Strategi Pakatan Harapan yang menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 mampu melenyapkan persepsi bahawa DAP hanya memperjuangkan masyarakat Cina.
Panel Penyelidik Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr Awang Azman Awang Pawi pada masa sama melihat langkah itu mewujudkan kerjasama dan kesatuan dalam gabungan politik pembangkang.
"DAP terpaksa berkorban untuk Pakatan Harapan dengan menggunakan logo PKR atau Amanah dan PPBM yang juga telah digantung selama 30 hari telah menggunakan satu logo. Malah buat pertama kali juga Tun Mahathir semalam menyarung baju PKR. Ini agak ironi," katanya semasa menjadi tetamu pada program Malaysia Memilih 2018 di Astro AWANI.
Ujarnya, penggunaan hanya satu logo iaitu PKR mengurangkan ketidakpuasan hati antara parti-parti sekutu dalam Pakatan Harapan.
Malah, langkah itu sekali gus memberi impak yang besar terutama dalam menarik pengundi pada PRU14.
"Impaknya begitu besar kerana selama ini kemunculan DAP dalam Pakatan Harapan ini sering diberikan persepsi memperjuangkan agenda Cina. Apabila logo DAP itu dilenyapkan, isu itu tidak timbul lagi dan mereka lebih fokus kepada matlamat bersama dan tidak timbul ada parti pengkhianat, parti baharu," tambahnya.
Beliau memberi contoh Parti Sosialis Malaysia (PSM) sebelum ini pernah meminjam logo parti lain pada PRU13.
Jelas beliau, ia tidak menjadi satu masalah dan boleh diterima umum.
"Bagaimanapun, kini, kita kena akur apa keputusan SPR? Saya ingat SPR mempunyai kuasa mutlak dalam hal ini. Peranannya sebagai sebuah badan bebas akan beri kesan dan keputusan itu juga bakal beri implikasi yang lain sekiranya berubah," ujarnya.
DAP sebelum ini mengesahkan parti itu tidak akan menggunakan logo roket dalam PRU14 dan ia adalah kali pertama dalam sejarah, logo roket tidak digunakan untuk bertanding dalam PRU.
Selain itu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) turut terpalit dengan masalah apabila dibubar sementara oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), menyebabkan parti itu berkemungkinan menggunakan logo parti sekutunya untuk bertanding pada pilihan raya umum nanti.
Rahimah Abdullah
Sat Apr 07 2018
Penggunaan logo PKR mengurangkan ketidakpuasan hati antara parti-parti sekutu dalam Pakatan Harapan. - Gambar fail
[TERKINI] Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan.
Perkara itu disahkan Istana Negara menerusi satu kenyataan dikeluarkan pada Jumaat.
Perkara itu disahkan Istana Negara menerusi satu kenyataan dikeluarkan pada Jumaat.
Hati-hati dengan 'cancel culture' di media sosial
Cancel culture seringkali disasarkan kepada golongan dianggap bermasalah atau berperilaku negatif.
Kenderaan berat dilarang masuk lebuh raya terpilih pada waktu puncak mulai 19 Feb
Jajaran lebuh raya berkenaan adalah di PLUS, NKVE, ELITE dan DUKE.
The Economy with Ibrahim Sani: Kegiatan Seperti Bola Sepak Dorong Pertumbuhan Lestari
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad membincangkan bagaimana kegiatan seperti bola sepak boleh mendorong pertumbuhan ekonomi yang lestari di peringkat akar umbi. Beliau menekankan pentingnya aktiviti komuniti dalam membina ekonomi yang mampan dan inklusif.
Garis panduan umat Islam hadir rumah ibadat bukan Islam untuk jaga hubungan - YADIM
Cadangan mewujudkan garis panduan bagi umat Islam menghadiri majlis di rumah ibadat bukan Islam mampu menjadi panduan kepada umat Islam untuk menjaga asas muamalah (perhubungan) dalam kalangan masyara
Chad umum Kabinet baharu
Senarai anggota Kabinet dibacakan menerusi televisyen nasional dan platform dalam talian kepresidenan Chad.
Grab dan GoTo percepat perbincangan penggabungan bagi atasi kerugian
Grab Holdings Ltd dan GoTo Group mempercepatkan perbincangan penggabungan dan mensasarkan untuk memeterai perjanjian tahun ini juga, bagi mengatasi kerugian yang berlarutan dalam pasaran Internet yang sangat sengit di Asia Tenggara.
Mesir tolak pemindahan rakyat Palestin, ingatkan natijah buruk kestabilan serantau
Mesir beri amaran akibat buruk yang mungkin timbul daripada tindakan tidak bertanggungjawab ini.
AWANI Ringkas: Mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Grab-GoTo, ini 6 implikasi apabila digabungkan
Penggabungan Grab dan GoTo mencetuskan perbincangan mengenai kawalan pasaran, persaingan serta kesannya terhadap pengguna dan tenaga kerja di Malaysia.
Tiada perbincangan wujudkan kerajaan perpaduan, hanya perjumpaan biasa - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa.
SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya
Mesyuarat itu bermula pada 19 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober nanti.
COVID-19: SKM peruntuk insentif pemulihan RM1 juta
Sehingga September, SKM meluluskan bayaran insentif PULIH berjumlah RM525,500 kepada 65 koperasi di negara ini.
PRN Sabah: Isu ekonomi, MA63 dan pembangunan jadi tumpuan
Madeline berkata, negeri-negeri yang kurang membangun juga perlu diberikan perhatian yang lebih.
Pemimpin Arab jadi sasaran alat Israel, AS - MAPIM
MAPIM mengutuk keras sikap pengecut dan bacul pemimpin Bahrain yang sanggup menjual diri kepada Israel dan Amerika dengan mengumumkan perjanjian damai bersama rejim itu.
Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
Hadi Awang serah laporan mengenai Timur Tengah kepada Perdana Menteri
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyerahkan Laporan Eksekutif kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Rasuah: Selangor tidak bercadang pindahkan penjawat awam negeri
Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk merombak atau memindahkan penjawat awam termasuk penguat kuasa negeri, sebagai langkah penyelesaian bagi membendung gejala rasuah dalam sektor berkenaan.
Muhyiddin mahu tindakan segera bantu tingkatkan taraf kehidupan penduduk PPR
Lawatan itu, ujar Perdana Menteri, banyak memberi maklumat kepada dirinya mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar.
#RealLifeHeroes mengangkat semangat Hari Kemanusiaan Sedunia 2020
19 Ogos 2020 merupakan tahun kesebelas kita sama-sama menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia.