BUKIT MERTAJAM: Sepasang suami isteri yang meniaga makanan dari rumah dengan keuntungan RM2,500 hingga RM3,000 sebulan, tidak menyangka maklumat yang diperoleh daripada Facebook mengenai Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) membantu mereka meraih pendapatan hampir lima kali ganda.
Amin Afifi Yaakob, 36, berkata, dia dan isterinya, Yufaeza Yussof, 30, kini mampu memperoleh pendapatan antara RM10,000 hingga RM15,000 sebulan dengan berniaga menggunakan mesin layan diri (vending machine) yang dibekalkan di bawah IPR, kategori Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) sejak Oktober tahun lepas.
"Saya sebelum ini berniaga pelbagai jenis makanan termasuk kek dari rumah iaitu jualan dibuat menerusi laman sosial dan apabila mengetahui mengenai IPR menerusi Facebook, saya terus mendaftar sebelum dihubungi yang saya berjaya menyertainya menerusi bantuan mesin layan diri.
"Kami dapat mesin pada September 2023 dan mula berniaga menggunakannya bermula Oktober di kafeteria di Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Pulau Pinang di Permatang Pauh. Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat menggalakkan," katanya ketika ditemui Bernama.
Amin Afifi yang mempunyai dua anak lelaki berusia tiga dan enam tahun itu berkata, dia bersama isterinya menyediakan pelbagai jenis menu di mesin layan diri bagi memberi pilihan kepada pelajar-pelajar di situ mendapat makanan yang variasi.
Katanya, makanan yang disediakan juga mengikut menu terkini dan pilihan pelajar termasuk nasi lemak, ayam goreng Korea, ayam goreng keju, cop ayam, spageti, kekacang, tortilla, sandwic dan pelbagai lagi.
"Menu kita sentiasa berubah-ubah mengikut pilihan makanan terkini dan tular, lagi satu saya selalunya bertanya apa yang mereka (pelajar) mahu supaya makanan yang kami sediakan itu memang menjadi pilihan mereka dan saya lebih suka bawakan menu dari restoran makanan segera dengan harga yang berpatutan.
"Nasi lemak dengan lauk telur, nuget dan sosej serta nasi lemak lauk ayam yang dijual dengan harga RM3 dan RM4 merupakan menu yang sering habis awal di mesin layan diri itu, malah ia merupakan makanan yang diletakkan setiap hari di situ berbanding menu lain yang saya letak secara berselang-seli," katanya.
Amin Afifi yang tinggal di Bukit Minyak di sini berkata, setiap hari dia akan membeli barangan segar untuk memasak sebelum menghantar ke mesin layan diri itu pada 2 petang dan 10 malam setiap hari supaya makanan itu sentiasa dalam keadaan segar.
Sebanyak 60 hingga 70 peratus makanan yang dihantar ke mesin layan diri itu katanya, ialah hasil air tangan dia dan isteri, manakala selebihnya adalah daripada vendor yang membekalkan makanan seperti burger, roti john dan piza kerana mahu berkongsi rezeki dengan mereka.
"Menu yang kami jual selalunya tidak sama dengan makanan di kafeteria kerana kita tidak mahu bersaing dengan mereka, malah makanan yang dihantar di mesin layan diri itu juga pada sebelah malam selepas kafeteria ditutup jadi pelajar-pelajar mempunyai pilihan untuk beli.
"Saya juga akan maklumkan menu apa yang dihantar di mesin layan diri terbabit menerusi kumpulan Telegram pelajar UiTM di situ supaya mereka dapat membelinya. Setiap bulan saya boleh menjual hingga lebih 5,000 kuantiti pelbagai jenis makanan yang dijual dengan harga RM1 hingga RM8.
Justeru, beliau menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Ekonomi yang membuka peluang rezaki baharu kepada mereka, sekali gus dapat menarik nafas lega kerana tidak lagi dibelenggu masalah pendapatan tidak menentu.
IPR yang dilancarkan oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli pada Februari tahun lepas bertujuan membantu golongan miskin tegar, miskin dan B40 menjana pendapatan mampan.
Inisiatif berkenaan melibatkan kerjasama antara kerajaan, rakyat dan rakan strategik selaras dengan pendekatan keseluruhan negara seperti digariskan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) serta prinsip Ihsan di bawah Kerangka Dasar MADANI.
Menerusi inisiatif INSAN, penerima akan diberikan mesin layan diri di tempat terpilih serta kos sewaan bulanan yang dianggarkan antara RM600 hingga RM800 ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan selama dua tahun.
Selain INSAN, IPR turut menawarkan kategori Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) kepada syarikat pertanian, rantaian peruncitan makanan, pengeksport, agensi-agensi kerajaan berkaitan dan koperasi serta Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN) kepada syarikat swasta yang memerlukan pekerja sambilan untuk tujuan pembersihan premis. - BERNAMA
Bernama
Thu May 02 2024
![Guna mesin layan diri IPR, pendapatan suami isteri lonjak lima kali ganda Guna mesin layan diri IPR, pendapatan suami isteri lonjak lima kali ganda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714648063_TBINISIATIFRAKYAT.jpg)
Amin Afifi berkata dia bersama isterinya menyediakan pelbagai jenis menu di mesin layan diri bagi memberi pilihan kepada pelajar-pelajar di situ mendapat makanan yang variasi. - Gambar Bernama
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak berkali-kali
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
Dua beradik berusia 10, 15 tahun hilang dari rumah
Dua beradik berusia 10 dan 15 tahun hilang selepas keluar dari sebuah pangsapuri dekat Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor sejak Khamis lalu.
![Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738745035_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![JS-SEZ: Kementerian Ekonomi garis tiga perancangan jangka panjang elak kesesakan lalu lintas JS-SEZ: Kementerian Ekonomi garis tiga perancangan jangka panjang elak kesesakan lalu lintas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739499243_JSSEZ.jpg)
JS-SEZ: Kementerian Ekonomi garis tiga perancangan jangka panjang elak kesesakan lalu lintas
Antara perancangan tersebut ialah meningkatkan kapasiti pelepasan dan melaksanakan lorong automatik secara berfasa.
![Kementerian Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli pada tahun ini - Rafizi Kementerian Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli pada tahun ini - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739427472_TBRafizi.jpg)
Kementerian Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli pada tahun ini - Rafizi
Kementerian Ekonomi akan melancarkan Pelan Hala Tuju Gas Asli pada suku kedua atau ketiga 2025 dalam usaha meningkatkan pelaburan dalam sektor berkenaan.
![Kerajaan tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95 Kerajaan tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727156790_RON.jpg)
Kerajaan tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
![Program IPR-INTAN bantu atasi kemiskinan bandar, PKPS puji inisiatif Kementerian Ekonomi Program IPR-INTAN bantu atasi kemiskinan bandar, PKPS puji inisiatif Kementerian Ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732174070_TBCili.jpg)
Program IPR-INTAN bantu atasi kemiskinan bandar, PKPS puji inisiatif Kementerian Ekonomi
Hasil pertama projek cili fertigasi yang kini dalam proses penuaian menandakan pelancaran Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di bawah Inisiatif Usahawan Tani (INTAN).
![Kerajaan sedia peruntukan pembangunan RM942.85 juta untuk Kedah, Perlis Kerajaan sedia peruntukan pembangunan RM942.85 juta untuk Kedah, Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731534247_peruntukanpembangu.jpg)
Kerajaan sedia peruntukan pembangunan RM942.85 juta untuk Kedah, Perlis
Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan pembangunan berjumlah RM942.85 juta di Kedah dan Perlis bagi mewujudkan kawasan perindustrian baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
![Takrifan T15: Kementerian Ekonomi sedang perinci sebelum bentang kepada Kabinet - Rafizi Takrifan T15: Kementerian Ekonomi sedang perinci sebelum bentang kepada Kabinet - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61730105089_TBRafizi.jpg)
Takrifan T15: Kementerian Ekonomi sedang perinci sebelum bentang kepada Kabinet - Rafizi
Kementerian Ekonomi sedang memperincikan kumpulan T15 dalam tempoh sebulan ini dengan kerjasama Kementerian Kewangan, sebelum dibentangkan kepada Kabinet.
![Kementerian Ekonomi mula gerak kerja RMK13, dijangka bentang di Parlimen suku ketiga 2025 Kementerian Ekonomi mula gerak kerja RMK13, dijangka bentang di Parlimen suku ketiga 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729483682_RafiziRamliMenter.jpg)
Kementerian Ekonomi mula gerak kerja RMK13, dijangka bentang di Parlimen suku ketiga 2025
RMK-13 perlu dirangka dengan lebih holistik, strategik dan inklusif bagi mencapai matlamat Ekonomi MADANI.
![PM Anwar tiba di Laos hadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 PM Anwar tiba di Laos hadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81728397910_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar tiba di Laos hadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di ibu negara Laos untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang-Sidang Berkaitan bermula esok.
![SDG30: Pencapaian Malaysia menggalakkan, tak bermaksud boleh berpuas hati – PM Anwar SDG30: Pencapaian Malaysia menggalakkan, tak bermaksud boleh berpuas hati – PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726568459_AnwarIbrahim.jpg)
SDG30: Pencapaian Malaysia menggalakkan, tak bermaksud boleh berpuas hati – PM Anwar
Laporan penilaian SDG menunjukkan Malaysia mencapai 43 peratus pelaksanaan, berbanding pencapaian purata negara lain iaitu 17 peratus.
![Kementerian Ekonomi akan mula inisiatif 'MADANI Mendengar', kumpul input rakyat untuk RMK-13 Kementerian Ekonomi akan mula inisiatif 'MADANI Mendengar', kumpul input rakyat untuk RMK-13](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725536781_tbRafiziRamli.jpg)
Kementerian Ekonomi akan mula inisiatif 'MADANI Mendengar', kumpul input rakyat untuk RMK-13
Kementerian Ekonomi bersedia untuk melancarkan siri sesi libat urus dan kumpulan berfokus di seluruh Malaysia bermula akhir bulan ini.