepialu untuk segera berjumpa dengan doktor sekiranya simptom berlarutan beberapa hari. -Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

COVID-19: Negara berdepan gelombang ketiga, aktiviti rentas negeri antara punca penularan
Jangkitan utama di Lembah Klang disebabkan varian Delta dan usaha melandaikannya akan mengambil masa oleh kerana kadar kebolehjangkitan yang berbeza.

COVID-19: Kapasiti katil hospital di kawasan GKV ditingkatkan
Langkah berkenaan dibuat berikutan situasi terkini penularan wabak itu di GKV merangkumi kawasan Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Pasukan Bertindak Khas GKV tumpu 4 strategi tangani peningkatan kes Lembah Klang
Strategi tersebut termasuk bekerjasama dengan pakar kesihatan termasuk daripada luar Kementerian Kesihatan (KKM).

Golongan pekerja lebih berisiko dijangkiti demam kepialu - Kementerian
Orang ramai yang mempunyai gejala demam kepialu untuk segera berjumpa dengan doktor sekiranya simptom berlarutan beberapa hari.