KUALA NERUS: Grafik kawah laut yang tular di media sosial susulan kes lemas di Pantai Batu Buruk, dekat sini, Isnin lalu, adalah tidak tepat dan berbeza daripada situasi sebenar.
Pensyarah Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Effi Helmy Ariffin berkata apa yang berlaku di pantai berkenaan sebaliknya ialah wujudnya beberapa bahagian dasar laut yang dalam dipengaruhi oleh faktor ombak, arus dan fenomena pasang surut.
Beliau berkata keadaan itu berbeza dengan kawah laut atau 'Seabed Crater' yang terhasil disebabkan oleh pelbagai proses termasuk impak dari angkasa, aktiviti gunung berapi, runtuhan dan aliran lumpur dasar laut.
Katanya, dasar laut dalam boleh terjadi di mana-mana kawasan apabila wujudnya beting pasir iaitu pasir atau sedimen yang terbenam atau separa terdedah dibentuk oleh ombak serta arus berhampiran pantai.
"Formasi beting pasir juga berbeza daripada segi saiz iaitu hanya beberapa sentimeter hingga struktur setinggi enam meter. Ia banyak terbentuk ketika hakisan pantai dan membawa pasir ke dalam laut sehingga terjadinya beting pasir ribut.
"Beting pasir ini boleh kelihatan di kawasan pecahnya ombak iaitu berdekatan garisan pantai. Namun, di Pantai Batu Buruk terdapat kawasan yang ada beting pasir terbentuk dan juga yang tidak mempunyai beting pasir iaitu kawasan lebih dalam," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Effi berkata keadaan itu menyebabkan berlaku kekeliruan antara kawasan dasar laut yang dalam dengan kawah laut.
Menurutnya, tidak dinafikan kawah laut boleh terbentuk oleh pusaran arus air yang kuat tetapi fenomena itu jarang berlaku di Malaysia kerana suhu air laut dan udara adalah tidak terlalu berbeza yang boleh membentuk pusaran seperti puting beliung di darat.
"Kawasan dasar laut yang dalam boleh dilihat dengan jelas ketika air surut dengan pandangan daripada atas.
"Bagaimanapun, keadaan dasar laut akan kembali kepada bentuk asal selepas tamatnya musim tengkujuh iaitu apabila air laut mulai tenang," katanya.-- LAGI
Dalam pada itu, Effi berkata pendidikan ilmu keselamatan di air dalam kalangan orang ramai perlu diberi penekanan dan tidak hanya sekadar meletakkan papan tanda amaran di sekitar kawasan pantai.
Mengambil contoh kes lemas di Pantai Batu Buruk itu, beliau berkata pendedahan masyarakat terhadap ilmu pembentukan arus kurau amat perlu kerana ia sudah meragut banyak nyawa.
"Di luar negara ilmu keselamatan di air sangat dititiberatkan seperti situasi apabila berdepan arus kurau.
"Ilmu kelautan dan keselamatan air perlu dipupuk dari peringkat sekolah lagi. Dengan itu pelajar dapat mengetahui proses dinamik kawasan pantai dan menentukan sama ada pantai itu sesuai untuk mandi-manda atau aktiviti lain," katanya.
Pada 19 Feb lepas, seorang lelaki dari Kuala Lumpur ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus ketika beriadah bersama keluarga di Pantai Batu Buruk.
Susulan kejadian itu, tular di media sosial pelbagai gambar dan ulasan yang mengaitkan kejadian tersebut dengan kawah laut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 24 2024

Gambar grafik kawah laut yang tular di media sosial. - Gambar/ Media sosial

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

SAR lelaki lemas guna bantuan anjing pengesan
Dua anjing itu dibawa untuk mengesan mangsa dengan melakukan kaedah pencarian di kawasan tepi pantai.

Lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Batu Buruk
Kegembiraan empat sekeluarga berkelah di Pantai Batu Buruk di sini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka dikhuatiri pagi tadi.

COVID-19: Menjaga kebersihan pantai sebagai norma baharu kehidupan
Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan tarikan alam semulajadi dan sering menjadi destinasi pilihan bagi pelancong tempatan dan juga asing.

Car Food Sahur di Pantai Batu Buruk tarik ramai pengunjung
Aril Arif Abd Razak berkata acara yang berkonsepkan bersahur secara santai dan membuat kebajikan di kawasan pantai peranginan itu kali ini berjaya menarik kira-kira 200 pengunjung setiap malam.

Iran juarai Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC
Pasukan Iran mengekalkan kejuaraan dalam Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC 2017 apabila mengalahkan Emiriah Arab Bersatu 7-2 dalam saingan akhir.

Bola Sepak Pantai AFC: Iran aibkan Malaysia 14-0
Malaysia mengalami kekalahan kedua dalam Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC selepas dimalukan Iran 0-14 di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Pelancong lemas di pantai Batu Buruk
Seorang lelaki warga tempatan lemas manakala rakan wanitanya selamat selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di gigi air di Pantai Batu Buruk.