Blok yang dipecahkan ada yang membawa tuah seperti kuasa dan ada yang membawa malang seperti boleh terus mati.
Terbaru, Block Breaker telah ditawarkan secara tersembunyi di dalam Google Search.
Buka sahaja Google Search dan cari Block Breaker, akan ada kad memaparkan permainan ini bersama-sama dengan koleksi permainan mini Google yang lain.
Selepas tekan butang Play, pengguna boleh mengawal palang dengan kekunci anak panah pada papan kekunci.
Terdapat beberapa aras permainan dengan misi untuk mengumpul mata tertinggi sebelum kongsi bersama rakan.
Jika anda bosan dan letih ketika bekerja, permainan mini ini pasti boleh mengurangkan tekanan. Selamat mencuba!