KUALA KANGSAR: Sebanyak 1,500 pelita digunakan bagi menghasilkan reka bentuk panjut Masjid Ubudiah di Simpang Penaga di sini yang menceriakan Bandar Diraja menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.
Masjid Ubudiah yang terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah, adalah sebuah masjid di Bukit Chandan di sini yang dianggap satu daripada masjid terindah di Malaysia dan simbol kebanggaan masyarakat Muslim di Perak.
Panjut dengan ketinggian lebih sembilan meter (m) dan lebar 14.6m itu dihasilkan oleh 40 kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar serta Majlis Perbandaran Kuala Kangsar dalam tempoh hanya seminggu.
Menurut kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar Mohd Termizi Mohd Yassin, penghasilan reka bentuk panjut itu memperoleh kerjasama padu antara kedua-dua pihak bagi menjayakan Pertandingan Panjut 2022 antara kampung bagi peringkat Parlimen Kuala Kangsar.
"Kedua-dua jabatan memberi kerjasama cukup baik semasa menyiapkan panjut ini walaupun agak mencabar ketika sedang berpuasa pada waktu siang termasuk ketika proses menyalakan ribuan semua pelita pada malam ini.
"Kami amat teruja kerana reka bentuk yang dihasilkan amat indah walaupun terpaksa menjimatkan penggunaan minyak selain sudah lama Bandar Diraja ini tidak dimeriahkan dengan aktiviti panjut sebegini," katanya ketika ditemui pemberita pada pelancaran pertandingan itu di sini malam tadi.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Mastura Mohd Yazid berkata Pertandingan Panjut 2.0 itu bertujuan mengimbau nostalgia serta menghidupkan semula tradisi masyarakat Melayu di daerah Kuala Kangsar yang dahulunya menghiasi kawasan kampung dengan nyalaan lampu pelita.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) itu berkata beliau mengambil keputusan mengadakan pertandingan berkenaan bermula tahun lepas secara besar-besaran membabitkan seluruh penduduk kampung berikutan tradisi berkenaan dilihat semakin pupus dan mungkin dilupakan.
"Ini adalah tahun kedua Pertandingan Panjut diadakan oleh Pejabat Parlimen Kuala Kangsar dengan Kerjasama Majlis Belia Daerah Kuala Kangsar dan Persatuan Muafakat Anak Jati Kuala Kangsar (GEMUDA) yang menyaksikan sebanyak 14 buah kampung bertanding pada tahun ini.
"Penduduk kampung akan mempamerkan bakat, warna dan kasih sayang mereka melibatkan semua peringkat umur.
"Selain itu, dengan adanya pertandingan seperti ini diharap dapat mengeratkan lagi silaturahimantara penduduk kampung dan pada masa sama akan mempamerkan keunikan yang ada di Kuala Kangsar. Tradisi seperti ini perlu terus dilaksanakan sampai bila-bila," katanya.
JENDELA RAMADAN AL-MUBARAK
Hadiah keseluruhan wang tunai berjumlah RM15,000 turut disediakan kepada pemenang yang manaJohan akan menerima sebanyak RM5,000, naib johan (RM3,000), tempat ketiga (RM2,000), tempatkeempat (RM1,000) dan tempat kelima hingga 12 (RM500).
Setiap penyertaan turut diberikan sijil penghargaan dan syarat penyertaan adalah terbuka kepada seluruh kampung dalam Parlimen Kuala Kangsar serta lokasi tapak panjut mestilah di kawasan lapang dan di laluan utama dengan mengambil kira faktor keselamatan dan penjarakan.
Keputusan pertandingan akan dipaparkan melalui laman Facebook rasmi Pejabat Parlimen Kuala Kangsar pada 7 Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 29 2022
1,500 pelita digunakan untuk menghasilkan reka bentuk panjut Masjid Ubudiah bagi menceriakan Bandar Diraja Kuala Kangsar dalam suasana berbeza menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. --fotoBERNAMA
#AWANIRingkas 21 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 21 Januari 2025
1️⃣ Langkah konkrit untuk tangani isu alam sekitar global
2️⃣ Remaja perempuan 16 tahun hilang di Karak
3️⃣ Penggal kedua penuh kontroversi
#awaniringkas
1️⃣ Langkah konkrit untuk tangani isu alam sekitar global
2️⃣ Remaja perempuan 16 tahun hilang di Karak
3️⃣ Penggal kedua penuh kontroversi
#awaniringkas
Trump arah Amerika Syarikat tarik diri dari WHO sekali lagi
Perintah eksekutif ini, yang dibuat pada hari pertama penggal kedua Trump, memenuhi janjinya untuk menolak institusi global.
Trump tubuh kumpulan DOGE
Presiden terpilih Amerika Syarikat Donald Trump secara rasmi mengumumkan pembentukan kumpulan penasihat baharu yang bertujuan melaksanakan pemotongan besar-besaran dalam kerajaan persekutuan, mencetuskan pelbagai tindakan undang-undang segera.
Kumpulan ini, dikenali sebagai Department of Government Efficiency (DOGE), diketuai bersama oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk.
Kumpulan ini, dikenali sebagai Department of Government Efficiency (DOGE), diketuai bersama oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk.
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS selepas ucapan sulung Trump
Pada jam 8 pagi ini, ringgit diniagakan pada paras 4.4650/4815 berbanding dolar AS yang meningkat daripada 4.4910/4960 pada akhir urus niaga semalam.
Donald Trump Tegaskan Hasrat Ambil Semula Terusan Panama Selepas Angkat Sumpah Sebagai Presiden AS Ke-47
"Kita telah dilayan dengan sangat buruk akibat pemberian bodoh yang tidak sepatutnya dilakukan. Janji Panama kepada kita telah dilanggar. Tujuan perjanjian kita dan semangat perjanjian itu telah dicabuli sepenuhnya. Kapal-kapal Amerika dikenakan caj berlebihan dan tidak dilayan dengan adil dalam apa jua bentuk. Ini termasuk Tentera Laut Amerika Syarikat. Lebih dari itu, China kini mengendalikan Terusan Panama. Kita tidak memberikannya kepada China, kita berikannya kepada Panama, dan kita akan mengambilnya semula," kata Donald Trump selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden AS ke-47. #AWANInews
AWANI Ringkas: Langkah konkrit untuk tangani isu alam sekitar global
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Donald Trump Angkat Sumpah Penggal Kedua Sebagai Presiden AS Ke-47
Donald Trump mengangkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47 di dalam bangunan Capitol, Washington, hari ini. Disaksikan oleh ratusan ribu penyokong menerusi siaran secara langsung, Trump, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Hakim, John Roberts. #AWANInews
Dua rentung, seorang masih hilang dalam kejadian rumah terbakar di Tongkang Yard
Sebuah rumah kelas A atau jenis kekal di Tongkang Yard, Alor Setar terbakar menyebabkan dua mangsa rentung.
Trump temui surat yang ditinggalkan Biden untuknya di Pejabat Oval
Joe Biden tinggalkan surat buat penggantinya dalam laci di Pejabat Oval.
Penunjuk perasaan bakar pinata Trump di Mexico City
Penunjuk perasaan membakar pinata Donald Trump di luar kedutaan AS di Mexico City sebagai protes terhadap penggal baharunya dan dasar anti-imigran.
Anjung Syawal FRP 2025: Kembali dengan keunikan gabungan tradisi, moden
Bazar Aidilfitri terbesar di Lembah Klang, Anjung Syawal Festival Ramadan Putrajaya (FRP) 2025, bakal kembali untuk tahun ke-13 dengan menyediakan hampir 300 lot niaga sempena Ramadan tahun ini.
Banjir: Sektor pertanian di Kelantan kerugian mencecah RM10 juta - KADA
Sektor pertanian di negeri Kelantan dianggarkan mengalami kerugian mencecah RM10 juta termasuk kerosakan infrastruktur, susulan banjir gelombang fasa pertama yang berlaku pada akhir bulan lepas.
Ramadan: Laungan azan bergema di Anfield
Majlis berbuka puasa Share Ramadan anjuran pasukan Liverpool FC menerima kunjungan hampir 2,800 komuniti muslim yang menduduki bumi Anfield.
Khatam al-Quran setiap tahun ketika Ramadan
Muhammad Khairul Azizan mengakui ada kekangan yang dihadapi namun itu tidak menjadi alasan meneruskan hasrat berkenaan.
Ramadan Kampung Era raikan golongan tidak berkemampuan.
Kira-kira 30 individu menerima sumbangan khas berupa baucar untuk membeli keperluan harian raikan Syawal sumbangan daripada pihak pengurusan Era dalam Majlis Ramadan Kampung Era.
Salah, Konate berbuka puasa tepi padang raih perhatian penonton
Pengadil membenarkan permainan dihentikan seketika semasa kemenangan Liverpool ke atas Sheffield United untuk pemain berbuka puasa.
Ops Pantau: KPDN kesan 164 kes dengan nilai kompaun lebih RM500,000
Ops Pantau telah dilaksanakan untuk memantau pematuhan aktiviti perniagaan sepanjang bulan Ramadan dan menjelang Syawal.
Berbahagi kebahagiaan dengan mereka yang memerlukan
Yayasan Ikhlas telah mengadakan Lawatan ke Pusat Jagaan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan demi memberikan hiburan dan keceriaan kepada 30 anak OKU.
Agong seru umat Islam hayati pengajaran bermakna ayat Al-Quran
Seri Paduka Baginda bertitah ini kerana kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin akan musnah sekiranya umat Islam gagal memelihara nilai-nilai yang dibawa oleh agama.
Cara Selangor FC tempuhi Ramadan dalam persiapan hadapi Liga-M 2024/2025
Persediaan yang tidak ideal boleh menjejaskan tahap kecergasan pemain.