MIRI: Kerajaan Sarawak memberi jaminan untuk tidak membiarkan apa-apa bentuk perundangan di negeri itu mengekang pencapaian kaum wanita untuk mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan, setiap rintangan haruslah diketepikan supaya tidak akan menghambat kemajuan kaum wanita.
“Sebagai ketua kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS), saya sentiasa berpegang kepada prinsip pemerkasaan wanita sebagai salah satu tonggak pembangunan yang amat penting merangkumi segala aspek pembangunan negeri dan negara.
“Ianya terbukti Kerajaan GPS mempunyai kesungguhan dalam mengangkat martabat wanita apabila memasukkan komitmen untuk “Memperkasakan Penglibatan Wanita dalam Pembangunan Sarawak” dalam Manifesto GPS pada PRN12 yang lepas,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi ucapan perasmian sambutan Hari Wanita Sarawak 2022 yang dibacakan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah pada Selasa.
Tambah Abang Jo, melalui KPWK kerajaan negeri berjaya melaksanakan beberapa program pembangunan wanita bagi mengotakan janji dalam manifesto tersebut.
“Kita telah melatih hampir 18,000 ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah dalam pelbagai kemahiran di Pusat Latihan Wisma Wanita (WWTC) sejak tahun 2015.
“Meluluskan Geran Usahawan Wanita sebanyak RM3.5 juta yang telah memberi manfaat kepada 1,300 usahawan wanita untuk memulakan atau meningkatkan perniagaan mereka sejak 2018 dan melatih wanita sebagai Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum dan Ahli Majlis Tempatan,” katanya.
Dalam pada itu, kerajaan negeri juga akan terus berusaha bagi mencukupi kuota wanita khususnya dalam bidang kepimpinan di sektor awam dan sektor korporat, agar mereka boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum lelaki seperti yang dijanjikan dalam Manifesto GPS.
Terdahulu, Abang Jo tidak dapat menghadiri majlis berkenaan kerana disahkan positif COVID-19 dan sedang menjalani tempoh kuarantin kendiri berdasarkan protokol kesihatan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Nuzuluddin Abdul Razak
Tue Mar 08 2022

Datuk Seri Fatimah Abdullah membacakan teks ucapan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg sempena Sambutan Hari Wanita Sarawak 2022 di Miri. - Astro AWANI

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Majikan wajib benarkan isteri kematian suami kerja dari rumah - Ismail Sabri
Bagi memastikan wanita Malaysia terus diperkasa, kerajaan hari ini mengumumkan enam inisiatif antaranya wanita yang kematian suami dibenarkan Bekerja Dari Rumah (BDR) dalam tempoh bersesuaian.

Pilih antara rumah tangga, karier antara cabaran besar atlet wanita
Leong Mun Yee berkata atlet wanita khususnya yang berada dalam usia lewat 20-an, berdepan cabaran besar untuk membuat pilihan itu kerana berdasarkan faktor usia dan impian memburu kejayaan.

'Wanita Waja Negara Sejahtera' tema Hari Wanita Kebangsaan 2020
Sambutan Hari Wanita Kebangsaan tahun ini bertemakan 'Wanita Waja Negara Sejahtera' bersesuaian dengan semangat serta pengorbanan golongan wanita terutamanya ketika berhadapan dengan pandemik COVID-19

'Kekurangan bukan penghalang' - Noor Lizah buktikan wanita OKU mampu berjaya
Noor Lizah Saman mengatasi pelbagai halangan, cabaran sebagai OKU hingga berjaya dalam kehidupan dan bidang perniagaan.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

Polis terima aduan, sedang siasat perarakan LGBT di ibu negara
Warga kota terkejut dengan kehadiran kira-kira 1,000 peserta menyertai perhimpunan tersebut yang memulakan perarakan dari pusat beli belah Sogo hingga ke Masjid Jamek.

Najwa Mahiaddin mahu kongsi muzik sehingga ke Eropah
Najwa sudah mencongak perjalanan kariernya dalam mempromosikan gabungan muzik Melayu tradisional sehingga ke benua Eropah.