Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan pusat dalam memastikan negara terus stabil berdepan dengan pelbagai cabaran ketika ini.
Datuk Seri Rohani Abdul Karim (GPS-Batang Lupar) semasa menyatakan perkara itu berkata parti itu sentiasa mengutamakan kepentingan dan apa yang terbaik untuk Sarawak serta menyokong Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Kami merasakan bahawa kami boleh bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dalam membangunkan Sarawak," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Rohani berkata kerajaan pusat dan kerajaan Sarawak perlu terus berkongsi dan merangka strategi bersama untuk pertumbuhan ekonomi kedua-duanya dan dapat menyumbang di antara satu sama lain, memandangkan Sarawak mempunyai sumber asli yang banyak dan potensi biodiversiti yang luas.
"Agenda Sarawak First akan terus menjadi keutamaan kerajaan GPS demi kepentingan negeri dan rakyatnya," katanya.
Sarawak, yang ketika ini menyumbang lebih kurang 10 peratus kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, dijangka memberi sumbangan berimpak tinggi terhadap pertumbuhan ekonomi negara, kata Rohani.
Menyentuh isu pelancongan, Rohani mencadangkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk memanjangkan skop diskaun pengangkutan awam dan tiket masuk ke tempat pelancongan yang diberikan kepada golongan tertentu seperti warga emas ketika ini, untuk turut meliputi bilik hotel dan pakej pelancongan.
Beliau berkata ia bagi membantu menyemarakkan pelancongan domestik yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 yang menyaksikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Produk pelancongan bukan hanya terhad kepada tempat menarik, alam sekitar semulajadi, inap desa, tapi juga produk-produk tempatan terutamanya produk yang unik bagi sesuatu tempat atau negeri, sama ada makanan, kraf tangan dan bahan mentah turut perlu dipromosi," katanya.
Selaras dengan itu, beliau turut mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan cuti tambahan sehari pada setiap hari Jumaat atau Ahad mengikut cuti hujung minggu negeri-negeri berkenaan bagi memberi ruang kepada rakyat tempatan bercuti di dalam negara.
Katanya ia membolehkan rakyat menghabiskan masa berkualiti dengan keluarga dengan melancong lebih lama iaitu tiga hari dua malam dan mengurangkan kesesakan di tempat tumpuan pelancong.
"Tambahan satu malam ini juga boleh beri ruang untuk menikmati percutian ke destinasi-destinasi lebih jauh seperti ke Sabah dan Sarawak," katanya.
Bernama
Wed Jul 15 2020

Rohani berkata parti itu sentiasa mengutamakan kepentingan dan apa yang terbaik untuk Sarawak serta menyokong Perdana Menteri. - Foto BERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

China, Rusia komited dorong pembinaan multipolarisasi sama rata dan teratur
Kedua-dua negara juga perlu menjaga hak dan kepentingan negara Selatan Global dan menyokong globalisasi ekonomi yang inklusif.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.

ASEAN berada di landasan jadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030 - Nik Nazmi
ASEAN berada di landasan untuk muncul sebagai ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030, namun memerlukan pertumbuhan inklusif bagi memastikan seluruh komuniti mendapat manfaat.

Ekonomi keempat terbesar: ASEAN perlu fokus pembangunan mampan – Nik Nazmi
Sasaran ASEAN untuk menjadi ekonomi keempat terbesar dunia tidak diletakkan hanya pada kemajuan ekonomi semata-mata.

Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.

Indeks pengeluaran industri Vietnam susut pada Januari
Indeks pengeluaran industri nasional Vietnam menyusut 9.2 peratus pada Januari berbanding bulan sebelumnya.

Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.

Tarif elektrik baharu tidak beban pengguna domestik, ambil kira keperluan ekonomi - ST
Suruhanjaya Tenaga memaklumkan jadual tarif baharu yang akan dimuktamadkan itu mencerminkan kos pembekalan elektrik sebenar.