GOOGLE Photos adalah aplikasi album yang menarik. Ia bukan sahaja menyandarkan gambar dan video ke awanan tetapi turut hadir dengan ciri seperti memudahkan mencari gambar, ciri Memories yang mengumpulkan memori indah dan akan datang akan dikuasakan dengan Gemini untuk ciri AI Ask Photos.
Terbaharu, Google menguji kemampuan menyembunyikan meme dan GIF yang telah disandarkan agar laman utama Google Photos lebih kemas.
Ciri ini adalah untuk pengguna yang kerap menyandarkan folder lain ke Google Photos. Ini kerana semua folder yang disandarkan, foto dan videonya akan dipaparkan di laman utama Google Photos.
Dengan ciri Photos from other apps, pengguna boleh pilih sama ada ingin Show all (tunjuk semua), Hide clutter (sembunyikan meme dan GIF), Show none (hanya akan memaparkan imej dari DCIM) atau Custom (tetapkan sendiri).
Selepas melakukan tetapan dan sedikit perubahan, laman utama Google Photos akan menjadi lebih teratur.
Apa yang menarik dengan ciri ini adalah, pengguna boleh menyandarkan semua gambar tetapi mempunyai kawalan untuk memaparkan apa di Google Photos.
Perkongsian album juga selepas ini lebih mudah. Bukan itu sahaja, walaupun imej atau video telah disembunyikan sistem carian pada Google Photos turut masih boleh mencarinya.
Ciri ini masih berada dalam peringkat ujian, ia sudah tersedia di dalam kod aplikasi sedia ada tetapi Google belum mengaktifkannya.
Ini adalah antara ciri yang saya nanti-nantikan kerana laman utama Google Photos saya sudah serabut dengan pelbagai tangkapan layar, sampel kamera dan gambar produk yang perlu disusun semula. -Amanz
Amanz
Fri May 17 2024

Google menguji kemampuan menyembunyikan meme dan GIF yang telah disandarkan agar laman utama Google Photos lebih kemas. -Amanz

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.

Google Photos mula sokong ciri suntingan pantas sebelum kongsi imej
Tecno, Infinix, Nothing, Apple dan ramai lagi mula menyokongnya yang mana masing-masing jelas sekali mengambil Google Photos sebagai inspirasi.

Google Photos tawar rangkuman gambar sepanjang 2024
Untuk mengaksesnya, anda hanya perlu buka Google Photos dan rangkuman berkenaan diperlihatkan pada bahagian atas aplikasi, seperti Stories.

Google Photos kini papar maklumat pada gambar disunting guna AI
Google Photos Kini Memaparkan Maklumat Pada Gambar Yang Disunting Menggunakan AI

Aplikasi Google Photos dikemas kini dengan ciri suntingan video automatik
Melakukan suntingan dengan gerak perlahan juga dipermudahkan lagi bagi menghasilkan visual lebih dramatik.

Gambar, video Google Photos kini boleh dipindahkan terus ke iCloud Photos
Google dan Apple mengaktifkan ciri ini di bawah Data Transfer Initiative (DTI) yang ditubuhkan oleh mereka bersama Meta.

Google Photos beri 10 ciri suntingan berbayar secara percuma
Ciri ini boleh digunakan percuma pada peranti Android dan juga iOS sejak Rabu tetapi diberikan secara berperingkat.

Google Photos kelak boleh sembunyi meme, gif
Google menguji kemampuan menyembunyikan meme dan GIF yang telah disandarkan agar laman utama Google Photos lebih kemas.

Google Photos label dua sahabat kulit hitam sebagai gorila
Google memohon maaf dan akui aplikasi Google Photos masih baharu dan sistem pelabelan automatik belum sempurna.