PETALING JAYA: Dua unit anjing pengesan (K9) Gucci dan Ricks dibawa ke Apartment Idaman Damansara Damai di sini bagi membantu pencarian bahan bukti berhubung kes kematian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang memasuki hari keempat.
Operasi dimulakan sekitar jam 10 pagi dengan anjing pengesan itu dibawa melakukan pemeriksaan di sebuah stor yang terletak kira-kira 200 meter lokasi mayat kanak-kanak autistik berkenaan ditemui.
Pemeriksaan dilakukan kira-kira 10 minit sebelum diteruskan di sekitar Blok R dan Blok S.
Pada Sabtu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abd Hamid berkata, rakaman kamera video papan pemuka (dashcam) turut boleh dijadikan petunjuk membantu menyelesaikan kes bunuh tersebut.
Ujarnya, polis belum menerima sebarang rakaman dashcam daripada mana-mana pemilik kenderaan yang merupakan penghuni apartmen berkenaan.
Pada Rabu, mayat Zayn ditemui dalam keadaan terbaring berdekatan anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai dipercayai dibunuh.
Hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh mendapati terdapat kecederaan pada bahagian tubuh badan mangsa dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Dec 10 2023

Dua anjing pengesan tiba Apartment Idaman Damansara Damai pada jam 10 pagi Ahad. - Foto Sinar Harian

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.

Kes abai Zayn Rayyan: AGC tolak permohonan ibu bapa semak pertuduhan
Timbalan Pendakwa Raya mencadangkan supaya tarikh perbicaraan yang ditetapkan dalam prosiding lalu dikekalkan.

Zaim Ikhwan, Ismanira tiba di mahkamah kes abai Zayn Rayyan
Zaim Ikhwan dan isterinya tiba bagi prosiding kes berhubung permohonan representasi untuk menarik balik atau membatalkan pertuduhan.

Bicara kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ kembali jadi tumpuan
Suasana di pekarangan kompleks mahkamah ini mula dipenuhi pengamal media yang hadir sejak jam 8.30 pagi bagi mengikuti perkembangan kes berkenaan.

Nama Zayn Rayyan dipinda kepada Zayn Rayyan Zaim Ikhwan
Keputusan pembetulan dalam sijil kelahiran dikeluarkan JPN Selangor di mana anak kepada pasangan Zaim Ikhwan dan Ismanira telah dibetulkan.

Sebutan semula kes ibu bapa Zayn Rayyan pada 18 September
Hakim Syahliza Warnoh menetapkan tarikh itu bagi serahan laporan bedah siasat dan rakaman litar kamera tertutup (CCTV).

Ibu bapa Zayn Rayyan tiba di mahkamah
Zaim Ikhwan Zahari dan isterinya, Ismanira Abdul Manaf tiba kira-kira pukul 8.45 pagi untuk prosiding sebutan kes.

Prosiding pertama sebutan kes Zayn Rayyan hari ini
Ibu bapa Zayn Rayyan dijangka hadir untuk prosiding hari pertama sebutan semula kes pengabaian terhadap kanak-kanak autistik itu.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan esok
Polis akan membuat permohonan untuk menyambung reman terhadap pasangan itu selepas tempoh reman tamat pada Jumaat.

Kes pembunuhan Zayn Rayyan: Lebih 200 keterangan direkod
Polis sudah merekodkan keterangan lebih 200 orang berkaitan kes pembunuhan kanak-kanak lelaki autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6.

Kes Zayn Rayyan: Sebarang tangkapan bergantung kepada proses analisis dan bukti - Mohd Shuhaily
PDRM tidak akan berhenti berusaha untuk menyelesaikan kes tersebut sehingga pelaku dihadapkan ke muka pengadilan.