SHAH ALAM: Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-97 hari ini diceriakan dengan nyanyian ulang tahun bagi Hari Keputeraan ke-63 Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Hari Keputeraan Raja Permaisuri Agong dimaklumkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum mengakhiri titah baginda pada istiadat konvokesyen itu.
"Saya nak keluarkan sikit rahsia, hari ini hari ulang tahun isteri tersayang saya, baru sweet 63.
"Kita sama-sama ucapkan selamat ulang tahun kepada Tuanku Permaisuri, ada yang nak nyanyi?" titah baginda di Dewan Agung Tuanku Canselor, hari ini.
Seri Paduka Baginda kemudian berkenan menyanyikan lagu ulang tahun "Allah Selamatkan Kamu" kepada Raja Permaisuri Agong yang turut dinyanyikan bersama para graduan dan hadirin.
Tunku Azizah kemudian berkenan untuk bangun dan melambaikan kepada hadirin tanda terima kasih atas nyanyian itu.
"Kita doakan Raja Permaisuri Agong kekal keimanan dan kekal kecantikan, dan kekal taat pada suami, sentiasa masak untuk suami, berdakwah kepada suami.
"Permaisuri suka cakap pasal agama kepada saya, saya kena dengar sahajalah," titah baginda.
Sidang pertama istiadat menyaksikan Seri Paduka Baginda yang merupakan Tuanku Canselor UiTM menganugerahkan Ijazah Doktor Falsafah kepada 100 graduan dalam pelbagai bidang dan 14 penerima Anugerah Graduan Terbaik.
Konvokesyen itu juga menyaksikan pengisytiharan pelantikan Pro Canselor baharu UiTM iaitu Datuk Prof Emeritus Dr Hassan Said dan Datuk Abdul Wahab Aziz.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 05 2023
Al-Sultan Abdullah (tengah) berkenan menyampaikan titah ucapan pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-97 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam hari ini. -fotoBERNAMA
Polis siasat penemuan mayat bayi masih bertali pusat di Rawang
Mayat bayi perempuan yang tiada pengenalan diri itu ditemukan oleh seorang ahli kariah Surau Al-Hidayah Kampung Melayu di Pekan Rawang.
PM anwar adakan pertemuan dengan CEO GLIC, kapten industri UK
Pertemuan tersebut yang berlangsung selama sejam melibatkan 30 syarikat tempatan di United Kingdom dan 13 syarikat GLIC dari Malaysia.
121 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu di Cameron Highlands
Operasi melibatkan 143 pegawai dan anggota daripada pelbagai jabatan, diadakan bagi membanteras kebanjiran warga asing di daerah itu.
Gencatan senjata beri harapan kepada Gaza di tengah-tengah krisis kemanusiaan
Namun, terdapat juga pihak yang masih ragu-ragu dengan gencatan senjata yang bakal berkuat kuasa pada Ahad.
Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.
Sentimen perniagaan syarikat Jepun di Malaysia meningkat - Jetro
Jetro berkata kadar keuntungan Malaysia melangkaui purata ASEAN dengan jangkaan margin keuntungan operasi bagi 2024 berada pada 70.8 peratus.
Ahli akademik, Majlis Belia Labuan harap kelewatan operasi feri diselesai dengan baik
Pengoperasian semula perkhidmatan feri ekspres itu memberikan kelebihan ekonomi dan pelancongan.
Thailand mahu jalin kerjasama digital dengan Malaysia
Thailand berhasrat untuk bekerjasama dengan negara anggota ASEAN bagi meningkatkan tahap hidup di rantau ini.
Sukan perpaduan akan diperluas - Saraswathy
Sukan Perpaduan yang berjaya menarik kehadiran orang ramai pada tahun lepas, akan diperluas dari segi skala mahupun jumlah acaranya tahun ini.
PM Australia rombak kabinet menjelang PRU
Albanese menyifatkan perubahan dalam kabinet ini sebagai langkah untuk memastikan kerajaan terus "kuat, bersatu dan stabil" selepas peletakan jawatan Bill Shorten sebagai Menteri Skim Insurans Hilang Upaya Nasional (NDIS) dan Perkhidmatan Kerajaan.
Graduan UiTM, hadirin nyanyi ulang tahun untuk Raja Permaisuri Agong
Hari Keputeraan Raja Permaisuri Agong dimaklumkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum mengakhiri titah baginda pada istiadat konvokesyen itu.