KUALA LUMPUR: Menggunakan nama-nama tokoh terkenal, kerabat diraja, bekas pegawai kerajaan dan agamawan, menyebabkan ramai terpedaya hingga kerugian lebih RM4.6 juta, selepas menyertai skim penipuan aplikasi e-ganjaran (ganjaran dalam talian) yang menawarkan baucer sehingga 50 peratus sejak 2018.
Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim berkata setakat ini, kira-kira 100 orang mangsa telah membuat laporan polis dan pihaknya percaya ramai lagi mangsa yang terlibat dengan lebih lagi jumlah kerugian.
Beliau berkata selain daripada tokoh-tokoh terkenal, sindiket yang menawarkan perkhidmatan baucer atau e-ganjaran itu, turut melibatkan pelbagai jenama terkenal antaranya Petronas atau Shell.
"Sindiket ini menawarkan orang ramai satu bentuk pelaburan, yang menawarkan mereka ganjaran atau baucer yang memberi mereka penjimatan sehingga 50 peratus. Kebanyakan vendor atau peniaga yang bersama dengan sindiket ini, terdiri daripada mereka yang mempunyai reputasi yang baik.
"Apa yang berlaku, ramai yang menyertai skim ini membeli baucer ini dan mereka beranggapan daripada pembelian baucer ini, mereka akan dapat subsidi serta diskaun pembelian barangan," katanya dalam sidang media di hadapan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini hari ini.
Hishamuddin berkata modus operandi sindiket ini ialah pengguna dikehendaki membeli baucer yang dikenali sebagai (QV), dengan pembayaran bagi baucar ini perlu dibeli melalui FPX online dan setelah membeli QV pada waktu promosi, mereka akan diberi ganjaran dalam bentuk baucar subsidi dikenali sebagai SV.
"Pengguna kemudian berbelanja dengan QV pada jumlah tertentu yang akan diberi ganjaran SV. Mangsa lebih tertarik dengan aplikasi ini apabila QV dan SV ini boleh digunakan untuk membeli barang atau perkhidmatan yang tersedia di dalam aplikasi itu, dengan penjimatan sehingga 50 peratus.
"Malangnya, setelah ramai yang membeli, pada April tahun lepas, syarikat ini secara tiba-tiba menghentikan aplikasi mereka tanpa sebarang alasan munasabah. Semua baucer dalam 'wallet' aplikasi tersebut lesap, hilang begitu sahaja," katanya.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) Tan Sri Musa Hassan berkata ini merupakan satu penipuan dan memohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat, serta mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat yang menggunakan nama-nama orang kenamaan, bagi menarik orang ramai menyertai sindiket ini.
Seorang mangsa yang ingin dikenali sebagai Rafiq dari Marang, Terengganu menjelaskan, beliau tertarik dengan penawaran e-ganjaran tersebut kerana diskaun yang diberikan, selain diberi keyakinan oleh seorang pendakwah bahawa hukum pelaburan tersebut adalah harus.
"Apabila ditanya sebegitu, kita lagi bertambah yakin dengan skim e-ganjaran ini tanpa was-was. Ramai orang kenamaan ada dalam sindiket ini.
"Saya banyak gunakan untuk beli barang keperluan rumah dan perkakas untuk binaan rumah, kerana dapat penjimatan. Saya kehilangan kira-kira RM70,000 sejak menyertainya pada akhir tahun 2021," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 03 2023

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim (tengah) pada sidang media mengenai kes penipuan aplikasi e-Ganjaran di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul hari ini. - Foto BERNAMA
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.

Guna nama tokoh terkenal, rugi sehingga RM4.6 juta masuk aplikasi e-ganjaran
Ramai terpedaya selepas menyertai skim penipuan aplikasi e-ganjaran (ganjaran dalam talian) yang menawarkan baucer sehingga 50 peratus sejak 2018.