Seramai 154 graduan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) yang menjalani latihan di syarikat automotif berjaya memperoleh pekerjaan di beberapa syarikat automotif yang bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Menterinya, Khairy Jamaluddin, berkata graduan bukan sahaja mendapat pengetahuan mengenai sektor automotif, malah mereka juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi.
"Sebagai contoh, mereka yang membuat latihan di Syarikat Mercedes Benz Malaysia bukan sahaja belajar mengenai penyelenggaraan Mercedes Benz, malah tahu bagaimana membuat pembentangan dalam Bahasa Inggeris dan sebagainya," katanya dalam persidangan Dewan Rakyat di Parlimen, di sini, hari ini.
Antara syarikat automotif yang menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan KBS ialah Tan Chong Group, Tan Chong Motors, Warisan Tan Chong Holdings, Mercedes Benz dan Perodua.
Tambahnya, keberhasilan kerjasama IKBN dgn pemaju industri khususnya dalam sektor automobil dan perkhidmatan bagi meningkatkan potensi peluang pekerjaan graduan IKBN dalam pasaran tempatan serta luar negara meningkat dari 80 peratus hingga 90 perastus dari 2013 hingga hujung tahun 2015.
Selain itu, tenaga pengajar di IKBN turut diberi bantuan dari segi penambahbaikan modul latihan dan pemberian peralatan daripada syarikat.
Dari sektor perkhidmatan pula, Khairy juga mengesyorkan graduan IKBN mengisi kekosongan jawatan sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan di hotel-hotel.
Katanya, ia sekali gus dapat mengurangkan pengambilan pekerja asing ke dalam negara ini.
Norsiah Mohd Ramli
Wed Apr 06 2016

KHAIRY: Graduan juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Graduan IKBN raih pengalaman berharga di syarikat automotif
Khairy Jamaluddin berkata, graduan bukan sahaja mendapat pengetahuan mengenai sektor automotif, malah mereka juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi.