Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah penyelamat kepada kedudukan fiskal negara di tengah-tengah kelembapan ekonomi dunia, kata penyokong kerajaan.
Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) berkata keputusan kerajaan melaksanakan GST adalah amat tepat kerana ia membantu mengurangkan defisit fiskal negara.
"Tanpa GST, defisit fiskal kita akan melebar kepada 4.8 peratus tahun ini tetapi kerana GST, bukan sahaja kita dapat mencatat angka 3.2 peratus tahun ini malah diunjurkan berkurang kepada 3.1 peratus tahun hadapan," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Kata Ahmad peningkatan hutang negara juga adalah selari dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dan peningkatan berkenaan disebabkan perbelanjaan pembangunan yang lebih tinggi dan bukan disebabkan peningkatan perbelanjaan mengurus.
"Kita boleh belanja lebih untuk pembangunan kerana pembangunan menjana pendapatan," katanya.
Tambah beliau peningkatan perbelanjaan pembangunan berkenaan adalah bagi merangsang aktiviti ekonomi dan melonjakkan semula perolehan kerajaan di saat sektor swasta mengambil langkah berhati-hati dalam perbelanjaan kerana kesuraman ekonomi dunia ketika ini.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.
Bernama
Mon Oct 26 2015
Ahli Parlimen BN-Jasin berkata, keputusan kerajaan melaksanakan GST adalah amat tepat kerana ia membantu mengurangkan defisit fiskal negara.
MoU LHDN, Persekutuan Pengakap Malaysia inisiatif dekati generasi muda
MoU antara LHDN dan PPM merupakan inisiatif untuk mendekati generasi muda dalam menyebarkan maklumat dan meningkatkan kesedaran berkaitan cukai.
Kastam patahkan 7,215 kes penyeludupan libat nilai rampasan, cukai RM1.6 bilion sepanjang 2024
JKDM mematahkan 7,215 kes penyeludupan sepanjang tahun lepas dengan nilai rampasan dan cukai berjumlah RM1.644 bilion.
Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak semakin pulih
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat malam ini.
Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Talaud, Indonesia
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada 9.16 malam tadi.
PM Anwar lawat Batu Caves esok, tinjau persiapan Thaipusam - Ramanan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan ke Batu Caves, petang esok menjelang Thaipusam yang akan disambut penganut Hindu pada Selasa ini.
Polis kesan pemilik blog didakwa fitnah bekas Naib Canselor UKM
Polis sedang mengesan pemilik blog yang dipercayai memuat naik kandungan didakwa berunsur fitnah terhadap bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman.
KESUMA terus laksana inisiatif KESUMA MADANI sempena Thaipusam
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus melaksanakan inisiatif KESUMA MADANI sempena perayaan Thaipusam tahun ini.
Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM
Malaysia tidak menunjukkan trend peningkatan kes influenza dan tidak merekodkan sebarang kes selesema burung (avian influenza) dalam kalangan manusia, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Kes tipu isteri pelawak: Polis rakam keterangan 12 individu
Polis telah merakam keterangan 12 individu bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak.
Pegawai bank, eksekutif jualan rugi RM2.33 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang pegawai bank lelaki dan seorang eksekutif jualan wanita kerugian lebih RM2.33 juta selepas terpredaya dengan skim pelaburan tidak wujud.
Pelaksanaan semula GST perlu secara bersasar - Bekas Ketua Pengarah Kastam
GST seharusnya diasingkan masing-masing kepada cukai barang dengan kadar lima peratus dan cukai perkhidmatan tujuh peratus.
LHDN akan semak semula sasaran kutipan cukai bagi tahun 2020
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan menyemak semula sasaran kutipan cukai bagi tahun 2020.
RM24.7 bilion tunggakan GST, cukai pendapatan dilunaskan
Lim Guan Eng berkata bayaran itu dibuat daripada dividen khas yang diterima daripada Petronas seperti diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2019.
Mungkin... saya silap - Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan kekesalannya apabila tidak membuat kenyataan akhbar khusus sebaik GST dilaksanakan pada 2015 akan menyebabkan harga semua kereta turun.
Tiada kehilangan wang bayaran balik kutipan GST - Irwan Siregar
Tan Sri Mohd Irwan Siregar Abdullah hari ini menafikan dakwaan berlakunya kehilangan wang kira-kira RM18 bilion untuk tuntutan balik GST.
Syarikat berdaftar GST akan dipindahkan kepada SST mulai Rabu
Jabatan Kastam Diraja Malaysia dijangka memindahkan syarikat yang berdaftar di bawah rejim GST kepada SST mulai esok.
RUU mansuh GST, laksana SST dibentang hari ini
Kedua-dua RUU tersebut tersebut dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan, Dr Md Farid Md Rafik bersekali dengan tiga lagi RUU yang lain.
GST kadar sifar akan hasilkan perbelanjaan pengguna yang lebih kukuh - RAM Rating
RAM Rating menjangka sektor runcit menjadi antara penerima manfaat utama.
Merungkai kekeliruan GST
Penjelasan Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia, Mohd Yusof Saari, dalam merungkai kekeliruan yang dihadapi oleh rakyat mengenai GST dan SST.
Ketidakjelasan arahan baharu mengenai GST sifar
Ketika perniagaan runcit menikmati tempoh tanpa cukai itu, ada pihak mendakwa tidak mendapat arahan yang jelas mengenai tindakan yang perlu diambil seterusnya.