ARAB Saudi bakal menyertai pertandingan ratu cantik berprestij Miss Universe buat kali pertama dalam sejarah negara tersebut.
Model dan graduan pergigian, Rumy Alqahtani menjadi perwakilan sulung negara tanah arab itu di persada global.
Mempunyai lebih sejuta pengikut di Instagram, Rumy mengumumkan penyertaannya di laman media sosial tersebut dalam satu hantaran yang menampilkan dia memakai gaun labuci perak dengan selempang tertera perkataan Miss Universe Arab Saudi dan juga bendera negara itu.
“Saya berbesar hati untuk mengambil bahagian dalam Miss Universe 2024. Ini adalah penyertaan pertama Arab Saudi dalam pertandingan Miss Universe,” tulisnya di bahagian kapsyen.
Dilahirkan di Riyadh, wanita berusia 27 tahun ini merupakan graduan pergigian dan fasih berbicara dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Arab, Inggeris dan Perancis.
Dia dijangka bakal berentap dengan wakil negara lain dari seluruh pelusuk dunia pada 18 September akan datang bertempat di Mexico di mana Sheynnis Palacio, Miss Universe 2023 bakal menyerahkan takhtanya kepada juara baharu.
Imbas kembali latar belakang Rumy dalam pertandingan ratu cantik, dia bukanlah wajah baharu. Sebelum ini dia pernah mewakili Arab Saudi di pertandingan Miss Global Asian, Miss Arab Peace dan Miss Europe.
Pada Februari 2024, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) melantiknya sebagai Duta Muhibah untuk menjadi suara menentang keganasan yang dikenakan kepada wanita dan gadis.
Selain itu, dia juga telah dijemput sebagai penceramah ucaptama kepada Sidang Kemuncak Dunia ke-7 mengenai Hak Asasi Manusia 2024 di Geneva.
Penyertaan Rumy dalam pertandingan ratu cantik terkenal ini dilihat sebagai salah satu hasil dari reformasi yang sedang dilakukan pemerintah Saudi Arabia, Putera Mahkota Mohamad bin Salman.
Beliau telah menerajui rancangan Vision 2030 yang bertujuan untuk membawa pembaharuan sosial dan ekonomi ke Arab Saudi
Di bawah pemerintahannya, wanita kini dibenarkan memandu, menghadiri acara sukan awam dan konsert bersama lelaki serta mendapatkan pasport tanpa kelulusan penjaga lelaki.
Kerajaan itu juga telah menarik balik larangannya ke atas pawagam dan menggalakkan acara bercampur jantina, menandakan perubahan ketara daripada norma masyarakat setempat sebelum ini yang lebih tradisional. -Media Hiburan
Media Hiburan
Mon Apr 01 2024

Dilahirkan di Riyadh, wanita berusia 27 tahun ini merupakan graduan pergigian dan fasih berbicara dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Arab, Inggeris dan Perancis. -Media Hiburan

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Fasa pertama pembinaan bangunan terpanjang dunia The Line bermula
Pembinaan fasa pertama, Hidden Marina, telah dimulakan dan akan mempunyai keluasan lantai 21 juta meter persegi.

Rubio tegaskan keperluan penyelesaian Gaza Demi keselamatan serantau - Jabatan Negara AS
Rubio dan Mohammed memperbaharui komitmen mereka terhadap pelaksanaan gencatan senjata di Gaza serta usaha membebaskan semua tawanan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis
Kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan.

Pakistan, OIC kecam Netanyahu atas cadangan tubuh negara Palestin di Arab Saudi
Pakistan mengecam Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu kerana mencadangkan agar sebuah negara Palestin ditubuhkan di Arab Saudi.

Arab Saudi anggap cadangan PM Israel helah alih tumpuan daripada jenayah perang di Gaza
Arab Saudi menyatakan penghargaan kepada kecaman, bantahan dan penolakan penuh daripada negara-negara Arab terhadap Benjamin Netanyahu yang mencadangkan pemindahan rakyat Palestin.

Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi
Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan menyifatkan cadangan Netanyahu sebagai "bersifat perkauman dan anti-perdamaian".

Malaysia kekal bebas dari sekatan visa MEV, tanda kepercayaan Arab Saudi terhadap Tabung Haji - Mohd Na'im
Malaysia kekal tidak terjejas oleh sekatan pengeluaran visa berbilang kemasukan (MEV) yang dikenakan ke atas 14 negara.

Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin merdeka - Arab Saudi
Pendirian Arab Saudi sangat teguh dan tidak akan berubah.