KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar tayar global, Goodyear sedang bekerjasama dengan syarikat-syarikat lain seperti Proton Holdings Berhad (Proton) bagi memastikan 550 pekerja yang terjejas mendapat peluang pekerjaan.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ia bagi memastikan pekerja terkesan dilindungi dalam jangka masa panjang.
‘’Goodyear telah beri jaminan akan memberi pampasan kepada semua yang terkesan dan mereka juga akan memberi (pampasan) lebih daripada apa yang ditetapkan.
‘’Syarikat (Goodyear) juga telah memaklumkan yang mereka sedang bekerjasama dengan syarikat-syarikat lain seperti Proton dan beberapa syarikat lain untuk menjanjikan peluang pekerjaan yang sesuai.
‘’Semua usaha ini sebenarnya telah dimulakan sebelum pengumuman dibuat semalam (Khamis),’’ katanya.
Selain itu, Tengku Zafrul menegaskan penutupan operasi syarikat itu di Malaysia adalah disebabkan pelan penstrukturan semula yang dijalankan oleh entiti tersebut.
Tambahnya, penutupan operasi ini turut memberi kesan di peringkat antarabangsa apabila dua kilang milik syarikat ini di Jerman dan satu kilang United Kingdom turut berdepan situasi sama.
‘’Mengapa kilang ini ditutup pun kita sudah tanyakan kepada mereka (Goodyear) dan mereka memaklumkan ia sebagai sebahagian daripada pelan penstrukturan semula syarikat mereka.
‘’Dengan penutupan operasi ini, mereka akan dapat menjimatkan kos lebih kurang $AS1 billion menjelang 2025.
‘’Goodyear juga akan tutup dua kilang di Jerman melibatkan 1,750 pekerja dan di United Kingdom, jadi ini merupakan sebahagian pelan penstrukturan semula mereka dan bukan Malaysia sahaja terjejas, malah seluruh dunia,’’ tambahnya.
BACA: Kilang Goodyear tutup: Kerajaan tubuh pasukan khas bantu pekerja terjejas
Pada Khamis, Goodyear mengumumkan membuat keputusan untuk menutup operasi kemudahannya di Shah Alam sekali gus memberi kesan kepada lebih kurang 550 kakitangannya.
Presiden Goodyear bagi Asia Pasifik, Nathaniel Madarang berkata, langkah itu adalah seiring dengan program transformasi kumpulan, Goodyear Forward dalam mengoptimumkan portfolio dan kehadirannya di peringkat global.
Beliau berkata, ia juga membantu memberi pertambahan keuntungan dan meningkatkan nilai untuk pemegang saham.
Astro Awani
Fri Mar 08 2024
Tengku Zafrul berkata, syarikat itu akan memberi pampasan kepada semua pekerja yang terkesan. - Gambar/ Astro AWANI
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
OpenAI lancar ejen AI automasi tugasan web 'Operator'
Operator boleh berinteraksi dengan sebarang laman web tanpa memerlukan API berasingan dan mampu membaiki sendiri kesilapan yang dilakukan semasa tugasan.
Simbah cat merah KK Supermart di UM, polis buru dua individu
Polis mengesahkan dua individu terlibat dalam insiden menyimbah cat ke atas sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM), pada Selasa.
JIM Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 14 pendatang tanpa izin dalam Op Sapu dan Kutip di enam tapak pembinaan di daerah Hulu Terengganu pada Selasa.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Penganjur belum penuhi syarat - Ketua Polis KL
Penganjur Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang dijadualkan berlangsung esok di hadapan Kompleks SOGO dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, belum menghantar kembali notis perhimpunan yang lengkap kepada polis.
Kerajaan Selangor-Perkeso kerjasama jaga kebajikan bekas pekerja Goodyear - Amirudin
Kerajaan Selangor bekerjasama dengan Perkeso bagi memastikan kebajikan bekas pekerja kilang pengeluar tayar global Goodyear terjamin susulan penutupan operasi syarikat itu di Shah Alam.
Goodyear beri pampasan, cari peluang pekerjaan untuk pekerja terjejas - Tengku Zafrul
Goodyear sedang bekerjasama dengan syarikat-syarikat lain seperti Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi memastikan 550 pekerja yang terjejas mendapat peluang pekerjaan.
Penstrukturan Goodyear jejas operasi pelbagai negara, bukan sahaja Malaysia
Amirudin berkata Goodyear telah menutup kilangnya di Akron, Ohio pada Januari 2023.
Rafidah Aziz terkejut Goodyear mahu tutup operasi, gesa kerajaan bertindak pantas
Tan Sri Rafidah Aziz menyatakan, beliau terkejut dengan berita bahawa syarikat pengeluar tayar global, Goodyear di Shah Alam bakal menutup operasinya pada 30 Jun ini.
Pemanduan 100,000km daripada setiap tayar
Itulah yang mampu dibuat oleh Goodyear Assurance DuraPlus baharu, datang dengan ‘Worry Free Assurance’ Goodyear Malaysia
Goodyear berminat dengan sekam padi
Syarikat gergasi ini mula gunakan silika daripada sekam padi sebagai sumber alternatif untuk produk-produk tayar mereka
Pekerja kilang tayar Goodyear di Perancis protes
Pekerja kilang tayar Goodyear di Perancis mengadakan protes terakhir dalam usaha untuk menyelamatkan pekerjaan mereka.
Pekerja kilang Goodyear Paris lancar protes
Pekerja kilang Good Year di Paris mengadakan bantahan di hadapan ibu pejabat syarikat bagi membantah pelan penutupan kilang tersebut.