GEORGE TOWN:Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini menafikan beliau pernah bersetuju atau mencadangkan supaya perkhidmatan feri Pulau Pinang dihentikan.
Lim berkata beliau dan bekas Menteri Pengangkutan Anthony Loke tidak pernah mencadangkan perkara itu sebaliknya menyokong supaya pengangkutan ikonik negara itu dikekalkan.
"Saya dan Anthony Loke tidak pernah pada bila-bila masa ketika menjawat jawatan Menteri Kewangan dan Menteri Pengangkutan berkata perkhidmatan feri hendaklah dihentikan," katanya kepada pemberita selepas melawat Terminal Feri Raja Tun Uda hari ini.
Beliau berkata perkhidmatan feri adalah ikonik dan merupakan pengangkutan bersejarah Pulau Pinang yang harus dikekalkan.
"Saya tidak menentang pengenalan Katamaran namun perkhidmatan feri ini harus dijalankan selari dengan feri yang sedia ada," katanya.
Baru-Baru ini, menerusi satu hantaran di Facebook, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mendakwa Lim telah memutar belit isu kerana kerajaan Pakaran Harapan sebelum ini pernah mencadangkan supaya perkhidmatan feri dihentikan dan diganti dengan katamaran.
Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, berkata keputusan yang dibuat Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz baru-baru ini untuk mengekalkan perkhidmatan feri adalah keputusan yang tepat.
"Saya berterima kasih kepada Menteri Kewangan kerana bersetuju dengan permintaan saya agar perkhidmatan feri dikekalkan.
"Ia bukan bermakna saya menentang perkhidmatan katamaran tetapi biarlah ia dijalankan secara serentak seperti yang disyaratkan," katanya .
Beliau berkata feri adalah perkhidmatan asas Pulau Pinang sejak 126 tahun lepas dan jika ia diteruskan, generasi akan datang turut berpeluang merasai pengalaman menaiki pengangkutan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 19 2020
![Guan Eng nafi sokong langkah hentikan perkhidmatan feri Pulau Pinang Guan Eng nafi sokong langkah hentikan perkhidmatan feri Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71608212332_feri.jpg)
Perkhidmatan feri adalah ikonik dan merupakan pengangkutan bersejarah Pulau Pinang yang harus dikekalkan. -Gambar fail
Pengambilan jawatan di Sarawak cecah 96 peratus
Pengambilan jawatan guru khas di Sarawak kini mencecah sebanyak 96 peratus.
![Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739272092_AnwarIbrahimErdog.jpg)
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia, selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai rakan dialog ASEAN.
Projek SOGIP RM8.88 bilion pemangkin sabah jadi hab tenaga Asia Tenggara
Sabah dijangka muncul sebagai hab tenaga utama di Asia Tenggara susulan pelancaran projek hab tenaga minyak dan gas (OG) bernilai RM8.88 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).
Laksana tanggungjawab pastikan isu rakyat ditangani segera
Semua penjawat awam diminta melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan isu-isu berkaitan rakyat ditangani dengan baik dan segera.
Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
Proses pembersihan SK Selangau yang terjejas teruk akibat banjir giat dijalankan bagi mempersiapkannya menghadapi musim persekolahan yang akan bermula minggu hadapan.
![Tindakan Israel di Palestin adalah projek kolonisasi - Anwar Tindakan Israel di Palestin adalah projek kolonisasi - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739271972_AnwarIbrahim.jpg)
Tindakan Israel di Palestin adalah "projek kolonisasi" - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian tegas Malaysia mengenai isu Palestin, mengutuk tindakan Israel sebagai satu "projek kolonisasi".
Penduduk Segama giat bersihkan rumah dan buang barang rosak
Kru AWANI Borneo berkesempatan meninjau para penduduk yang giat membersihkan rumah masing-masing agar kembali selesa untuk didiami.
Pelancongan: Indonesia catat pertumbuhan ketara pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
![Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739270807_TBgari.jpg)
Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam
Seorang remaja Singapura berusia 18 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati ingin melakukan serangan terhadap masyarakat Melayu/Islam di Singapura.
![Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739269028_Handcuffedwomen.jpg)
Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan
Polis menahan tujuh individu termasuk seorang pegawai wanita sebuah institusi kewangan semalam kerana disyaki menipu untuk mendapatkan pembiayaan peribadi berjumlah RM1.325 juta.
![Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734088645_tbmuhyiddinguaneng.jpg)
Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.
!['Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar 'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61735887796_AnwarIbrahim.jpg)
'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.
!['Zaman Guan Eng dah berlalu, jangan 'menyiku' sahabat' - Ahmad Zahid 'Zaman Guan Eng dah berlalu, jangan 'menyiku' sahabat' - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735791601_AhmadZahidHamidi.jpg)
'Zaman Guan Eng dah berlalu, jangan 'menyiku' sahabat' - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Lim Guan Eng untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan parti komponen Kerajaan Perpaduan.
![Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734088645_tbmuhyiddinguaneng.jpg)
Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.
![Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734088645_tbmuhyiddinguaneng.jpg)
Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.
![Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734088645_tbmuhyiddinguaneng.jpg)
Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.
![Mahkamah tolak rayuan Guan Eng terhadap keputusan Mahkamah Tinggi ketepi samannya Mahkamah tolak rayuan Guan Eng terhadap keputusan Mahkamah Tinggi ketepi samannya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721046171_LimGuanEng.jpg)
Mahkamah tolak rayuan Guan Eng terhadap keputusan Mahkamah Tinggi ketepi samannya
Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng gagal dalam rayuannya berhubung saman fitnahnya terhadap naib presiden MCA Datuk Tan Teik Cheng dan akhbar The Star.
![Kes terowong dasar laut: Saksi utama demam, bicara kes Lim Guan Eng tangguh Kes terowong dasar laut: Saksi utama demam, bicara kes Lim Guan Eng tangguh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714647886_TBLIMGUANENGjp.jpg)
Kes terowong dasar laut: Saksi utama demam, bicara kes Lim Guan Eng tangguh
Perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng ditangguhkan berikutan saksi utama pendakwaan cuti sakit kerana demam.
![Kes terowong: Hakim tegur peguam Lim Guan Eng tanya soalan sama berulang kali Kes terowong: Hakim tegur peguam Lim Guan Eng tanya soalan sama berulang kali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731580679_TBLimGuanEng.jpg)
Kes terowong: Hakim tegur peguam Lim Guan Eng tanya soalan sama berulang kali
Hakim yang mendengar perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng menegur pihak pembelaan agar tidak mengemukakan soalan sama berulang kali.
![Fitnah: Muhyiddin diperintah bayar Guan Eng RM1.35 juta Fitnah: Muhyiddin diperintah bayar Guan Eng RM1.35 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731040384_tbLimGuanEng.jpg)
Fitnah: Muhyiddin diperintah bayar Guan Eng RM1.35 juta
Pesuruhjaya Kehakiman membenarkan saman Lim terhadap Muhyiddin setelah mendapati bekas menteri kewangan itu berjaya membuktikan kesnya.