Beberapa wanita dipercayai pelayan pelanggan (GRO) menangis teresak-esak selepas ditangkap dalam satu serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri Perak di sebuah pusat hiburan di sini, awal pagi ini.
Pengarah JIM Perak Kamalludin Ismail berkata ketika pemeriksaan dijalankan wanita warga Vietnam berkenaan merayu agar tidak ditahan.
Dalam operasi melibatkan 20 anggota dan pegawai yang dijalankan bermula pukul 12 tengah malam hingga 2.00 pagi, pihaknya menahan enam warga asing termasuk dua lelaki Vietnam.
"Lokasi ini kali kedua kita serbu tapi atas sebab tertentu kita hanya dapat tahan enam orang sahaja.
"Tapi akan terus lakukan pemantauan dari masa ke masa untuk pastikan tiada kesalahan dilakukan warga asing ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi hari ini.
Mengulas lanjut, Kamalludin berkata pada operasi pertama yang dijalankan kira-kira dua bulan lepas pihaknya berjaya menahan kira-kira 45 warga asing.
"Kalau ikutkan risikan memang ramai warga asing di sini tapi untuk masa hadapan kita akan lakukan risikan lebih kuat untuk pastikan tiada yang terlepas," katanya.
Beliau berkata kesemua yang ditahan akan dibawa ke Pejabat JIM Perak untuk siasatan lanjut mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana salah guna pas lawatan sosial dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tanpa permit sah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 29 2019

Kamalludin berkata ketika pemeriksaan dijalankan wanita warga Vietnam berkenaan merayu agar tidak ditahan. - Gambar fail/Facebook JIM Perak

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Lelaki Singapura, Palestin antara 85 pendatang asing ditahan Imigresen
Seorang lelaki Singapura dan seorang lelaki Palestin antara 85 pendatang asing ditahan Jabatan Imigresen (JIM) Johor dalam tiga serbuan berasingan di daerah ini serta Muar pada Jumaat dan Sabtu lepas.

Pusat hiburan tanpa lesen diserbu, 27 GRO ditahan
Polis menahan 27 wanita warga asing disyaki bekerja sebagai GRO dalam serbuan Op Noda #KLStrike Force di sebuah pusat hiburan tanpa lesen.

Pusat hiburan tawar GRO warga asing diserbu JIM Kuala Lumpur
Penjaga premis bertindak memadamkan lampu ketika anggota Imigresen memperkenalkan diri, menyebabkan beberapa wanita terjatuh dan cedera.

Bilik karaoke 'super VIP' RM16,000 saji GRO
Sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail di sini, yang menyediakan bilik karaoke 'super VIP' dipercayai dengan bayaran sehingga RM16,000 digempur, pada Jumaat.

Pintu rahsia dalam tandas pusat hiburan jadi tempat sembunyi PATI
Pintu rahsia dalam tandas pusat hiburan jadi tempat sembunyi PATI

13 GRO warga asing ditahan disyaki salah guna dokumen perjalanan
Seramai 13 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan di empat pusat hiburan sekitar Jalan Chulan, pagi tadi.

Dua wanita Vietnam cedera cuba lari pemeriksaan imigresen
Insiden itu berlaku di sebuah pusat hiburan iaitu daripada keseluruhan 12 premis yang diperiksa semasa operasi dijalankan JIMNS di sekitar Seremban dan Tampin.

Pusat karaoke guna pintu kebal tawar GRO diserbu
Seramai 90 PATI ditahan membabitkan 37 lelaki dan 51 wanita serta dua kanak-kanak perempuan atas pelbagai kesalahan.

120 pelacur, GRO ditahan di premis hiburan di Kuantan
Seramai 151 individu ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam Ops Khas di 17 premis hiburan di sekitar daerah ini pada malam, Jumaat.

71 PATI termasuk GRO warga asing dicekup di 10 premis
Kesemua mereka ditahan ditahan dalam serbuan di 10 premis di sekitar Ipoh dan Enggor, Kuala Kangsar pada Rabu dan Khamis.