KOTA KINABALU: Seramai 17 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menarik sokongan terhadap Kerajaan Sabah dipimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan BN.
Keputusan menarik diri itu dibuat BN Sabah selepas hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Pengerusi BN, Datuk Seri Bung Moktar Radin memaklumkan, keputusan itu dibuat sebulat suara bersama pimpinan UMNO Sabah selepas bermesyuarat di Pejabat UMNO Sabah di Kota Kinabalu pada Jumaat.
Mengulas mengenai keputusan yang diambil itu, Bung berkata tindakan Hajiji mengugut BN dengan tindakan rombakan kabinet tanpa berbincang dengan kepimpinan parti itu dan tindakan memecat Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad, Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak, dilihat sebagai melanggar perjanjian di antara BN dan GRS sewaktu penubuhan kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri yang lalu.
"...Ini jelas di mana YAB Hajiji telah melanggar persefahaman tersebut di mana hari ini telah mengeluarkan surat penamatan jawatan YB Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak selaku Pengerusi Qhazanah Sabah dan juga YAB Hajiji telah mengugut kita untuk merombak kabinet tanpa berbincang, tanpa berunding dan sebagainya.
"Jadi, keputusan kami sebulat suara, UMNO Barisan Nasional menarik diri dan menarik sokongan kepada Hajiji Mohd Noor selaku Ketua Menteri Sabah," Bung berkata sewaktu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan UMNO Sabah di Pejabat UMNO Sabah pada Jumaat.
Dalam pada itu, Bung turut berkata keputusan itu juga diambil selepas UMNO dan BN Sabah hilang kepercayaan bahawa Hajiji masih layak menjadi Ketua Menteri apabila beliau mengumumkan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Disember tahun lalu.
Perkara itu, menurut Bung, disahkan setelah merujuk peguam dan berdasarkan Perlembagaan Negeri Sabah Artikel 6 (3) dan (7) yang menyatakan Ketua Menteri harus dipilih daripada seorang ketua parti yang memperolehi majoriti, sementara Hajiji bukan ahli kepada mana-mana parti.
"Mengikut Artikel Perlembagaan Negeri Sabah 6 (3) iaitu 'command', bermakna command ini ketua yang mendapat mandat. Kedua, dirujuk dengan 6 (7) pula, Ketua Menteri harus dipilih daripada sebuah parti yang majoriti, ketua parti.
"Dia (Hajiji) tidak berparti, dia bernaung di bawah GRS. GRS ini 'grand coalition' (gabungan besar) di antara PBS, STAR, Bersatu, USNO, SAPP. Jadi bermakna YAB Hajiji telah menipu RoS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia) dengan mengatakan dia ahli GRS. Jadi, oleh kerana penipuan-penipuan ini, kami meminta TYT Sabah menyemak dan memberi pandangan secara serius," tambah Bung.
Pergolakan politik ataupun 'ribut dalam cawan' melibatkan hubungan BN dan GRS akhirnya terjawab apabila BN Sabah sepakat menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Hajiji berkuat kuasa hari ini.
GRS mempunyai 29 ADUN yang terdiri daripada 15 bekas Bersatu; tujuh Parti Bersatu Sabah (PBS); enam Star dan satu daripada SAPP.
Terdahulu, Hajiji mengumumkan akan merombak Kabinet negeri.
Dalam satu kenyataan ringkas, senarai kabinet baharu itu akan diumumkan dalam waktu terdekat.
Pengumuman yang dibuat Bung Moktar 36 jam selepas pembatalan sidang media yang dilaporkan diadakan oleh Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Kota Kinabalu.
Astro Awani
Fri Jan 06 2023

Pengerusi BN, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan keputusan itu, selepas mempengerusikan satu mesyuarat di Bangunan UMNO Sabah pada Jumaat malam. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

PRN Sabah: Bung Moktar tegas tolak kerjasama dengan GRS
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin tegas dengan pendiriannya untuk menolak bekerjasama semula dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

PRN Sabah: Mahu gerak solo, sedia terima tentangan sengit BN - Bung Moktar
Katanya, pihaknya tiada halangan untuk mana-mana parti yang ingin bergerak solo walaupun kerjasama BN dan PH telah dimuktamadkan.

BN Sabah sedia jika pilihan raya negeri diadakan lebih awal - Bung Moktar
Barisan Nasional (BN) Sabah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 sekiranya ia diadakan lebih awal, kata Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin.

GRS-BN di Sabah 'terkubur', hilang percaya terhadap Hajiji
Seramai 17 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menarik sokongan kepada Kerajaan Sabah dipimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan BN.

Hanya dua portfolio menteri penuh, Arthur Kurup bimbang pembangunan Sabah dipinggir
Sabah dilihat sebagai wilayah yang 'rugi' apabila hanya diberikan dua portfolio menteri penuh berbanding Sarawak yang mendapat lima portfolio termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri II.

Pasca PRU15: GRS tolak tuduhan isytihar 'perang' tehadap BN Sabah - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini menolak sekeras-kerasnya dakwaan kononnya gabungan itu mengisytiharkan 'perang' terhadap Barisan Nasional (BN) Sabah, kata Pengerusinya Datuk Seri Hajiji Noor.

PRU15: BN Sabah akur dan sokong gabungan diputuskan BN Pusat
Semua tujuh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Sabah yang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan akur dengan keputusan BN Pusat dalam menentukan gabungan yang akan mentadbir negara.

PRU15: Pilih parti bawa perubahan, pembangunan - Bung Moktar
Barisan Nasional (BN) dan rakan kerjasamanya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merupakan parti terbaik dalam membawa perubahan serta pembangunan, seterusnya memberikan masa depan lebih baik untuk Sabah.

PRU15: Rakyat Sabah perlu yakin janji BN basmi kemiskinan - Bung Moktar
Rakyat Sabah perlu yakin terhadap janji dalam manifesto Barisan Nasional (BN) khususnya mengenai usaha membasmi kemiskinan di seluruh negara, kata Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.

PRU15: Pertembungan GRS-BN di Ranau, Ewon tidak dapat restu BN Sabah
Tindakan Datuk Ewon Ebin bertanding di kerusi Parlimen Ranau pada PRU15 jelas membelakangkan keputusan Barisan Nasional (BN) Sabah.