KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan sambutan ulang tahun pertama beliau menerajui Kerajaan Perpaduan dengan merakamkan ucapan terima kasih kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerana menyokong beliau bagi memastikan kestabilan politik negara.
Bercakap pada majlis makan malam gala Forum Perniagaan Muslim Global (GMBF) di sini malam Selasa, Anwar berkata sokongan itu membolehkan beliau mengemudi Malaysia ke arah memperkasa ekonomi dan melakar kemajuan masa depan negara.
"Saya hanya ingin menyatakan yang saya tidak boleh mengabaikan hakikat bahawa Premier Tan Sri Datuk Patinggi Abang Johari dan GPS telah memainkan peranan penting dalam hal ini," katanya.
Anwar berkata bulan-bulan pertama pembentukan Kerajaan Perpaduan telah menyaksikan mereka terpaksa berdepan beberapa "pergolakan kecil" namun beliau bersyukur kerana kerajaan itu menjadi lebih stabil selepas setahun.
"Kita (kini) boleh bercakap mengenai peralihan tenaga, transformasi digital dan kerancakan ekonomi kerana kita sudah stabil dari segi politik... kita memiliki majoriti lebih dua pertiga di Parlimen," katanya.
Pada majlis itu yang turut dihadiri Naib Presiden Indonesia Dr Ma'ruf Amin, Anwar berkata Malaysia bertuah kerana mempunyai republik berkenaan yang majoriti penduduknya beragama Islam sebagai jiran yang memilih untuk bekerjasama serta saling melengkapi dan bukannya bersaing secara agresif antara satu sama lain.
Beliau berkata proses kerjasama sedemikian perlu disegerakan bagi memastikan negara Islam maju dan merapatkan jurang pembangunan dengan negara lain yang sudah maju lebih awal.
"Saya ingin mempercepat proses itu jika kita ingin mendapat manfaat dan tidak mahu ketinggalan," katanya.
Anwar berkata keazaman Malaysia untuk terus menerajui pasaran halal antarabangsa dengan menyasarkan nilai eksport sebanyak RM63 bilion menjelang 2025 telah dibayangkan ketika beliau membentangkan kajian pertengahan penggal Rancangan Malaysia ke-12 pada September lepas.
Beliau berkata negara Islam boleh menjalin kerjasama bagi meneroka potensi besar pasaran halal yang turut diakui oleh negara minoriti Islam yang dilawatinya sama ada di Asia atau luar.
Abang Johari, dalam ucapannya, pula berkata Sarawak ingin menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global ekonomi Islam.
Beliau berkata Sarawak bukan hanya berhasrat untuk menyediakan produk dan perkhidmatan halal malah penyelesaian bagi menangani cabaran global seperti perubahan iklim serta keterjaminan makanan.
"Kami juga sedang membangunkan ekosistem sendiri bagi mentransformasi ekonomi Sarawak yang menawarkan pelaburan dan peluang perniagaan yang luas kepada dunia.
"Fokus kami adalah untuk mengalih aktiviti ekonomi ke arah model yang lebih sirkular dan melalui peralihan tenaga," katanya.
Menurut beliau, Pelan Tindakan Ekonomi Digital Sarawak 2030 pada Oktober lepas telah dilancarkan sebagai hala tuju yang mendasari komitmen negeri itu untuk memanfaatkan teknologi digital bagi pembangunan mampan.
"Dunia Islam tidak mempunyai pilihan selain mengguna pakai teknologi dalam mengejar kemajuan, justeru itu, saya menggesa pemimpin dunia Islam untuk meneroka penggunaan teknologi dan menjadi pemain yang mampan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2023
![GPS, Abang Johari main peranan penting pastikan kestabilan Kerajaan Perpaduan - Anwar GPS, Abang Johari main peranan penting pastikan kestabilan Kerajaan Perpaduan - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71701204597_perasmianForum.jpg)
Anwar pada gimik perasmian Forum GMBF 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching. - Foto BERNAMA
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Sarawak antara lima negeri teratas prestasi ekonomi terbaik - Abang Johari Sarawak antara lima negeri teratas prestasi ekonomi terbaik - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737576189_AbangJohari.jpg)
Sarawak antara lima negeri teratas prestasi ekonomi terbaik - Abang Johari
Sarawak berada dalam kelompok lima negeri teratas di Malaysia dari segi prestasi ekonomi pada tahun lepas.
![Kesan banjir akan dibincang di Kabinet untuk tambahan peruntukan - Premier Sarawak Kesan banjir akan dibincang di Kabinet untuk tambahan peruntukan - Premier Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738405792_AbangJohari.jpg)
Kesan banjir akan dibincang di Kabinet untuk tambahan peruntukan - Premier Sarawak
Kerajaan negeri bersedia menambah jumlah peruntukan bagi membantu rakyat yang terjejas banjir.
![Banjir: Premier Sarawak hargai peruntukan segera Persekutuan Banjir: Premier Sarawak hargai peruntukan segera Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733663549_tbAbangJohari.jpg)
Banjir: Premier Sarawak hargai peruntukan segera Persekutuan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas peruntukan segera lebih RM25 juta untuk Sarawak dan Sabah.
![Hayati sifat Tahun Ular untuk maju ke hadapan - Premier Sarawak Hayati sifat Tahun Ular untuk maju ke hadapan - Premier Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735038456_AbangJohariTunOpe.jpg)
Hayati sifat Tahun Ular untuk maju ke hadapan - Premier Sarawak
Sifat kebijaksanaan, gerak hati dan transformasi yang menjadi simbolik Tahun Ular menurut kalendar Cina, wajar dihayati oleh rakyat Sarawak untuk memacu agenda pembangunan negeri.
![Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737581219_TBabangjohari.jpg)
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
![Premier Abang Johari cadang institusi pengajian tenaga boleh diperbaharui di i-CATS Premier Abang Johari cadang institusi pengajian tenaga boleh diperbaharui di i-CATS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737291728_AbangJohari.jpg)
Premier Abang Johari cadang institusi pengajian tenaga boleh diperbaharui di i-CATS
Kerajaan Sarawak akan menubuhkan sebuah institusi khas untuk pengajian tenaga boleh diperbaharui, yang dijangka beroperasi di Kolej Universiti i-CATS milik penuh, negeri itu.
![Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736817100_AbangJohari.jpg)
Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan
Pembuatan tekstil itu menekankan aspek karbon rendah selaras agenda negeri itu yang berteraskan ekonomi hijau.
![MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari - Abang Johari MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736755512_TBJOHARITUNOPENG.jpg)
MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata rundingan pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings selesai dimuktamadkan.
![Kepimpinan cemerlang Abang Jo diiktiraf di peringkat antarabangsa - Nancy Kepimpinan cemerlang Abang Jo diiktiraf di peringkat antarabangsa - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736691297_NancyShukri.jpg)
Kepimpinan cemerlang Abang Jo diiktiraf di peringkat antarabangsa - Nancy
Nancy berkata pengiktirafan itu secara tidak langsung memperkenalkan Sarawak dan menjadi perhatian masyarakat peringkat antarabangsa.
![Abang Johari yakin keutuhan parti tidak tergugat Abang Johari yakin keutuhan parti tidak tergugat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736604980_TBabgjo.jpg)
Abang Johari yakin keutuhan parti tidak tergugat
Katanya, peralihan kepimpinan dari Taib Mahmud kepada Adenan Satem dan seterusnya kepada beliau, telah berlaku tanpa sebarang masalah.