MEMBERI ubat kepada kucing adalah cabaran yang diakui ramai pemilik. Tidak hairanlah, ada pemilik yang sanggup ke klinik haiwan semata-mata mahu meminta doktor atau jururawat membantu memberi ubat kepada si comel mereka.
Namun, seekor kucing bernama Liam ini mungkin satu dalam sejuta. Liam yang menghidap lelah, seolah-olah memahami dirinya sakit dan perlu diberi rawatan.
Dalam beberapa siri video TikTok yang tular, pemilik Liam memaklumkan si comel itu tahu dia memerlukan inhaler untuk membantunya.
"Liam tidak pernah mengamuk, ia tahu ubat itu diperlukannya," kata pemilik menerusi akaun video TikTok @MomoTheBengal.
Menerusi video-video yang dikongsi, Liam dilihat akan datang apabila pemiliknya menggoncangkan inhaler dan tanpa banyak kerenah, akan berbaring untuk menyedut inhaler.
Cerita pemiliknya lagi, Liam mula menghidap lelah selepas terbabit dalam satu kemalangan.
"Liam dilanggar kereta ketika ia masih kecil. Satu keajaiban melihat ia sembuh, tetapi ia mula menghidap lelah selepas itu," katanya.
Tidak diketahui berapa usia Liam sekarang, namun kucing itu, biarpun terpaksa menerima dua kali sedutan inhaler sehari, hidup bahagia bersama pemiliknya dan teman baiknya, Momo.
Madiha Abdullah
Sat Sep 19 2020
Liam yang menghidap lelah, seolah-olah memahami dirinya sakit dan perlu diberi rawatan. - Foto/@momothebengal
JPJ bakal tukar petugas kaunter yang bertugas lebih lima tahun
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan arahan pertukaran petugas kaunter JPJ yang bertugas melebihi lima tahun, melibatkan 1,907 petugas di seluruh negara.
Keluarga OKU di Kemaman diberikan kaunseling - Nancy
Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu telah memberikan kaunseling kepada keluarga mangsa lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dipukul.
Perlis rekod kadar air tidak berhasil tertinggi dalam negara
Perlis merekodkan kadar air tidak berhasil (NRW) tertinggi dalam negara iaitu kira-kira 62 peratus, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negera (SPAN) Charles Santiago.
Banjir Sarawak: 91 mangsa berlindung di PPS Saratok
Keadaan banjir di daerah Saratok setakat petang ini masih kekal dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Rumah Dayak yang dibuka bagi menempatkan sejumlah 91 mangsa.
Mahkamah Tinggi tolak permohonan peguam mulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC
Mahkamah Tinggi George Town telah menolak permohonaan seorang peguam untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Wanita mengaku tidak bersalah pecah amanah wang pelaburan pelanggan
Alina Tommy, 32, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Musyiri Peet.
Rasuah: Pegawai penguat kuasa ditahan SPRM Kelantan
Seorang pegawai penguat kuasa ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan hari ini kerana disyaki meminta rasuah sebanyak RM2,500.
Polis selamatkan lapan warga Bangladesh dijadikan buruh paksa di Lojing
Polis menyelamatkan lapan lelaki Bangladesh yang disyaki diperdaya dan dijadikan buruh paksa dalam serbuan di sebuah ladang sayur di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan pada Selasa.
UM kekal institusi terunggul, raih pengiktirafan global dalam bidang undang-undang
Ia sekali gus mencatat sejarah dengan penyenaraian pertama bidang Undang-Undang dalam kumpulan 151-175 di peringkat global.
Bekas pengarah syarikat didenda kemuka dokumen palsu, miliki minyak masak lebih had
Seorang bekas pengarah syarikat didenda RM450,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana mengemukakan dokumen palsu dan memiliki minyak masak bersubsidi melebihi had, pada 2022.
PM Haiti, Conillle stabil selepas dimasukkan ke hospital
Keadaan Perdana Menteri Haiti, Garry Conille, yang dilaporkan dimasukkan ke hospital selepas serangan asma, kini stabil.
Tingkatkan akses rawatan asma kategori teruk - Pakar
Hakikatnya, penghidap penyakit asma tidak terkawal dan tidak mendapatkan rawatan sewajarnya, berisiko menemui ajal.
Asap vape bahaya kepada ibu hamil, bayi dalam kandungan - Pakar
Kepada kanak-kanak atau pesakit asma, dengan menjadi 'second-' atau 'third-hand vaping', risiko untuk mendapat serangan asma adalah tinggi.
Awas pesakit asma! Jangan sedut alat pelega lebih dua kali seminggu
Penggunaan alat sedut pelega lebih daripada dua kali seminggu akan meningkatkan serangan asma.
Goncang 'inhaler' terus datang, gelagat Liam, si comel hidap lelah tarik perhatian
Liam yang menghidap lelah, seolah-olah memahami dirinya sakit dan perlu diberi rawatan.
Gagal hadir ke mahkamah, wanita dera amah diberi peringatan terakhir
Mahkamah tidak akan berkompromi lagi kerana setiap kali ditetapkan untuk perbicaraan kes, Rozita Mohamad Ali, 46, tidak hadir atas alasan sama iaitu sakit asma dan lutut.
Masalah kesihatan berkaitan jerebu di Sarawak meningkat
Penyakit asma meningkat daripada purata 258 kes dalam tempoh 30 Jun hingga 7 Sept kepada 307 kes dalam tempoh 8 hingga 14 Sept.
Keadaan jerebu punca penyakit pernafasan meningkat
Pemantauan dilakukan Kementerian Kesihatan di 31 klinik sentinel jerebu mendapati penyakit asma dan konjuntivitis merekodkan kenaikan.
Tiada peningkatan luar biasa penyakit berkaitan jerebu - KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak merekodkan peningkatan luar biasa penyakit berkaitan jerebu sepanjang negara dilanda masalah itu empat minggu lalu.
Diana Danielle kongsi keperitan hadapi anxiety attack
Semoga Diana cepat sembuh