Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bukan punca perniagaan penjaja di Jalan Petaling merosot.
Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Zainal Rafique berkata, penurunan pendapatan penjaja di kawasan itu disebabkan terlalu ramai warga asing yang berniaga di kawasan berkenaan sekali gus menyebabkan pelanggan beralih ke kawasan penjaja yang lain.
"Ia bukan disebabkan GST, apakah peniaga-peniaga di kawasan tersebut sebenarnya membayar GST?
"Hakikat sebenarnya Jalan Petaling tidak lagi dikunjungi oleh pelanggan kerana terlalu ramai warga asing yang berniaga di kawasan tersebut.
"Sudahlah mereka itu warga asing, ada sebahagian daripada mereka pula bersikap kurang ajar terhadap pelanggan-pelanggan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
BACA: Jalan Petaling harus dibangun semula dengan identiti masyarakat Cina - Pemuda MCA
Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur Datuk Ang Say Tee di dalam sebuah portal sebelum ini mendakwa perniagaan peniaga dan penjaja di Jalan Petaling terjejas dan merosot akibat pelaksanaan GST.
Dalam pada itu jelas Zainal, Say Tee seharusnya sedar isu itu akibat lambakan warga asing yang dibenarkan meniaga di kawasan berkenaan.
"Ia mengakibatkan Jalan Petaling sendiri sudah hilang imej Malaysia yang menyebabkan rakyat tidak mahu lagi ke kawasan tersebut.
"Kenyataannya menyalahkan GST itu jelas amat dangkal memandangkan berapa ramai peniaga di kawasan tersebut yang dikenakan GST, apatah lagi penjaja di kawasan itu kebanyakan meniaga barang-barang tiruan yang sudah pasti terlepas daripada cukai GST," tegasnya.
Beliau turut meminta agar pengerusi penjaja itu memulihkan kembali imej Jalan Petaling yang kini dikuasai oleh peniaga warga asing.
"Jangan kerana hendak senang kerja, penjaja di situ menyewakan kedai-kedai mereka kepada pendatang asing. Mereka juga lebih suka mengambil pekerja asing daripada rakyat Malaysia sendiri bekerja di situ sehingga menyebabkan Jalan Petaling berubah wajah kepada pasar malam warga asing.
"Saya juga mohon pihak-pihak yang berwajib agar memantau kehadiran peniaga warga asing yang meniaga di kawasan itu agar imej Jalan Petaling sebagai sebuah kawasan penjaja yang berimejkan rakyat Malaysia dapat dikembalikan semula.
"Jadi dalam hal ini, seharusnya Say Tee meneliti dulu sebab mengapa jualan penjaja di situ merosot dan janganlah secara semberono menuding jari dan menyalahkan GST," ujarnya.
Astro Awani
Mon Feb 19 2018

ZAINAL: Hakikat sebenarnya Jalan Petaling tidak lagi dikunjungi oleh pelanggan kerana terlalu ramai warga asing yang berniaga di kawasan tersebut. - fotoBERNAMA

Ukraine sedia terima gencatan senjata 30 hari dengan Rusia
Ukraine menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata selama 30 hari dengan Rusia, ketika delegasi dari Kyiv dan Washington bertemu di Arab Saudi.

Perdagangan borong, runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Perdagangan runcit mencatatkan jualan sebanyak RM66.1 bilion, meningkat 8.2 peratus atau RM5.0 bilion berbanding tahun lalu.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.

Pempengaruh Ammar Nazhan, lima lagi didakwa kerana merusuh di Bukit Bintang
Kesemua tertuduh didakwa melakukan gaduh gempar ketika satu perlawanan tinju di pusat beli belah di Bukit Bintang, pada jam 10.15 malam, 25 Februari lalu.

176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Seramai 176 warga asing ditahan dalam satu operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur di sekitar Jalan Alor, Bukit Bintang, malam ini.

Polis cari lelaki melompat di landasan monorel Bukit Bintang
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang merakam aksi melompat melintasi landasan monorel di stesen Bukit Bintang pada 24 Sept lepas.

'Tak pernah dibuat orang' - Poster ah long tawar pinjaman tergantung di KLCC, bertebaran di Bukit Bintang
Apa yang menarik perhatian apabila poster tersebut turut memaparkan wajah pelawak popular tanah air iaitu Johan, Zizan dan Datuk Afdlin Shauki.

Lebih 1,600 anggota polis ditugaskan di empat lokasi sambutan Ambang Merdeka
Seramai 1,656 anggota polis Kontinjen Kuala Lumpur ditugaskan di empat lokasi sambutan Ambang Merdeka di ibu negara pada Jumaat ini.

'Port' khidmat urutan gadis di Bukit Bintang digempur
Operasi kira-kira jam 9.30 malam itu dijalankan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Polis siasat pasangan tunggang skuter elektrik di Bukit Bintang
Perbuatan pasangan tersebut yang menunggang skuter elektrik di jalan awam boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri atau pengguna jalan raya yang lain.

Selepas agih ayam secara percuma, geng bertopeng belanja telur sepapan pula!
Ada yang memuji tindakan mereka sehingga memberikan gelaran 'Robin Hood' dan ada juga yang was-was dengan kegiatan yang dilakukan.

Imigresen laksana pemantauan 'omnipresence' di sekitar ibu negara
Antara kawasan tumpuan ialah KLCC, Jalan Silang, Kota Raya, Bukit Bintang dan Chow Kit.

Polis serbu 10 rumah urut di Bukit Bintang
Polis menahan 81 tukang urut serta penjaga premis yang dipercayai terlibat dengan perkhidmatan urutan dan aktiviti tidak bermoral.