ATHENS: Kerajaan Greece pada Rabu mengumumkan negara akan berkabung selama tiga hari bagi mengenang mangsa yang terkorban dalam insiden kapal karam di perairan antarabangsa dekat bandar Pylos, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Greece AMNA.
Pihak berkuasa telah menemukan 79 mayat pelarian selepas kapal nelayan yang dinaiki mereka karam di 47 batu nautika dari bandar Pylos.
"Ingatan kami kepada mereka yang mangsa sindiket penyeludupan yang mengambil kesempatan daripada kesengsaraan manusia," kata Perdana Menteri sementara Ioannis Sarmas.
Seramai 104 penumpang telah diselamatkan, kata jurucakap Kementerian Hal Ehwal Maritim dan Dasar Kepulauan, Nikolaos Alexiou, kepada penyiar Greece ERT.
Operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan penumpang lain masih diteruskan memandangkan jumlah penumpang yang berada di dalam kapal itu tidak dapat dipastikan.
"Kami tidak dapat memberikan jumlah penumpang dengan tepat, tetapi sangat ramai... Rakan sekerja saya menemukan sebuah kapal terlebih muatan," katanya.
Kapal nelayan itu karam pada waktu malam antara Selasa dan Rabu ketika dalam perjalanan dari Libya ke Itali.
Alexiou berkata insiden itu berlaku di kawasan perairan paling dalam di Laut Mediterranean dan tiada seorang pun daripada mangsa yang terselamat memakai jaket keselamatan.
Presiden Greece Katerina Sakellaropoulou turut melawat mangsa yang terselamat.
Sementara itu, menerusi akaun Twitter, Presiden Majlis Eropah Charles Michel berkata:" kemalangan menyayat hati itu merupakan peringatan kepada kita untuk menamatkan sindiket penyeludupan yang tidak bertanggungjawab. Pemimpin EU akan membincangkan isu ini pada 29 dan 30 Jun nanti."
Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen pula berkata: "Kita mesti terus bekerjasama dengan negara anggota dan negara ketiga untuk mencegah tragedi sedemikian."
Setakat tahun ini, seramai 72,778 pelarian telah tiba di Eropah dari selatan, termasuk 71,136 ketibaan melalui laut ke Itali, Greece, Sepanyol, Cyprus dan Malta, menurut Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR)
Sekurang-kurangnya 1,037 orang meninggal dunia atau dilaporkan hilang di rantau ini sejak awal tahun 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 15 2023

Pihak berkuasa telah menemukan 79 mayat pelarian selepas kapal nelayan yang dinaiki mereka karam di 47 batu nautika dari bandar Pylos. - Fail/REUTERS
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Gempa bumi gemparkan penduduk Santorini, Greece
Pulau percutian popular di Greece, Santorini digegarkan oleh siri gempa bumi beberapa hari kebelakangan ini, menyebabkan pihak berkuasa menutup sekolah pada Isnin.

Greece lancar kereta api bawah tanah Thessaloniki selepas 38 tahun pembinaan
Laluan yang baru dirasmikan itu adalah sepanjang 9.6 kilometer dan mempunyai 13 stesen.

Liga Negara-Negara UEFA: Aksi cemerlang bintang Liverpool pacu kemenangan England
Jones menerima hantaran silang Morgan Gibbs-White, melakukan sentuhan menakjubkan melepasi Vlachodimos, melengkapkan kemenangan England.

UNL: England gugur lapan pemain utama
The Three Lions akan menentang Greece, Jumaat ini, sebelum kembali ke Wembley tiga hari kemudian untuk menentang Republik Ireland.

4 cedera dalam kebakaran loji penapisan minyak di Greece
Kebakaran berjaya dikawal, namun anggota bomba akan terus bertugas sepanjang malam bagi memadam sisa kebakaran dan mengelakkan risiko kejadian berulang.

Kebakaran besar landa Euboea, pulau kedua terbesar di Greece
Kebakaran itu merebak dengan cepat di kawasan yang sukar dilalui, kata jurucakap bomba.

Pertunjukan fesyen di Muzium British cetus kemarahan menteri Greece
Menteri Kebudayaan dan Sukan Greece, Lina Mendoni pada Ahad mendakwa pertunjukan fesyen di hadapan arca Parthenon di Muzium British merupakan penghinaan kepada karya-karya agung Phidias.

Kelayakan Euro 2024: Greece calar rekod bersih Perancis
Perancis yang hanya bolos satu gol dalam tujuh perlawanan pertama dalam aksi kelayakan, tamat di kedudukan teratas Kumpulan B.

Kelayakan Euro 2024: Greece tutup peluang Ireland layak secara automatik
Georgios Giakoumakis dan Georgios Masouras menjaringkan gol dalam separuh masa pertama untuk menutup peluang Ireland.

Kebakaran hutan terus merebak di Greece
Greece masih diancam kebakaran hutan yang kini sudah mula merebak ke beberapa pinggir bandar di utara Athens, lapor media tempatan pada Selasa.