Kejayaan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) menyelia pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) berjaya menarik perhatian dunia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata ia terbukti apabila beberapa negara seperti Tanzania, Afrika Selatan dan India kini mengguna pakai model dan khidmat konsultansi PEMANDU dalam merencanakan agenda pembangunan di negara berkenaan.
Beliau berkata tahun lepas, dua penyelidik Bank Dunia Profesor Charles Sabel dan Luke Jordan menerbitkan satu kertas kajian bertajuk 'Doing, Learning, Being: A Study of Malaysia's Transformation Program' yang mengandungi perakuan mereka tentang keberhasilan transformasi sebenar di Malaysia.
"PEMANDU juga telah dipilih satu daripada 20 Pasukan Inovasi Kerajaan yang terbaik di peringkat antarabangsa," katanya semasa melancarkan Laporan Tahun 2014 GTP dan ETP di sini, yang disiarkan secara langsung menerusi Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) Selasa malam.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pengiktirafan itu diberikan NESTA, iaitu sebuah badan inovasi di United Kingdom dan Bloomberg Philanthropies pada 2014.
Perdana Menteri turut memuji gabungan bakat dan kebolehan daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC), swasta dan penjawat awam yang menjayakan program itu.
"Hasilnya, dalam tempoh hanya lima tahun pelaksanaan metodologi 'Big Fast Results' (hasil besar dan pantas) di dalam GTP dan ETP oleh PEMANDU bagi mentransformasi Malaysia turut berjaya menarik perhatian dunia," kata beliau.
Menceritakan detik awal penubuhan PEMANDU pada September 2009, Najib berkata objektif utama penubuhannya adalah untuk menyelia pelaksanaan, menilai kemajuan, memudah cara serta menyokong penyampaian serta memacu kemajuan GTP dan ETP.
"Ini semua dilaksanakan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara High Income Advanced Economy (Negara Maju Berpendapatan Tinggi), menjelang fajar 2020, Insya-Allah," kata beliau.
Menurutnya PEMANDU diwujudkan sebagai penyelaras untuk membantu semua kementerian.
PEMANDU tidak bekerja sendirian, sebaliknya ia bertindak sebagai fasilitator atau pemudah cara dalam mengatur dan menyusun pelaksanaan program-program transformasi kerajaan, beriring dengan tanggungjawab kementerian-kementerian, jelas Najib.
"Ertinya, secara keseluruhan, PEMANDU ialah sebuah unit yang mengawasi KPI dan piawai kerja Menteri, Kementerian juga Agensi-Agensi Kerajaan berkaitan," kata beliau.
Berdasarkan laporan PEMANDU juga, prestasi para Menteri akan dibentangkan, dinilai dan dibuat semakan sebanyak dua kali setahun.
"Ini bererti, para Menteri juga tertakluk kepada report card (kad laporan)masing-masing sebagai penentu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) mereka," kata Najib.
Bernama
Tue Apr 28 2015

Kejayaan PEMANDU melaksanakan GTP dan ETP berjaya menarik perhatian dunia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Ini soalan yang belum terjawab tentang 'projek kereta nasional ketiga'
Sudah hampir seminggu projek kereta nasional ketiga diumumkan dan masih banyak soalan yang belum dijawab.

Malaysia berani laksana transformasi bagi kurangkan kebergantungan hasil minyak - PM Najib
Pelbagai usaha terancang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah ETP berjaya mengurangkan kebergantungan terhadap pendapatan berkaitan petroleum.

PM Najib gembira KL tempat ke-19 bandaraya paling mampan dari segi ekonomi di dunia
Perdana menteri berkata pengiktirafan itu adalah berdasarkan prestasi kukuh negara dalam pelbagai sektor dan projek.

Malaysia mampu capai status negara maju sepenuhnya menjelang 2020, kata Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyuarakan keyakinan beliau bahawa Malaysia mampu merealisasikan status negara maju sebenarnya menjelang 2020 menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Malaysia tidak alami krisis ekonomi - Najib
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan Malaysia kini berdepan krisis ekonomi, seperti yang dibimbangi rakyat.

Malaysia lebih kukuh kini berbanding krisis ekonomi Asia 1997 - Najib
Menurut Najib, Malaysia sudah belajar daripada kesan buruk krisis tersebut dan ditangani pula dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) negara.

Saya tidak akan sekali-kali menyerah kalah - Najib Razak
Perdana Menteri Najib Razak tidak akan sekali-kali menyerah kalah walaupun terus diserang dengan pelbagai kritikan daripada pelbagai pihak.

GTP berjalan lancar dan membuahkan hasil positif - Najib
Segala program yang dirancang di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) berjalan lancar.

Laporan Tahun 2014 GTP Dan ETP: Intipati Ucapan Perdana Menteri
Intipati Laporan Tahun 2014 Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

GTP dan ETP diiktiraf dunia - PM Najib
Kejayaan PEMANDU melaksanakan GTP dan ETP berjaya menarik perhatian dunia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.