Kerajaan dan jabatan agama disaran melaksanakan program yang dapat memberi penjelasan mengenai ajaran Islam sebenar melalui media sosial untuk menghalang penularan pengaruh ekstremisme.
Pakar Kriminologi bebas Shahul Hamid Abd Rahim berkata, langkah itu perlu kerana media sosial kini merupakan medium yang banyak digunakan oleh masyarakat.
"Kita lihat ramai anak-anak muda tertarik dengan ceramah dan program agama berkonsep santai namun sarat dengan mesej Islam yang boleh dijadikan panduan hidup.
"Kenapa tidak kita jadikan platform sebegini untuk menerangkan konsep Islam dengan bahasa mudah faham bahawa Islam tidak mengajar umatnya melakukan keganasan," katanya kepada Bernama.
Cadangan beliau dibuat berikutan pasangan suami isteri warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Turki di Gaziantep, ketika cuba menyusup masuk ke Syria pada 15 November tahun lepas setelah direkrut melalui Facebook dan aplikasi Telegram oleh warga Malaysia, Muhammad Wanndy Mohamed Jedi@Abu Hamzah yang menyertai kumpulan penganas Daesh di Syria.
Sekat laman sosial
Senada dengan Shahul Hamid yang sedar bahawa laman sosial merupakan platform yang banyak digunakan kumpulan militan untuk merekrut anggota baharu, Prof Madya Dr P Sundramoorthy, mahu pihak berkepentingan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menubuhkan pasukan khas bagi memantau aktiviti berkenaan dan menyekat laman sosial berpotensi dengan serta-merta.
Pakar Kriminologi Universiti Sains Malaysia (USM) itu, berpendapat negara juga memerlukan sebuah badan khas untuk menyalurkan informasi berkaitan ekstremisme secara menyeluruh sama ada dari segi modus operandi, ideologi, aktiviti kumpulan berkenaan, cara anggota baharu direkrut dan sebagainya.
"Adalah sangat penting, sumber rujukan ini diperluas dan diuruskan badan bertanggungjawab sama ada menerusi laman web khas atau laman media sosial yang rasmi untuk menyampaikan maklumat tentang aktiviti kumpulan militan ini," katanya.
Jelas beliau, pendekatan itu selain memberi gambaran sebenar kegiatan keganasan, ia juga dapat membuka minda masyarakat supaya tidak mudah terpengaruh menyertai kumpulan ekstremisme.
Ditanya sama ada negara memerlukan Mahkamah Khas Militan seperti yang dilaksanakan Pakistan, Sundramoorthy berkata belum ada kepentingan untuk Malaysia melaksanakannya kerana negara sudah mempunyai undang-undang yang cukup seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 2013 dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA).
Bernama
Wed Jan 27 2016
Jelas beliau, pendekatan itu selain memberi gambaran sebenar kegiatan keganasan, ia juga dapat membuka minda masyarakat supaya tidak mudah terpengaruh menyertai kumpulan ekstremisme.
Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan.
Anak muda Malaysia kini kurang berhibur di Sungai Golok
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat mendedahkan, peratusan anak muda Malaysia yang berhibur di Sungai Golok kini semakin berkurangan susulan penutupan pangkalan haram 1 Disember 2024.
Malaysia lihat tanda awal pemulihan populasi - Nik Nazmi
Malaysia kini melihat tanda-tanda positif dalam pertumbuhan populasi harimau Malaya, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Perubahan iklim: Malaysia seru ASEAN bersatu dalam tindakan iklim
Malaysia menggesa negara anggota ASEAN mengambil pendirian yang lebih tegas dan bersatu dalam menangani isu perubahan iklim sempena pemegangannya sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 yang berlangsung di Istana Negara hari ini.
Hujan, pencemaran bau punca K9 gagal kesan Zayn Rayyan
Pencarian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin oleh Unit Anjing Pengesan (K9) Pulapol Kuala Lumpur tidak berhasil selepas berlaku hujan di kawasan kejadian.
[TERKINI] Taklimat media Khazanah Annual Review 2025
Ikuti taklimat media oleh Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir sempena Khazanah Annual Review (KAR) 2025 di Innovation Centre, Mercu UEM.
'Bukan main masukkan saja sesuka hati' - YB Masjid Tanah
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik & mempersoalkan kesahihan data kemasukan pelancong asing yang dinyatakan Menteri Pelancongan, Tiong King Sing dalam laporan media sebelum ini.
#AWANInews
#AWANInews
Perang perdagangan tidak akan jejas pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2025 - Rafizi
Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran KDNK 2025 walaupun berdepan risiko daripada perang tarif.
Keamanan dan keharmonian di Malaysia tepati ajaran Islam sebenar - Tun Mahathir
Tradisi itu telah lama berakar sejak Malaysia diisytiharkan sebagai sebuah negara bebas dan berdaulat pada 1957.
Penularan fahaman bertentangan agama Islam di Sabah perlu ditangani - Mohd Shafie
Pihak yang bertanggungjawab berkaitan agama Islam perlu menjalankan amanah dengan sebaiknya bagi mengelak situasi pergolakan.