LONDON: Akhbar Britain, The Guardian memecat kartunis senior, Steve Bell kerana melukis karikatur Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sedang memegang pisau bedah.
Menurut pengkritik, imej Netanyahu itu dianggap stereotaip anti-Yahudi dan anti-Semitik.
The Guardian yang telah menerbitkan ribuan karikatur satira pemimpin dunia dilapor enggan menyiarkan karikatur Netanyahu tersebut.
"Keputusan telah dibuat untuk tidak memperbaharui kontrak Steve Bell.
"Kartun Steve Bell telah menjadi bahagian penting dalam Guardian sejak 40 tahun lalu," menurut penerbit Guardian News and Media dalam satu kenyataan.
Bell telah menyumbang karyanya kepada The Guardian sejak 1983 dan beberapa daripada ratusan kartunnya selama ini dituduh memasukkan stereotaip anti-Yahudi.
Kartun terbaharu disiarkan Bell di media sosial memaparkan Netanyahu memegang pisau bedah dan bersiap sedia memotong hirisan berbentuk peta Gaza di perutnya dengan kapsyen "Penduduk Gaza, keluar sekarang".
Sementara itu, Bell dalam reaksinya berkata: "Saya tidak mempromosikan stereotaip anti-Semitik yang berbahaya."
Britain mempunyai tradisi penyiaran kartun atau karikatur yang menunjukkan ahli politik dalam bentuk keterlaluan dan aneh.
Bell sendiri pernah melukis imej beberapa bekas perdana menteri antaranya John Major memakai seluar dalam, David Cameron menyarungkan kondom bersaiz gergasi di kepalanya dan Tony Blair dengan mata besar yang jahat. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Fri Oct 20 2023
Karikatur Netanyahu karya Steve Bell sedang memegang pisau bedah dianggap stereotaip anti-Yahudi dan anti-Semitik. - Foto agensi
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
Tumpuan Ahad – 2 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jumlah mangsa di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun dan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
13 penuntut universiti beri keterangan pada Ahad
Seramai 13 penuntut universiti telah diberikan pemakluman untuk hadir memberi keterangan esok bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini pada Sabtu lepas.
Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Februari 2025.
Kanak-kanak Australia pemegang rekod dunia ‘lompatan’
Usianya baru 12 tahun, namun pencapaian yang dimilikinya bukan calang-calang.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
The Guardian pecat kartunis senior kerana karikatur Netanyahu
The Guardian yang telah menerbitkan ribuan karikatur satira pemimpin dunia dilapor enggan menyiarkan karikatur Netanyahu tersebut.
Kartunis legenda Fatah Ngah meninggal dunia
Berita pemergian Abdul Fatah dikongsikan adiknya yang juga komposer terkenal Abdul Manan Ngah.
Perancis fikir hina orang, agama lain hak asasi manusia - Dr Mahathir
Perancis berpendapat bahawa memprovokasi, menghina orang lain adalah hak asasi manusia namun ia bukanlah sebegitu.
Dua terbunuh dalam serangan di sebuah gereja di Nice, Perancis
Dua individu dilaporkan maut dalam satu kejadian serangan di sebuah gereja di bandaraya Nice, Perancis pada Khamis.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya ucapan benci dan fitnah Islam
Malaysia menjunjung hak kebebasan bersuara serta hak asasi manusia selagi mana ia digunakan secara bertanggungjawab dan penuh hormat, sekali gus tidak menafikan serta melanggar hak pihak lain.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya tindakan hina agama Islam
Malaysia komited untuk menegakkan hak kebebasan bersuara dan sebagai manusia hak tersebut perlu dilaksanakan dengan hormat
Hina Nabi: Desak ambil tindakan
Anak Perak itu meluahkan perasaan tidak puas hati apabila pelakunya dibebaskan segera dengan jaminan polis dalam tempoh yang singkat.
Kartunis dipecat lukis karikatur kontroversi Netanyahu
Akhbar Sueddeutsche telah mengeluarkan karikatur yang menggambarkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam pakaian kontroversi.
72 pertubuhan didapati ada elemen kongsi gelap - Nur Jazlan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan sejumlah 72 pertubuhan sebagai menyalahi undang-undang kerana ia dikenal pasti mempunyai elemen kongsi gelap, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk N
Isu karikatur: DMDI kutuk keras tindakan akhbar perlekeh Islam, undang-undang syariah
Presiden DMDI Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata, sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan agama, ketegangan sebegitu tidak patut dibangkitkan.