Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan menerima penyata pertama Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) daripada peniaga yang memiliki nilai perniagaan melebihi RM5 juta bulan depan, kata Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad.
Beliau berkata penyata berkenaan dijangka mula diterima selepas 20 Mei.
"Mei merupakan tarikh yang penting bagi Kastam. Bagi perniagaan yang kurang dari RM5 juta, penghantaran penyata cukai berlaku setiap tiga bulan dan kali ini bulan Julai.
"Sebahagian besar penyata cukai yang diterima pada bulan Mei adalah secara dalam talian. JKDM tetap terima penyata yang dihantar secara manual," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kenderaan pegawai audit GST Bahagian Pematuhan JKDM di ibu pejabat JKDM di sini hari ini.
GST pada kadar enam peratus mula dilaksanakan 1 April lepas bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (CJP) yang berkadar keseluruhan 16 peratus.
Mengenai 55 buah kenderaan Proton Preve yang diterima Bahagian Pengurusan Pematuhan untuk kegunaan Pegawai Audit GST hari ini, Khazali berkata kenderaan baharu itu dapat meningkatkan tahap kecekapan operasi dan memastikan semua perniagaan yang telah berdaftar GST mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.
Kenderaan berkenaan diserahkan kepada negeri-negeri berdasarkan jumlah perniagaan yang berdaftar dengan GST, katanya.
JKDM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menerima kenderaan paling banyak iaitu lapan unit, diikuti Selangor (enam), Sabah (lima), Sarawak (lima), Pulau Pinang (lima) dan Johor (lima).
Negeri-negeri lain yang turut menerima kenderaan baharu ialah Perak (tiga), Kelantan (dua), Pahang (dua) dan Negeri Sembilan (dua). Perlis dan Terengganu masing-masing menerima sebuah kenderaan baharu.
Katanya kenderaan selebihnya akan diserahkan kepada negeri-negeri berdasarkan keperluan.
Bernama
Mon Apr 06 2015

KHAZALI: JKDM akan menerima penyata pertama GST daripada peniaga yang memiliki nilai perniagaan melebihi RM5 juta bulan depan.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.

GST: Kastam terima penyata cukai pertama bulan depan
JKDM akan menerima penyata pertama Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) daripada peniaga yang memiliki nilai perniagaan melebihi RM5 juta bulan depan.