Menyamar sebagai bot nelayan tempatan bagi mengelirukan pihak penguat kuasa, itu antara modus operandi terbaharu yang digunakan nelayan asing bagi merompak hasil laut negara.
Kegiatan itu dibongkar Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) susulan penahanan 47 nelayan Vietnam termasuk tekong kira-kira jam 3.30 petang hingga 4.30 petang pada Sabtu.
Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata kesemua bot itu dikesan ketika sedang menangkap ikan di empat lokasi berbeza iaitu antara 118 hingga 123 batu nautika dari Kuala Terengganu.
Menurut Muhammad Suffi, bot nelayan berkenaan dikesan dalam keadaan mencurigakan dengan menggunakan nombor pendaftaran palsu dan tiada lesen yang sah.
Jelasnya, pihaknya turut mengesan terdapat segelintir pemilik lesen bot warga tempatan yang mengaut keuntungan jutaan ringgit hasil pajakan bot mereka kepada nelayan warga asing.
"Hasil perisikan kita mendapati lesen yang dipajak untuk setahun penggunaan kepada nelayan Vietnam ini nilainya tidak kurang daripada RM200,000.
"Kalau ada lima lesen, kali RM200,000 dah RM1 juta. Jadi taukeh ini dengan tidak menggunakan apa, kaedah penangkapan ikan seperti biasa, mereka hanya memajakkan lesen kepada nelayan negara Vietnam," kata Muhammad Suffi.
Katanya lagi, hasil pemeriksaan ke atas bot berkenaan mendapati hanya empat kru memiliki pasport Vietnam manakala yang lain tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Kesemua mereka yang berusia di antara 17 dan 57 tahun ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan Malaysia serta Akta Imigresen kerana tekong dan kru tidak memiliki sebarang dokumen yang sah.
Muhammad Suffi berkata pihaknya turut merampas hasil laut, bekalan diesel, bot dan peralatan menangkap ikan yang dianggarkan bernilai hampir RM5 juta.
Katanya, pihak Maritim Malaysia akan menyiasat dan membongkar taktik penyamaran menggunakan nombor pendaftaran bot nelayan tempatan.
Nur Fazlizai Ali
Mon Jul 06 2020
MUHAMMAD SUFFI: Hasil perisikan kita mendapati lesen yang dipajak untuk setahun penggunaan kepada nelayan Vietnam ini nilainya tidak kurang daripada RM200,000. -Astro AWANI
AWANI Pagi: Jelajah Assalammualaikum Negeri Sembilan 2025
Ikuti siaran luar AWANI Pagi Jelajah Assalammualaikum Negeri Sembilan 2025 secara langsung dari Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan bersama Ezura Shazween Kamal Bahrin, Penolong Naib Presiden Kanan Pemasaran Kandungan Astro, dan Sherry Al-Hadad, selebriti, Sabtu, jam 8:30 pagi di saluran Astro AWANI 501.
Indahnya lain macam bila kita imarahkan masjid beramai-ramai.
Indahnya lain macam bila kita imarahkan masjid beramai-ramai.
Bekas jurutera hasilkan potret daripada tanah liat
Farrah Wahida menginovasi produk berasaskan tanah liat menjadi potret hampir menyerupai gambar sebenar dalam bentuk kartun.
Chelsea tandatangan pemain tengah England dari Barcelona
Bekas pemain Manchester City itu akan kembali ke liga divisyen utama England berkenaan selepas dua setengah musim berkelana di Sepanyol.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [1 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Perkembangan banjir di Sabah dan Sarawak
- Kes tembak Tanjung Rhu: Anwar beri jaminan siasatan telus
- Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
#AWANIpagi #AWANInews
- Perkembangan banjir di Sabah dan Sarawak
- Kes tembak Tanjung Rhu: Anwar beri jaminan siasatan telus
- Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
#AWANIpagi #AWANInews
PAC jadual lima prosiding baharu sempena sidang Parlimen - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menjadualkan prosiding lima isu baharu sempena sidang Parlimen yang akan bermula minggu depan, kata Pengerusinya, Mas Ermieyati.
Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
Semua majikan wajib patuhi Perintah Gaji Minimum dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.
JDT bakal uji PSG
Malah, Pemangku Sultan Johor itu juga tidak menolak kemungkinan perlawanan menentang PSG berlangsung pada 2025 atau 2026.
Perpaduan, nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Wilayah Persekutuan bukan sekadar tempat tinggal malah menjadi tempat bagi pelbagai lapisan masyarakat untuk membina impian dan mencipta kenangan bersama
.
.
Kadar gaji minimum RM 1,700 mulai 1 Februari 2025
Berkuat kuasa hari ini, kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan kepada semua pekerja.
Citaglobal beli tanah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta
Citaglobal beli sebidang tanah seluas 6,410 meter persegi (0.63 hektar) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta.
Dua bot nelayan tempatan disyaki langgar syarat sah lesen ditahan
Kedua-dua bot berkenaan dikesan pada kedudukan 35 dan 36 batu nautika di timur laut Kuala Terengganu pada Ahad.
Guna 'bot pajak' taktik terbaharu nelayan warga asing rompak hasil laut negara
Pihaknya turut mengesan terdapat segelintir pemilik lesen bot warga tempatan yang mengaut keuntungan jutaan ringgit hasil pajakan bot mereka kepada nelayan warga asing.
Empat nelayan Indonesia ditahan di perairan Miri
Kapten Maritim Md Fauzi Othman berkata, empat kru lelaki berumur 24 hingga 39 tahun itu ditahan ketika menangkap ikan di lokasi 3.7 batu nautika dari Kuala Baram.
Malaysia hilang hasil sehingga RM6b setahun akibat tangkapan ikan secara haram
Meskipun langkah-langkah penguatkuasaan ketat di Indonesia, Malaysia dan Thailand, isu penangkapan ikan secara haram, tidak dilaporkan dan tidak terkawal (IUU) terus berleluasa.